17 February 2011

cafe puncak mutiara kg pelet

 lama dah dengar kawan-kawan bercerita pasal restoran ni. katanya semua daging datang dari kandang di belakang kedai saja. ada kambing, arnab, ostrich, ayam dan rusa. kalau dah semua depa bela, tentulah fresh dan murah kan. semangat berkobar-kobar nak tengok sendiri rupa kedai makan di dalam kandang ni.
 memang suka sungguh bila masuk. ala2 naelis pun ada. banyak tempat makan. boleh pilih gazebo, atas kerusi batu, dalam rumah kecil bertingkat. dalam tempat aircond dan juga bersila. awas jangan datang semasa hujan. bau bucuk la jawabnya.

sebelum makan, reserve dulu tempat dan bawalah bersiar-siar di ladang luas ni. ada kolam ikan. boleh memancing dan tangkapan akan dimasak mengikut kehendak pelanggan. ada ostrich yang besar mak aihh tiga ekor dalam kandang. boleh bagi makan ikan koi dalam kolam. satu bungkus food palet seringgit cuma. boleh kacau kucing gebu ni. rasa macam nak poluk-poluk belai ekor kembang dia.

bila dah penat berposing, maka belek-belek menu yang cun melecun yang bikin orang susah nak pilih sebab semua makanan nampak sedap. rombongan 5 orang jadi ada 5 jenis makanan yang berbeza. nasi briyani gulai ayam kampung rm6.90.

 briyani kaki kambing rm18.80. banyak mendengar cerita pasal makanan yang ni. nasinya lembut. daging juga maha lembut. air asam sedap. tapi dalca kurang menyengat. kering saja rupa hidangan ni. keciwa.
 briyani puncak mutiara special. ada ayam kismis, telur dan daging. set dengan air buah. rm19.90
 cendawan mutiara yang sedap untuk kudapan. rm5. garing dan berempah. ABC puncak mutiara yang memang sangat tinggi sampai bahan pun tak cukup lah dalamnya. terpaksa minta mangkuk kosong untuk 4 orang.
bbq spring chicken rm18.80. terhangit la sikit tu. coselow sedap, begitu juga kuah black pepper. sate kambing dan kuah kacang juga sedap. sangat moist. rm1.80 secucuk. sate ayam dan daging rm0.60 saja.

tempat ni cantik untuk dilawati. sekali sekala ubah selera. ada western dan malay food. harga mahal. steak bermula dengan rm30 ke atas. pelik juga memikirkan. daging semua dari ladang sendiri. dah tu nak mahal kenapa?

cafe ni terletak berdekatan dengan Penanti, kubang semang,  seberang perai selatan. kena lalu betul-betul depan rumah orang. jalannya muat satu kereta. tempat parking luas sangat.
dah dalam ladang kan..

2 comments:

NisaUsoff said...

cik cun... kalau aku marah kang ko kata aku garang.. tp cuba ko pk tgk.. mmg la binatang2 tu diorg bela sndri... tp ko ingat2 la kan.. binatang2 tu tak yah kena bela ke :-w kena gak bagi makan time depa idop... makan kena berkhasiat baru dpt daging yg lazat :P... makanan berkhasiaat tu da tentu la mahal.. jd harga makanan yg korg makan tu pon jd mahal la hahahahaha

cek chun said...

Hahahaha baeklahh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...