23 February 2011

mee udon sup


ini batch terakhir mee udon. beli sebungkus boleh makan tiga kali. siap boleh simpan untuk besok pula ;-) satu bungkus kecil tu boleh masak untuk dua orang. sup ni buat konon-konon nak tiru macam kat sushi king la. padahal pakai hentam bubuh apa saja asalkan rupanya sama macam yang selalu dok makan kat sana.

bahan-bahan
  • sebungkus kecil mee udon
  • sekeping paha ayam - potong kecil
  • sawi - potong 1 inci 
  • sedikit halia - julienne
  • 1/2 bawang besar - hiris nipis
  • kicap
  • garam
  • sos seasoning Maggi 
  • lada hitam
  • 1 camb minyak
  • 2 cawan air
  1. tumiskan minyak dan goreng ayam, bawang dan halia selama 5 minit.
  2.  masukkan air dan semua bahan perasa. masak hingga ayam lembut. 
  3. masukkan mee udon dan sawi dan didihkan selama 5 minit. 

6 comments:

Nieza said...

wah nampak sedapla....lum pernah mkn lagi mee ni...beli kat mana mee tu cek chun?

cek chun said...

jusco. tesco pun ada. kat bahagian sejuk tauhu n mee

Ati Masrif said...

as salam cek chun,

sedap betui mee tu...

macehh singgah blog kita sat ni

kita flw ni..83 ^_____^


Jom baca: WATERLILY DARI GB

cek chun said...

salam ati. thanks sudi singgah. mai la lagi :)

||miSs NataSha|| said...

memang teringin ank makan mee udon , tapi tak taw nak beli kat mane , boleh bagi tahu tak ? kat mne boleh dapat mee udon nih . ?

cek chun said...

hi natasha.
u cari kat bahagian peti sejuk supermarket tu. dekat dengan mee, tauhu. jusco n tesco senang sikit nak cari. memang ada punya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...