bila dah jumpa resepi mudah dan memang popular pun kat my resepi nih, rugilah kalau tak buat kan? nak ratah pun menarik nih. chun makan dengan mee udon yang digoreng dengan kicap dan sawi. tak perlu nak panggang atas bara api atau dalam oven.
resepi dari mutiarazura @ my resepi.
bersedialah untuk melihat resepi baru ini semasa bbq hari raya nanti wahai adikku, nuon :-p
chun kopipes saja. thanks for the lovely recipe ya :)
bahan-bahan
- 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
- 2 sudu besar minyak masak
- 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
- 1 sudu besar halia dicincang
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar kicap
- 1 sudu besar sos cili
- 1/4 cawan (60ml) madu
- chun tambah beberapa titik sos seasoning maggi
Cara-cara
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
- Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
- NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!
10 comments:
wahhh bole buat nih.. tgl nak cari kepak ayam je... sikit kepak bley ;;)
ko nak kepak ayam ke itik ker angsa ker????
pergghhh tak thn nengok kepak ayam ni...sedapnya!
jemput la nengok :)
Salam kjg bls Chek Chun...waaah orangnya cun, blog pun cun..masak2 lagi la cun...tengok sticky caramel chicken wings tu pun rasa meleleh air liur, lama dah x buat...kena masak balik la nampaknya..hehe
ummi nihh.. wat cek senyum ja malam2 nih. makaseh sudi datang jengah
da buat smlm :D sodap2 hahahaha lepas ni aku boikot kedai jual kepak ayam kat paso mlm yg da naik harga tuh kakakakakakaa
apa feeling bila makan nis. nikmat tak. benda mudah tapi sedap gilak
oohhh...ni yang rose dok promote tuh...haha..best2, nanti nak try....:P
nampak macam sedap.leh buat ni
Post a Comment