01 September 2010

roti tuna gulung

asalnyer nak buat puff tuna. chun dah beli puff pastry Kawan. letak dalam peti sejuk, dah 3 ari dalam tu. bila nak buat je, tengok-tengok dah tumbuh kulat. apa la silap nih. rasanya sebab letak dekat bahagian bawah fridge kot. tengok tarikh luput, lambat lagi, tahun depan baru expired. inti dah siap, last-last suroh adik p beli gardenia.

roti ni buat chun gelek dengan gelas ja. dekat rumah kampung memang takda roling pin semua :) improvise yer. ambik je apa yang ada kat dapor tu. letak inti, gulung dan lekat dengan telur. patutnya lekat dengan bancuhan tepung gandum, tapi yang tu pon takda :))
bahan-bahan
  • 1 tin kecil tuna dalam air
  • 2 biji bawang besar - potong dadu
  • sedikit cili kering dan bawang besar - blender
  • sos tiram
  • garam
  • gula
  1. tumis bahan blender sampai naik minyak.
  2. masukkan tuna dan bawang.
  3. kacau hingga bawang layu, masukkan semua perasa. sejukkan sebelum di gulung dalam roti.
  4. celup dalam bancuhan tepung goreng serbaguna. chun guna brand Bistari. goreng dengan minyak banyak hingga kekuningan.
** guna bancuhan tepung ni dapat elakkan roti jadi sarat dengan minyak, berbanding di celup dengan telur.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...