28 February 2010

bak choy ngan sos tiram

ikan bilis comey nih chun bli kat lumut. sedap. nama ikan apa ntah. kalo jenis besaq pon ada. goreng pastu letak je atas bak choy nih. semua orang pon pandai wat kan sayo nih. so takyah la resepi. pakai tumis bawang pastu letak sos tiram n perasa jer. nak pekat letak aiw tpung jagong.

kek kartun pertama

kak, ko boleh tak wat kan kek ada minie mouse?
anak aku suka ler..

berkerut dai bila dengaq permintaan N.
kek coklat biasa tak leh ker?

alaa kak..ko g la cari katun kecik je letak atas kek tuh. pastu bagi lilin ngan pisau kek yer..

amboi mak.. banyaknya permintaaan dier. 2weeks before dia dah sms. boleh tak kak? ko kena ikot cakap customer tau..

cesss..ugut plak dak nih :-w.. tapi sebb ko N, chun gagahi jua wat kek yg tak seberapa nih. search intenet. berpinau mata cari kek minie mouse yg mana patot dicontohi. kalo chun teror guna fondant nih..mau bes gila nih. ni baru ja blajaq guna buttercream. tu pon tak dapat lagi tekstur yg cantek macam otai2 dok juai kat tenet nih. kena byk trial n error la wat benda alah nih.

2 jam gak chun wat benda nih. petang tu kek dah siap masak. problem tu biasa la. cuma tak giv up jer. lama tak main ngan nozzle2 nih. last time chun guna masa kelas wat barbie doll. ok la gak for my first minnie :)

25 February 2010

roast pumpkin

lamanya tak apdet :P biasala bila diuji, hati ada siket goyang da. pasrah je la. banyak post dah tertunggak. pic dah belambak2. nanti la pelan2 chun aplod.

ari tuh (ntah lama sangat dah.. sabtu bila ntah) bila p pasar malam, chun nampak labu nih. cantek comey je. ingat nak wat cekodok labu. tapi dok peram menda ni dalam peti ais. las2 tak ingat dah. bila kosek2 dah nak rosak labu nih..hehe.. so chun wat yg senang je la. for dinner. kebetulan AFC tayang jamie at home. dia dok bakaq labu dalam oven batu kat luaq umah dia tuh. macam bes jer. so chun try la.

labu nih letak oregano, black peper, salt, n olive oil. pastu bakaq ja.200c lebih kurang setengah jam atau dah nampak kuning gold tu leh la angkat. rasa dia cam pelik sket r. hehe.. besa la mulot melayu. sesekali nak try apa salahnyer :)

07 February 2010

plain yogurt cake

















pening dok pikiaq nak wat apa ngan plain yogurt 1 tub dalam fridge tuh. ari tu konon nak wat smootie ngan strawbery. bila p cari kat jusco, tak jumpa la plak. strawberi takda stok.. takde rezeki betoi. bila dok kelebek blog orang nih, bes nyer tengok kek yogurt depa. so chun pon google la resepi.

kat bawah ni chun paste je recipe tuh. nak tgok lagi, sila klik kat link di bawah ya. hasilnya..memang bes la. ni first time wat nih yogurt cake. chun rasa pekat sangat la adunan nih sebab tu merekah kat atas. patotnya tadi letak sikit air/susu. bau nya memang mengancam. rasa pon bes. tak sempat kek nak sojuk, kita dah masok lam molot dah :P

balik cuti CNY ni, mak dah pesan nak rasa kek oren. cantek la tuh. guna kek nih pastu letak oren zest n juice :) lusa leh setat soping for d oren n kek choc N order tok besday baby dia. siap kena wat minie mouse sekor letak atas kek tuh. aku letak tikus sekor nak tak N? hahahaha..
















ingredients

  • 1/2 cup butter, softened
  • 1 cup brown sugar
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1 egg
  • 2 cups all-purpose flour - i use plain flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1 cup plain yogurt - i use nestle brand

Directions

  1. Preheat the oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour a 9 inch Bundt pan.
  2. In a large bowl, cream together the butter, brown sugar and vanilla until light and fluffy. Beat in the egg until smooth. Combine the flour, baking soda, and baking powder; stir into the batter alternately with the yogurt. Spread the batter into the prepared pan.
  3. Bake for 50 minutes in the preheated oven, until a knife inserted into the crown comes out clean.

mashed potato

side order yg chun suke menda alah ni ler. kalo p KFC, mesti order menda nih. adek lak selalu beli yang mangkok beso tuh, pastu dok jilat sudu sorang2.. hebat tul penangan mashed potato tuh..

sekrang kat mana2 pon dah ade dah. MAGGI pon dah pandai kuar vending machine yg juai mashed potato. kalo kat TESCO, harga dalam 1.50 se mangkok. kalo bli dekat GSC masa nak tengok movi tuh, lingkop la 2.50 :D

chun dah terai mashed dekat TGI, SWENSON, but so far, dekat CHILIS la power. dia letak cheese dalam tuh. pastu gravy dia pon power gak.

dok tengok resepi OLIVER n LAWSON sambil dok pikiq bila la nak try nih. ada byk version. letak cheese la, olive oil la, sampai ade yg letak spring onion dalam tuh. depend on taste gak la. kentang lak mesti kentang RUSSET or US nyer. bukan sebarangan kentang yer. nanti tak terasa cam kat KFC.

2 bj kentang RUSSET - boil till tender, buang air rebusan. panaskan susu, butter dan masukkan dalam kentang. mash smua sekali sampai pekat. tambah susu ikot kepekatan yg anda suka. tambah salt n pepper. kalau nak mau panaskan susu pon takpa, cuma cara ni lebih menyedapkan mashed potato nih. ni chun translate kata2 CHEF AT HOME tuh, chef MICHAEL SMITH :P

gravy - panaskan 2 camb butter, masukkan 2 camb tepung gandum. kacau rata sampai agak brown in colour. masukkan susu dan kacau lagi. hati2 jangan sampai berketul2. chun guna whisk untuk senangkan keja. letak salt n pepper. kalo suka masa ni leh letak cheese.

daging tiram ber brokoli :P

lunch ni kita layan masakan cina lak. slalu dok tengok kat AFC, cam bes jerk. mam ngan nasi panas2.. lauk ni satu jerk dah cukop. save budget maa :D

brokoli tuh chun celur dlu. didihkan air pastu masukkan garam sket. celur kejap je, dalam 1 minit.

daging tu hiris nipis2, tumis bawang putih n baw besar sampai layu. masukkan daging, goreng sampai agak garing.

letakkan sedikit air, serbok ikan bilis, sos tiram, sos L&P dan sikit tepong untuk memekatkan kuah.

05 February 2010

nasi goreng daging


malam ni kita masak senang2 dah la. wat nasi goreng dengan dagin je. letak cili sket, bawang banyak2, halia sket, kicap ngan daun bawang. bosan malam nih. awat rasa malam ni panjang je nih.. time skolah rasa cam tak cukop masa plak..macam2..

anyway kena bersyukur la sehat walafiat walaupun batok ada sket2 lagi nih. sian k ija n family. semua ngah batok2 demam. dah macam okestra katanya. semoga depa semua cepat semboh lah.

ayam masak patpek

gelak besaq masa mula chun n d geng dengaq nama patpek nih. Sheila la bawak rempah ni dari perlis. mak dia bli kat siam kot. rempah ni versatile gak. leh masak dengan ayam, daging dan juga buat kuah laksa siam.

Shiela pernah bawak d finished product. rempah ni masak dengan ayam dan rebong. perhhh..hingga menjilat kaki..hehehe.. memag sedap betoi masakan siam nih. lepas tu dalam bulan lepas, cik Ani plak bawak. ayam masak dengan rebong dan terong belanda@ terong pipit. power jugak sehh.. patot la cik Aaa sayang kat bini dia nihh..pandai masak sunggoh. :)

lepas tu semua pakat dok suroh Sheila bawak mai rempah tu juai kat skul. makcik tu macam biasa la..
takpa.. ambik free dah ler.. baguih dak nih :D chun try masak ayam dengan terong pipit. pastu letak kacang panjang sket.

500gm ayam - potong kecil 3 ulas bawang besaq - blender dengan sedikit belacan daun limau purut kacang panjang serai - dititik 2 asam keping santan

1. tumis bawang, masukkan rempah. kacau sebentar.

2. masukkan daun limau purut, serai, dan asam keping. masak hingga naik minyak. 3. masukkan ayam, kacau. masukkan santan dan sayur.
4. masakan ini enak jika kuahnya agak kering.

02 February 2010

citer laksa kedah

hari ni chun wat laksa. kali ni wat kuah ja. besok plan nak makan kat skul. dekna kata nak bawak laksa ngan sampah2 laksa tuh :)) a.k.a ulam-ulaman atas tu ler. kol 7pm kuah laksa dah siap. pekena dlu 1 mangkok.adehhh..sadis betoi la takde laksa nih.. huhuhu. malas dah nak masak nasi. kalo pekena kuah laksa ngan nasi pon mashok gak. lagi bes kalo kena ngan bihun goreng. power siottt..hehehe..


malam ni bli kanji jer kat pakcik juai kueh tuh. kueh 3 bji singgit. tu pon tadi chun bagi kat pakcik tuh 2 hengget.

hmmm.. lagi dua kupang la cekgu. kanji ni dah naek harga. dlu singget la. kueh masih harga biasa..
oo..takpa2.. nah dua kupang lagi..

iskkk..naek 2 kupang ja. tak kesah la. bungkus besaq nih kalo juai dua hengget pon chun bli lgi :)) sedap woo. macam rasa bukak posa la mam kanji petang2 nih.



hari rabu je semua orang kena stayback sampai kol 4.30. adehh.. semuanya gara2 ko-kurikulum or kokay. ada unit uniform, persatuan/kelab dan kelab sukan. cekgu-cekgi jadi guru penasihat la. penat nak tunggu sampai petang nih. budak2 tu lagi la kesian nya. dah la belengas semacam ja berpeloh. dugaan betoi la.

budak2 dapat rehat dari kol 1 sampai 2.15. makan ngan solat jemaah. pastu masuk unit pertama 2.15-3.15.. rehat jap pastu unit kedua lak 3.30-4.30. setiap hari rabu semua orang wajib pakai baju uniform. chun pakai semi uniform jek - t-shirt ngan sluar uniform. tak koser nak panas2 ngan uniform bagai nih. respek la sapa yg rajin pakai uniform cam k sal tuh.

cite pasai laksa ni, tingat hujung tahun lepas. k ija tapaukan laksa ngan bihun goreng. dia kata laksa ni power wo. pastu boh sket kuah laksa, makan ngan bihun goreng ni plak. mak aii.. dua bungkuih dia hantaq kat chun. berasap bekelon lagi. dengan mamai sebb baru pas bangun tidoq petang tuh, elok ja chun pegang bungkuih kuah laksa tu nak tuang dalam mangkok. huhhhh.. p tuang atas paha la plakkk.. OMG!!!

arghhhhhhhh... sempat selamatkan haf of d kuah. yg len habis teraboq atas meja makan ngan atas kaen batik chun. adehhhhh... nyirap darah saket woo.. panas mendidih nih..huhuhu..cepat2 p lap kuah tuh, lumuq paha ngan kicap. dah rasa cam nak goreng ayam la plak... hahahaha.. merah wo paha. bila dah ok, rupanya lekat parot la..huhuhu.ada la besaq lima kupang.sadis.. gara2 laksa. tapi skrang parot dah takda dah.ari2 chun lumuq french oil.bli kat maidin n co. hehe..memang berkesan minyak nih. cuma ada bau la sket hah..takpa la..janji kulet cun balik..hehehe..

bila cite kat kawan2, depa pakat dok gelak. rupanya kena lumuq ngan colgate la cek chun woi. memang sah la hg nak goreng ayam kalo lumuq ngan kicap..adessss.. mujuq la tak jadi per2 paha ku :))

resepi laksa ni besok la chun uplod. ambik pic laksa yg dah siap sama. tunggu yaaa :)

01 February 2010

tortilla with shitake mushroom




nak makan apa malam ni ya.. hmmm dalam fridge ada tortilla kentang. i bought since las week. only 2.40. got 5 pcs inside. boleh boh inti apa saja dalam nih. cantek tuh. kena 2pcs mesti dah tersandaq nih. hehe.. ada mcm2 cara nak makan tortila nih. makanan mexico.

kebetulan tadi tengok PLANET FOOD, benda ni is a street food in mexico. ada letak salsa- campuran sayor seperti timun, tomato, cili, onion, guacomole- avocado, dengan ayam @ daging. nak letak pic pon susah sini, byk pic dah ada copyright control. kalo nak tau lanjut, google jer la. klik kat image tuh.



chun nyer version senang jer. tumis bawang putih, kendian masukkan mushroom, letak perasa- garam, black pepper, sos L&P dan serbok ikan bilis.masukkan thai basil. last pecahkan 2 telor dan tutup api. nanti telor tu akan masak ngan sendri je. tanak sampai keras.


tortila tu kena panaskan atas kuali dlu. jgn letak minyak. panaskan kedua2 belah. bila dah agak lembut, baru leh angkat.
masa nak balot tuh, letak bahan tadi, picit sos cili dan tambah fresh thai basil. gulung dan potong.

koteow hailam

stok koteow ada banyak lagi. malas dah nak buat goreng. kena blender cili smua lagi. ni lah orang kata, nak makan tapi malas. las2 chun wat koteow hailam. selalu kalo p makan kat kedai, selalu order menda alah nih. suruh dia wat pedas2, pastu letak daging ngan sotong. ayam macam tak bes ja kalo mam dalam hailam nih. ikot taste masing2 la kan.

mula2 chun goreng dulu koteow tuh. letak kicap ngan sikit minyak. suka greng dalam kuali tefal sebb tak melekat. koteow ni leceh sket. kena kuali biasa, jawabnya berkerak la montot kuali tuh.

untuk buat hailam plak, tumis hirisan bawang putih, kemudian letak daging cincang. pastu letak fishball n sosej kalo guna la. masukkan cili padi. letak air sikit dan masukkan perasa seperti black pepper, garam, serbuk ikan bilis dan sos L&P. letak bak choy, goreng kejap pastu letak air tepung jagong tok pekatkan kuah nih.

kuah tadi tuh curah jer atas koteow.hmmm..yummyyy :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...