09 February 2011

sizzling mee tanpa hot plate

minggu lepas chun terpana seketika bila melihat gambar di blog suri solehah. nampak lazat sungguh sizzling mee yang dibuatnya dan dimakan sebagai sarapan. walaupun cik abang dia ragu-ragu, bertambah jugak lah pagi tu. kalau bagi kat cek chun buat sarapan? pasti tak menolak punya. tengok cendawan shitake tu pun daku dah terliur.

resepi ni cik suri ambil dari kak nor secubit garam. minta izin kopipes terus sini ya.

Bahan-bahan
  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee - chun guna ban mee, celur sebentar untuk hilangkan kanji dan basuh.
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 - guna fresh ones)
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin - tak letak
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan**
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
Cara2:
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

verdict: walaupun nampak tak semengah macam mee yang suri buat, tapi rasanya sangatlah sodap. tak sangka mudah nak buat. letak minyak bijan memang lagi power. bau harum semerbak.

5 comments:

Nieza said...

assalam cek chun...memang sedap ni kalau pi food court ni memang ni ler yg saya selalu order...dok sini kena buat sendiri la jawabnya..haha

cek chun said...

salam nieza, sy rasa kan, buat sendiri lagi sedap la. hehehe
nak hebat lagi, p cari hot plate. tapi dok jumpa claypot saja kat supermarket.

K.Nor said...

k.nor duk buat dlm kuali jer, rasa tetap mabeles.. hehe

cek chun said...

salam k nor. resepi ni memang hebat :) thanks

suri solehah said...

chun..tiba2 ku tringat food court giant bayan lepas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...