30 June 2011

strawberry lassi

lassi ni cek kenal di restoran mamak Kapitan tu. kalau terasa nak minum, memang di kedai ni lah yang dituju. yang peliknya tak pernah pulak nak order kat mamak Kayu ker Nasmir ker. last-last terpengaruh dengan cik ton yang suka blend buah dengan yogurt. why not make your own lassi? bukannya payah pun. so, why not i try.

mula-mula beli lah tub yogurt yang besar dabak tu. dalam rm5.50 macam tu. boleh buat 2-3kali. kalau beli yogurt cup yang paling small tu, sohih la segelas je dapatnya. oleh sebab nak blend dengan buah, wajiblah ambik yogurt perisa asli. kalau nak rasa hebak lagi, guna yang dah siap berperisa. lagi umphhh..

kendian, kupaslah buahan yang digunakan. untuk resepi ni, chun guna sebekas kecil stoberi beli kat tesco. dalam rm6.00. masukkan setengah isi yogurt dan semua storberi dalam blender. masukkan 2 cawan air, sedikit gula, dan 1 cawan ketulan ais yang dah dipecahkan kecik-kecik. kang hancur lak blender. whizzz semua benda tu berulang kali untuk make sure the fruit semua hancur berkecai. dah boleh hidangkan. sonangkan?

20 June 2011

perut masak lomak


kali ni perut ehsan dekna yang teringin nak makan masak lomak. lepas masak, bahagi sorang sikit. rasanya lagi sedap dari cobaan pertama dulu. mungkin sebab orang bagi. sedap la. lepas ni bagi lagi yer dekna. murah rezeki wo kalau selalu bersedekah.

masa nak bersihkan perut ni, jenuh asked around. ada cara tak nak bersihkan perut. ada part-part yang masih hitam sikit-sikit tu. gosok punya gosok, tak keluar jugak. last-last ambik pisau, potong jer la. bukan besar mana pun, tapi dah rasa macam semacam jer, harus la kena putihkan semua part.

bahan-bahan

  • 500gm perut yang direbus empuk
  • 2 serai - ketuk sikit
  • 4 asam keping
  • santan rm2

di blender
  • segenggam cili padi
  • 3 bawang besar
  • 2cm kunyit hidup
  1. bahan blender direbus bersama serai, asam keping dan sedikit air sehingga hilang bau cili. dalam 10 minit.
  2. masukkan perut dan air. biarkan selama 10 minit. masukkan santan dan rebus perlahan-lahan.

15 June 2011

wordless wednesday

warung harum manis

roti jala je takde. chef tak menang tangan nak buat.

keratan rentas warung dari hadapan 
 ini kisah satu gerai di depan rumah. kerana malas dok saja tanpa buat kerja apa, ownernya pun apply skim TEKUN. dapat loan, buat warung kecik. share dengan kawan baik dia. dua bulan lepas, maka bermula lah bisnes warung depa. sebab gerai dekat pokok pelam harum manis, nama gerai pun diambil dari situ.

antara femes dish chef ni is nasi ayam, bihun sup dan lauk-lauk kampung. dah nama pun dok kampung, melampau la kan kalau tak reti masak lauk-lauk gini. dulu masa muda-muda, chef ni selalu turun di pasar malam dan tak ketinggalan funfair Jom Heboh tu menjual bihun sup dan nasi ayam.  nasi ayam yang dijual ni menggunakan ayam goreng berempah.


pagi-pagi warung dah dibuka. ada roti canai, nasi lemak dan kuih sikit. tengok la kalau rajin, ada la kuih pau berinti kacang, lepat pisang atau karipap. roti canai ni enam kupang sekeping. cicah dengan dalca yang ada terung, kentang dan kacang dal dalamnya.


ni bukan chef tersebut, cuma pembantu gerai yang kerjanya membuat roti canai tersebut. 
kendian lepas dah kenyang berbreakfast, time makan nasi pulak. chef pun bertungkus lumus memasak nasi dan lauk pauk sambil ditolong oleh dua orang helper. selalunya pagi buto lauk dah siap. 9 pagi dah boleh makan nasi. hebak tak chef? lauk pun selalu tukar-tukar. ikut bahan mentah yang ada. antara lauk yang boleh didapati di warung tersebut;
gulai keli
gulai ketam dan nenas

pajeri nenas atau terung. ni hari-hari ada.
waktu lunch pun ada menu bergoreng macam nasi, mee, koteow dan bihun. ni ada sorang helper masakkan. laksa pun ada. selain tu boleh gak order mee hailam, mee bandung (ni specialty helper ni, lepas belajor dengan anak chef).

waktu tengahari chef dah boleh berehat kejap. siap tido tuh. tv pun ada dalam dapur tu. buat nengok citer indon. ni kalau tak tengok, mau masak tak sedap wo chef ni. dok terkenang. sejak bila ntah tau cakap indon. sampai sekarang cek konpius.

kalau lalu kat alor setar tu, singgah le kat batu 4, tandop. along the main road to Simpang 4, Kangkong. gerai tepi jalan jer. tutup pada hari rabu. gerai dah open at 7am till 9.30 pm gitu.

05 June 2011

01 June 2011

silicon thingy

 ni silikon mould yang pertama cek try. murah je. rm8.90. sebab murah kot, lepas masak, ada bau macam plastik kat muffin tu. kekekekeh..sengai ler haishhh.. kena robek buang bahagian bawah tu baru la boleh makan dengan nyaman. ada banyak lagi kat supermarket tu. yang besar dabak pun ada. mujoq tak ambik dua. bentuk love lagi yuuu..

tak tau la cara nak guna. kena gris dengan butter dulu ka? tapi cek hentam gris jer. masa tu dah malas nak google dah. hoping for the best result je nih. tapi bila dah masak, senang la pulak keluarnya. rasanya macam tak payah gris dah ni. yang konpius sebab ada layer macam berkilauan tu. adakah sebab butter tu atau plastik tu yang cair?? konpius ni. anyone can help me?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...