30 September 2010

jamuan rumah terbuka

hari ni chun wat kenduri sikit-sikit sempena menyambut syawal yang masih ada ni. antara juadah yang disediakan ialah puding laici nih. cepat jer laku puding nih. nak resepi sila tengok kat posting bawah ni yer.
kek coklat kukus ni baru try buat kelmarin. guna resepi dari blog otai-otai kat blogspot ni. dok perati lama dah depa pakat buat kek kukus nih. baru kelmarin dapat buat sebab sudah tapau periuk pengukus mak kat kampong. ngeeee :)
cucoq udang adunan dari kawan chun, noraini. cucoq ni memang femes seantero skolah. sapa yang rasa mesti nak lagi.
chun goreng bihun dalam 3 bungkus. lepas tu buat kuah laksa, guna 5 ekor ikan sardin saja. dapat la seperiuk kecil. kalau kat utara ni, makan bihun goreng dengan kuah laksa. letak sikit ja, bukan sampai berair pinggan tu. baru bihun ada kick!
antara yang hadir memeriahkan majlis. sebenarnya nak menjamu mereka-mereka inilah. hari-hari dok tanya bila nak buat open house. ni semua muka dah kenyang, sebab tu senyum riang macam kanak-kanak ribena :)

puding laici

puding laici nih sangatlah mudah nak buat. semua bahan blender ajer. rasanya lemak-lemak manis gitu. kena lak time panas terik nih, sedap la masuk mulut. chun buat puding ni sebekas untuk jamuan hari raya.

bahan-bahan
  • 1 tin laici
  • gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • 10gm agar-agar
  1. blender laici bersama airnya, susu pekat dan susu cair.
  2. rebus agar-agar hingga hancur.
  3. masukkan bahan blender. kacau 5 minit dan rasa manisnya. masukkan gula ikot kemanisan yang anda suka.
  4. jangan sampai agar-agar mendidih. nanti susu akan pecah macam santan tu.
  5. masukkan dalam loyang dan bekukan.

29 September 2010

puyuh goreng berempah

lama tak makan burung puyuh ni. baru-baru ni, abah bli di pasar malam. 6 ekor rm10. mahal ke murah harga camni? tapi kalau puyuh yang dah siap masak, mau dekat rm4 seekor kan. bila dah buat sekor-sekor macam ni, nampak buruk la pulak..hehehe tapi bila dimakan tetap power.

bahan-bahan
  • 6 ekor puyuh
  • 2 bawang besar
  • 3 bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 batang serai
  • 2camb rempah kari daging
  • tepung goreng ayam - tak kisah apa brand pon
  1. semua bahan diblender halus dan diperap bersama puyuh. lagi lama lagi bagus. simpan jer dalam peti sejuk.
  2. sebelum menggoreng, taburkan tepung goreng ayam. kacau rata.
* chun tak guna garam sebab tepung goreng sudah masin. brand yang digunakan ialah Bistari.

28 September 2010

sotong goreng leek

leek ni sedara daun bawang. sebab chun suka semua jenis bawang, maka leek pon masuk dalam senarai sayor peberet jugak. nak masak ni pon senang jer, goreng sahaja dengan api yang kuat. konon-konon macam chef kat China la. ada wok hitam bagai, dengan api yang menjulang tinggi. chun ada letak serai yang dihiris nipis, tapi tak sedapla. menggangu rasa. better omit it.

bahan-bahan
  • 500gm sotong
  • 2 bawang besar. potong bulat
  • 1 batang leek
  • sedikit kunyit
  • perasa - L&P, salt, pepper, sos tiram
  1. panaskan sedikit minyak, goreng sotong dengan api kuat.
  2. masukkan bawang dan leek, masak hingga hampir layu.
  3. masukkan semua bahan perasa dan goreng hingga masak.

pekasam Baling

pekasam ehsan dari cekna. ciptaan adik ipar nya, seorang lelaki tau. ikan tu chun tak tau la. tapi ikan sungai la. bukan lampam. bila tanya kawan-kawan semua tatau ikan apa. tapi yang penting sedap. dia guna beras jati ni untuk peram pekasam ni. ikan ni bila digoreng, cantik jer beras tu terlekat dekat ikan. nak bagi sedap lagi, masukkan hirisan bawang kecil, serai, dan cili kering setelah ikan hampir masak. goreng semua bahan hingga garing.
pekasam makan dengan nasi putih panas-panas memang lah masyuk. tapi kali ni, chun try dengan nasi goreng ehsan. sedapnya nama. sebab hampir semua bahan mentah ehsan kawan-kawan. hehehe.. cekna bagi sambal bilis dan petai jeruk. dekna pula bagi nasi minyak. semua tu digreng macam buat nasi goreng biasa. chun cuma tambah sotong dan kacang botol/kelisa yang dihiris nipis.

21 September 2010

dumpling ayam

kebanyakkan resepi chun banyak yg cut short nyer bahan dan juga cara memasak. oleh sebab kekangan kerja, masa tu sangatlah berharga. kena baget masa cukup-cukup. tapi rasanya semua orang macam tu kan. kalau boleh nak masak benda yang senang dan cepat disediakan.

dumpling ni memang selalu chun buat. bergantung pada bahan yang ada. selalunya guna isi udang atau isi ayam. semua dicincang halus dan di gaul bersama minyak bijan - selalunya 2-3 titik sahaja, halia yang dicincang, garam, gula, black pepper, water chestnut, di cincang - 2-3 biji dah memadai dan daun bawang atau daun sup. kacau rata dan biarkan selama sejam baru masukkan dalam kulit wantan.

wantan yang dah siap boleh di kukus, goreng atau di buat sup. sup pon senang saja, cuma rebus tulang ayam dan masukkan perasa. rasanya semua orang punya cara tersendiri untuk menjadikan sup mereka sedap. ada yang letak lobak merah, seleri dan halia. bergantung kepada cara anda sendiri. dumpling yang sudah masak tak boleh dibiarkan didalam sup. nanti kembang dan menjadi lembik. seeloknya rebus secukupnya dan lebihannya di simpan didalam peti sejuk.

sotong goreng dengan cendawan

lama betoi tak apdet. lepas raya ni byk keja datang bertimpa-timpa. minggu ni boleh dikatakan minggu sotong jer. cekna beli sangat murah. sekilo rm13. besar-besar dan panjang sotongnya. sangatlah segar megar dari laot. sotong kat atas ni kecik molek kiut miut jer. ni dimasak di kampung selepas raya dulu. ni baru berkesempatan nak hapdet.

bahan-bahan
  • 500gm sotong - dibersihkan
  • 15 keping cendawan shitakee - rendam 2-3jam
  • daun bawang - dipotong sepanjang 2cm
  • sos tiram
  • sos L&P
  • black pepper
  • garam
  • gula
  • 2 bawang putih - hiris
  • 2inci halia muda - hiris nipis
  • 1 camb tepung jagung - dibancuh ngan sedikit air
  1. tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. masukkan cendawan. goreng sebentar.
  2. masukkan air hingga menutupi cendawan dan didihkan dengan api perlahan selama 1 jam - hingga cendawan lembut.
  3. masukkan sotong dan semua perasa. goreng sebentar.
  4. masukkan daun bawang dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

14 September 2010

vanilla cupcakes

resepi ni chun dapat dari

http://www.cupcake-creations.com/cup-cake-recipe.html

Basic Vanilla Cup Cake Recipe

Ingredients

  • 5 oz (150g) Butter - softened
  • 5 oz (150g) superfine (castor) sugar
  • 6 oz (175g) self-raising flour
  • 3 eggs 1
  • tsp vanilla extract
  1. Pre-heat the oven to 350oF (180oC).
  2. Line a 12 cup cake pan, with cup cake papers.
  3. Crack the eggs into a cup and beat lightly with a fork.
  4. Place all the ingredients in a large bowl.
  5. Beat with an electric mixer for 2 minutes, until light and creamy.
  6. Divide the mixture evenly between the cake cases.
  7. Bake for 18-20 minutes until risen and firm to touch.
  8. Allow to cool for a few minutes and then transfer to a wire rack.
  9. Allow to cool fully before icing.
  10. Makes 12 cakes.
chun buat 4 adunan. aising plak buka blog otai-otai dan tengok kat sana. macam-macam jenis aising ada. nuon tolong letak semua edible stuf atas cupcakes tu. raya punya pasai, cupcakes pon mewah dengan hiasan dan warna.

13 September 2010

sepanjang raya

pagi raya mak dah busy wat sup. menu kami hari tu- bihun sup tulang kaki lombu dan nasi daging. nuon yang rajin rebus ketupat nasi untuk dibuat soto. sambal kicap tu pon dia yang buat. sangat pedas dan sedap. bihun sup ni spesel sket sebab ada ditaburkan kacang goreng. resepi ni mak tiru bihun sup yang dijual di JPJ, Alor Star. rasanya lemak-lemak sket. kacang tu optional. sapa-sapa yang adventure jer boleh la tabur dalam bihun sup masing-masing.periuk rebusan sup tulang. dalam tu ada berapa banyak tah kaki-kaki lombu tersebut. dibeli setiap minggu sebelum puasa lagi dan disimpan dalam freezer besar kat rumah. asalnya abah beli untuk menjamu anak menantu, tapi dah banyak sangat, depa tukor plan jamu orang sempena raya yang bakal menjelma.nasi daging dan ayam ni mak masak untuk makan pagi-pagi saja. kira sesiapa yang datang awal, dapat la makan. cecah dengan air asam - warna air asam kurang mengancam sebab limau takda, guna lemon. cili merah pon dah habis kat pasar, kami guna cili hijau. raya punya pasai, semua benda kehabisan stok.
antara yang datang memeriahkan majlis.

09 September 2010

esok hari rayerrrr

bila dah nak raya, ketupat jagung la jadi pilihan. kena lak jagung madu.. meleleh je ayaq lioq. bes woo. selalu mak order jer kat kawan dia. depa jual sekilo rm12 ketupat yang dah siap. tahun ni, semua mak buat sendiri.ketupat jagung, kue layan dan kue goyang syafiq. jagung ni senang jer. hiris nipis-nipis, bila dah pulut setengah masak, baru masukkan jagung tu.
kue goyang syafiq tu kue loyang atau ros. ni gara-gara dok tengok nabil kat tv la nih. dok buat kue goyang. abah siap order la. bab goyang bagi kat si kecik yasin. pandai dia goyang kue tu dalam belanga.
ni la rupa kue layan. ni specialty mak lang. dia selalu buat sampai 2kg tepung. lepas raya, selalu anak-anak angkut balik asrama atau tempat kerja. chun pon tumpang sekaki la :P kue gunting ni anak-anak dia la gelar kue layan. sebabnya bila dah menguyah, tak boleh behenti dah. tau-tau mangkuk dah kosong. sambil tengok tv la bes melayan kue ni.

tu tangan yang kurang gebu dari cekmat gebu tu tangan sapa ehh.. dah 3 ari dok wat kek jer malam-malam. kek chocolate moist ni dah siap 2, malam ni kena buat lagi 1, adik order pulak. kek oren 1-orang tua-tua tak makan kek pahit (kek choc) so, depa order kek oren. cupcakes dah siap 2 batch. malam ni baru nak mendeco bersama echun..hehehe

malam ni mak masak nasi daging, dalca dan air asam. chun buat kerabu kaki ayam dan sayur buncis. selamat hari raya semua :) nak tau citer raya lagi lanjut, sila ke blog ini.

07 September 2010

cucoq kodok

burok betoi bunyi cucoq ni. tapi memang tak kena mengena dengan itu binatang ya. kalau kat utara, depa panggey coqkodok saja. nak buat pon senang. cuma tunggu pisang masak sampai ranum pastu lenyek jer. selalunya guna pisang awak. kalau pisang tu keras dan montel lagi, depa buat pisang goreng. kalau dah masak ranum dan lembek dah sapa pon takmau makan, maka jadilah coqkodok ni.

rasanya semua orang tau buat ni. cuma chun tambah kelapa kering brand Nona dalamnya. selepas pisang dan sedikit gula dah kena lenyek, masukkan tepung dan kelapa kering ni. jangan letak tepung banyak sangat, nanti keras. kacau sebati dan goreng dengan minyak banyak.

tempahan untuk berbuka puasa

roti sardin gulung ni tempahan dari ustaz untuk majlis berbuka di skul. chun minta tolong dari
Ton dan Zah untuk mengulung. buat dalam tiga plastik roti sandwich yang di beli di tesco. roti ni agak keras sikit, jadi terpaksa kukus dahulu. kalau guna gardenia, cuma perlu digelek dengan rolling pin. resepi ada di sini. cuma gantikan tuna dengan sardin.
chun buat puding roti yang diletakkan peach didalamnya. guna agar-agar seberat 35gm, dapat satu tapawe besar ni. resepi puding roti macam biasa, cuma ditambah peach bila adunan dah siap masak. resepi boleh tengok di sini.

06 September 2010

kue raya kembali lagi

jamu mata yer. ni sebahagian kukis yang chun jual kat skul. memang tiap-tiap tahun jual. memang dah ada regular customers pon. kukis nya rangup dan sedap. chun ambil dari mak kawan dari kl. yang atas ni namanya toasted coconut. dalamnya ada kelapa kering dan dihiasi dengan white chocolate.
ini pula red pearl. cornflakes dengan chocolate chip. yang ni best seller. selalu kena buat double order. rezeki bulan puasa :) alhamdulillah.

lacious oat ni merupakan kukis baru untuk tahun ini. dalamnya ada oat dan disalut dengan coklat dan badam. sangat rangup dan mendapat permintaan tinggi juga.
satu lagi kukis baru, hawaian cappucino. kukis perisa kopi dan disalut dengan white chocolate.
kukis ini juga merupakan best seller. chocolate chip. penuh dengan chocolate dan kepingan badam. kebanyakkan customer yang beli, tak jamu tetamu pon. depa makan sendiri jer :) tat nenas ni chun beli dari kawan kat skul. sedap juga. tak berapa minat sangat tart sebab manis. beli ni pun untuk famili makan.
chun try wat popia madu ni. resepi dapat dari cikgu din kat skul. wife dia selalu buat time raya. rasa-rasanya macam nak jual time raya haji ni jer.. ada sapa-sapa nak beli ka?

04 September 2010

sambal sotong

buka jer frigde, tekejut brok kejap. besaq nya sotonggg :O:O abah beli di market. sekor tu 1.3kg. mula nya dia nak beli sampai 2 ekor, tapi bila dah timbang sekor, terus dia kansel niat tu. lagipon dalam sotong tu tak ada telur. ni pon dah boleh makan 2 buah rumah. mak potong besar-besar juga. ada la besar 3 jari. dah masak nanti sotong ni kecut. kalau kat rumah, buat sambal jer sotong ni.

bahan-bahan
  • 1.3 kg sotong besar - potong 4 segi sebesar 3 jari
  • bahan blender - 20 cili kering, 3 bawang besar, sedikit belacan
  • air asam jawa
  • garam
  • gula
  1. blender semua bahan dan tumis atas api perlahan hingga naik minyak.
  2. masukkan asam jawa, garam dan gula.
  3. masukkan sotong, masak dengan api perlahan. tak perlu masukkan air kerana sotong akan mengeluarkan air.

02 September 2010

air jagong

air jagung ni chun ambil dari buku resepi tesco. buku ni dapat free jika beli barang melebihi rm80. mudah saja nak buat air jagong ni. kebetulan semua bahan dah ada dalam stok kat rumah tu.

bahan-bahan
  • 1 tin jagong krim
  • 1/2 tin susu cair
  • air gula secukup rasa
  • 1 cawan air soda
  • air
  1. campur je semua bahan di dalam jag dan tambah ais banyak-banyak.
  2. chun campur sedikit sirap perasa jagung yang kebetulan dah memang ada dalam fridge.

air asam boi


air ni mak yang buat bila tengok stok limau kasturi yang melampau banyaknya dalam peti sejuk. cuma perahkan limau dan campur dengan air, asam boi merah dan putih dan air gula. kulit limau yang dah diperah di campur sekali dalam air ni. tambah je ais banyak-banyak.

01 September 2010

roti tuna gulung

asalnyer nak buat puff tuna. chun dah beli puff pastry Kawan. letak dalam peti sejuk, dah 3 ari dalam tu. bila nak buat je, tengok-tengok dah tumbuh kulat. apa la silap nih. rasanya sebab letak dekat bahagian bawah fridge kot. tengok tarikh luput, lambat lagi, tahun depan baru expired. inti dah siap, last-last suroh adik p beli gardenia.

roti ni buat chun gelek dengan gelas ja. dekat rumah kampung memang takda roling pin semua :) improvise yer. ambik je apa yang ada kat dapor tu. letak inti, gulung dan lekat dengan telur. patutnya lekat dengan bancuhan tepung gandum, tapi yang tu pon takda :))
bahan-bahan
  • 1 tin kecil tuna dalam air
  • 2 biji bawang besar - potong dadu
  • sedikit cili kering dan bawang besar - blender
  • sos tiram
  • garam
  • gula
  1. tumis bahan blender sampai naik minyak.
  2. masukkan tuna dan bawang.
  3. kacau hingga bawang layu, masukkan semua perasa. sejukkan sebelum di gulung dalam roti.
  4. celup dalam bancuhan tepung goreng serbaguna. chun guna brand Bistari. goreng dengan minyak banyak hingga kekuningan.
** guna bancuhan tepung ni dapat elakkan roti jadi sarat dengan minyak, berbanding di celup dengan telur.

buka puasa di kampung

ayam goreng bawang menyerang!!!! tiga hari kat kampung, hari-hari order ayam ni. last day kena buat hampir 2 ekor dan hantar pada 4 buah rumah untuk berbuka. Lang pulak siap nak wat ayam ni untuk menu kenduri kawen cek munah november nanti. resepi dah ada kat previous post. Lang buat asam pedas keladi ni untuk berbuka. kalau kat kedah, asam pedas ni ada isi ikan, selalunya ikan kembong yang telah di rebus. makan pulak dengan nasi ulam yang dah sedia ada bermacam jenis daun-daun ulam seperti daun selom, ulam raja, kesom, pucuk putat. kalau nak tau lebih lanjut, sila tanya encik google ya :)
benda alah kat atas ni namanya peria goreng tepung. beli kat restoran nasi kandar hj ramli, simpang 4, alor star. rangup sampai ke malam. peria tu dihiris nipis-nipis dan memang tak ada rasa pahit langsung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...