21 September 2010

dumpling ayam

kebanyakkan resepi chun banyak yg cut short nyer bahan dan juga cara memasak. oleh sebab kekangan kerja, masa tu sangatlah berharga. kena baget masa cukup-cukup. tapi rasanya semua orang macam tu kan. kalau boleh nak masak benda yang senang dan cepat disediakan.

dumpling ni memang selalu chun buat. bergantung pada bahan yang ada. selalunya guna isi udang atau isi ayam. semua dicincang halus dan di gaul bersama minyak bijan - selalunya 2-3 titik sahaja, halia yang dicincang, garam, gula, black pepper, water chestnut, di cincang - 2-3 biji dah memadai dan daun bawang atau daun sup. kacau rata dan biarkan selama sejam baru masukkan dalam kulit wantan.

wantan yang dah siap boleh di kukus, goreng atau di buat sup. sup pon senang saja, cuma rebus tulang ayam dan masukkan perasa. rasanya semua orang punya cara tersendiri untuk menjadikan sup mereka sedap. ada yang letak lobak merah, seleri dan halia. bergantung kepada cara anda sendiri. dumpling yang sudah masak tak boleh dibiarkan didalam sup. nanti kembang dan menjadi lembik. seeloknya rebus secukupnya dan lebihannya di simpan didalam peti sejuk.

4 comments:

NisaUsoff said...

camne nak dpt kulit dia tuh...ada jual ke kat kedai ;));))

yantisa said...

nak cuba la nanti

Cik Sibuk said...

kalau tak simpan dlm fridge sejam sebelum bungkus takpe ke?

cek chun said...

boleh ja, simpan sejam tu nak kasi flavour meresap dalam isi ayam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...