31 July 2011

selamat berpuasa and a little Ramadhan gift to spread along

besok dah nak puasa. bulan yang patut kita sambut dengan hati gumbira. ingat senang nak dapat pahala berganda macam tu. hanya dalam bulan Ramadhan saja. jom sama-sama pulun apa yang patut. heh. ibadah puasa juga menuntut bersederhanaan dalam berbelanja, makan. yang patut dilebihkan time ni tentulah ibadah.

 tadi sempat berblogwalking. terjumpa ebook resepi ramadhan. percuma jer. cantik dan kemas pulak tu. korang boleh download then print letak kat dapur. resepi pun senang nak ikut. bahan pun mudah. hasil karya Ros dan suaminya. tawaran terhad jer nih. sampai 10 Ramashan jer. lepas tu tuan tanah tutup offer.


kompen aku try si sotong nih. memang peberet pun. selalu aku letak tepung jagung dan sedikit serbuk kari. letak tepung beras tu sohih rangup kan. kang malam ni jugak aku torai nih. ramai kaum dah balik kampung semata-mata nak sambut puasa bersama.

thanks Ros n hubby. bersusah payah demi minat pada masakan n fotografi. kalau berminat, klik jer kat link nih http://www.jintanmanis.com/keluarga/531-ebookramadhan1432h

chilled durian cheesecake


sapa yang tak suka durian, sila angkat tangan?
ada la beberapa kerat saja kalau nak dibandingkan dengan orang yang suka.
so far, aku baru kenai dua orang yang tak makan durian. tu pun kalau buat bubur, dia hentam jugak.
kalau mat salleh tu, lain cerita la. sampai la aku heran apasal si andrew zimmer yang hebak makan ulat, scorpion, bangkai shark etc boleh muntah bila makan durian. iskkkkk.. rugi weh mr zimmer!!!
























kalau teringin, mesti aku pi cari kat Secret Recipe tu. eh.. ada durian ka kat sana? adaaaaaaaa.. in form of cheesecake. ni pun kalau kes cari durian betoi, tak jumpa-jumpa jugak. ada la 3 kali beli kat sana, so aku try google kot-kot boleh buat. and wallaa... 3 kali dah buat nih untuk jamu famili and friends.

resepi ni dapat dari http://www.theweekendchef.com.my/. rupanya dah lama ada. since august 2005. ni kopipes je.

Ingredients

Base (22cm non-stick springform pan)
  • 230g digestive biscuit crumbs 
  • 115g butter, melted 

Filling
  • 250g Kraft Philadelphia cream cheese 
  • 250g durian, chopped 
  • 2tbsps gelatine, dissolved in 100ml boiling water and cooled 
  • 115g castor sugar 
  • 300ml whipped cream 

Method
  1. Mix the biscuit crumbs with the melted butter and press into the base of the springform pan. Chill. 
  2. Mix the gelatine powder in a container with water. Put the container in warm water to prevent the gelatine from setting. 
  3. Beat the cream cheese and sugar with an electric mixer until smooth. Mix in the chopped durian and gelatine. Set aside. 
  4. Whip the cream until a soft peak forms. Fold whipped cream into the cream cheese mixture evenly.
  5. (This is the most important step! The mixture MUST be even. To check, scoop up a spoonful and dribble it back into the bowl. If you can see white streaks or spots, then it’s still uneven) 
  6. Pour the mixture onto the biscuit base and smooten top with a spatula. Chill overnight before serving. 
  7. Top with toasted almond nibs and serve cold. 

08 July 2011

couscous with prawn

 benda yang paling terasa nak makan!! sebab dok tengok nigella dan jamie asyik masak benda alah nih. ni namanya couscous (kuskus). kalau ikut resepi aslinya, memang kau kena kukus pun. berulang kali macam kita buat nasi dagang tu. kendian angkat dan gaul-gaulkan between your hands. kendian kukus lagi. lama tau nak masak ni. asalnya makanan dari afrika utara sana nuh. dibuat dari semolina. nak tau banyak lagi asal usul nya, klik kat wiki nih.

puan nigella yang mantap tu takde rajinnya nak  berkukus lama-lama nih. masakan dia kan semuanya ekspress. jadi, guna jer instant couscous macam dalam gambar nih. beli kat tesco. harga dalam rm4. boleh makan dua orang. dalam dah siap berperisa cendawan. balik letak boiling water and a knob of butter je. adalah sukatannya. terlupa dah. pastu biar dalam 5 minit. guna garpu untuk kacau. dah siap. oh.. sebelum tu ada letak sikit grated oren zest, konon-konon nak niru nigella ler. wakah.
rupa couscous yang belum masak, tu yang gelap tu cebisan cendawan
 chun goreng udang tu dengan olive oil, tumis bawang putih, masukkan udang, kendian letak paprika, sos Seasoning Maggi dan sikit jer garam. dah masak angkat dan letak atas couscous. rasa? macam makan nasi je la. u feel the bite sebab dia kan sebutir-butir macam tu. bau cendawan tu macam tak menarik. mujur dah dicover dengan lemon zest. pasni nak torai yang plain couscous lak.

butter cake

dah lama mencari resepi kek butter nih. selalu kalau buat kek kat rumah, geng-geng senior minta kek biasa saja. kek coklat depa tak mau. pahit katanya. depa tak tau ka kek coklat cek tu pemes seantero duniya??? hakhakhak. sekarang sejak rajin menerpa dapur orang ni, cek dah jumpa resepi kek yang sedap macam sicilian orange cake tu and this plain butter cake is definitely for keep.

tempat terpemes untuk cari resepi of course le myresepi.com. memang boleh dipercayai sebab ramai akan buat dan tayang hasil masakan depa. jadi untuk yang baru nak belajar masak ker, baking ker, sila la terjah ke sana. tak hairanlah kalau kalau setiap kali ke sana, beratus-ratus yang online. 


Bahan-bahan ( saiz kek (acuan 9") )
Bahan A
  • 250 gm butter 
  • 200 gm gula 
  • 210 gm tepung gandum 
  • 1 tsp baking powder 
Bahan B
  • 5 biji telor 
Cara-cara
  1. Tuang semua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati.
  2. Selepas tu masukkan bahan B perlahan-lahan. 
  3. Putar lagi selam 4 - 5 minit (sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2).
  4. Sekiranya nak buat kek belang, boleh lah bahagi kepada 2 adunan (satu tambah serbuk koko, dan satu lagi plain) dan tuang kedalam acuan secara selang seli.
  5. Bakar 160 c selama 50 -60 minit atau uji dgn lidi dengan cucuk dibhg tengah kek. 
http://www.myresipi.com/top/detail/12461
resepi 2
Bahan-bahan ( loyang 20 inc )
  • 200gm gula castor
  • 250gm buttercup
  • 210gm self raising flour
  • 5 biji telur
  • 1/2 sk baking powder
  • 1 sk esen vanilla
  1. Panaskan oven 180 celsius,pukul gula dan butter hngga kembang dan masukkan telur 1 per1 pukul terus.
  2. Masukkan tepung perlahan2 brsama dgn baking powder yg tlh di campur td dan masukkan esen vanilla,pukul rata dng kelajuan sederhana.
  3. Tuang adunan dlm loyang yg tlh di gris sdkit mentega dan di alas paper kek,lalu bakarlah selama 50-60 min hingga msk.
Kek butter ni mmg sedap dan amat lembut skali,cubalah...! 
by manjasayang

setelah dibelek-belek, chun guna kombinasi 2 resepi nih. bahan-bahan guna dari resepi 1 manakala method guna resepi 2. i also use plain flour with 1camt baking powder. 



hasilnya gebu dan lembut. butter cake ni kawan order untuk jamuan perpisahan staf. kek coklat 'pahit' cek  tu pun ada jugak. saja kasi kek banyak supaya semua makan sampai sendat :p
 

01 July 2011

akhirnyaaaa.. ngap jugak macaron di Evergreen Laurel, Penang


 kenal benda alah menatang kaler-kaler nih? ni lah nama dia macaron. sana sini geng blogger dok uplod pic. ada yang dah makan, ada gak yang buat sendiri. cek try jugak buat sekali. hancus jadinya. naik pun idak macaron ku. jadi leper macam lempeng ada le. walhal bendanya cuma ground almond, sugar and egg whites. kalau tengok bahan tu, perhhh.. rasa macam pejam mata jer boleh buat kan? bila dah torai, baru kau tau langit tinggi rendah, oven hangat ke sejuk.

merata tempat dah cek cari macaron ni. kalau kat kl selangor tu, korang takyah cerita ler. memang berlambak pun. ni kat penang ni, haram nak jumpa. merata bakeri lalu, merata blog cek terjah, google sampai sakit jari dan kuku. tak jumpak gak.

one fine morning, ada la kawan seperkerjaan bagitau - eh yu nak macaron tak, my husband went for a course, the hotel offer buy 1 free 1. only rm16. why not we share? perhhh.. pujuk dicita ulam mendatang. tapi stok akan dapat lagi dua hari. dek sebab tak tahan daulat,  cek pergi sendiri ke hotel tu. kebetulan lalu masa meronggeng berdekatan hotel petang tu.

so, how's the verdict?
  • yang macaron cek beli sendiri tu intinya sikit bebenor. apa sebab murah, depa cut the filling ke? rupanya cek dah beli petang hari. sebab tu inti dah habis. yang husband kawan cek tolong belikan tu, gemok dengan filling macam kat bawah ni. 

filling banyok tapi tarak feet. wadehey? 
  • yang ni tak manis sangat kalau nak compare dengan macaron buatan tangan yang tak jadi tu. 
  • walaupun ada macam-macam kaler, tapi flavournya tak rasa sangat. jenuh gak nak tau rupanya yang kuning tu jagung. itupun kena sampai 2 tastebud baru boleh tau. tak senonoh tul. 
  • bukan jenis sekali lahap habis ni. benda ni kena take time to enjoy it. macam chocolate. 
  • macaron sini takde standard saiz. ada beso, ada kecik. ikut suka hati chef tu jer picit. 
  • ada macaron yang takde feet pun. macam ni pun boleh jual ker. iskkkk... 
kalau sapa-sapa yang tinggal kat penang ni, boleh la singgah ke hotel Evergreen Laurel. tempatnya along jalan Gurney tu. terus pergi ke cafe hotel. kalau tanya reception, macaron pun dia ternganga tanya apa dia? caitttt.. tak bagus betul servis gini. ko nyer hotel punya promotion kena la tau sikit cik adik oiii.. 

selain macaron, dorang juga ada promot muffin gedabak 4 biji rm5 jer. memang berbaloi. sebenarnya cek and the geng dah lama plan nak pergi bufet lunch kat sini. dengar citer, best bangat food nye. ntah bila ler nak jadi nih. 

tak ke kedekut gila inti gini. apa salahnya bagitau customer, filling dah habis cik. kan aku dah hebah satu malaya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...