29 January 2011

nasi daging

pernah tak tetiba datang mood rajin nak masak. belek gobok, apa pon takda. cuma bahan mentah utama saja yang kelihatan. tapi tetap nak masak jugak-jugak. kononnya nak menderhaka macam cik mat gebu. tapi sebab tak teror mana pun, menderhaka pun failed, maka makan lah juga dengan penuh perasaan. 
 
macam tu lah juga bila masak nasi daging ni. rasanya memang boleh tahan walau tak cukup bahan pun. kalau ada tomato sup dan susu cair, mesti lagi best dan warna pun mengancam. memang resepi ni worth for keeping. sebab bahan dan cara masaknya yang mudah. chun dapat masa merewang merata cari resepi mudah untuk buat nasi berperisa.

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 kilo beras Basmathi
  • 1/2 kilo daging- chun letak ayam
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi- guna butter campur dengan sedikit minyak masak
  • 1/2 cawan tomato soup - takde stok, chun blender 3 biji tomato
  • 1 cawan susu cair- tak letak, takde stok jugak
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.

note
  • chun guna rempah sup bunjut adabi. dalam tu ada disertakan buah pelaga, cengkih dan kulit kayu manis bersama. chun guna semuanya untuk jadi bahan tumisan
   source : salwahcm, my resepi

    7 comments:

    Nieza said...

    As salam cek chun...nampak tajuk nasi daging tapi mcm mana leh bubuh ayam lak tu...hehe btw menarik juga tu..saya dh lama nk buat nasi daging tapi tak terbuat2 lagi...kalau kat penang ada rempah utk buat nasi daging sedap tau kalau bubuh rempah tu.

    suri solehah said...

    salam mai ishk2..keinginan kita sama lah.I baru petang semalam buat nasi daging,,

    cek chun said...

    nieza, ni la sebabnya nk masak tpi takde benda..haha
    rempah apa tuh? chun baru beli rempah imam je. sebab takmau pisang berbuah dua kali :p

    suri, tu la pasal. lama dah buat nasi nih. i simpan je. bila tengok u buat nasi serai, terus teringat gambar nasi nih

    Anonymous said...

    chun, hang buatlah guna rempah iman tu. aku rebus dulu ayam campak bwh putih n halia sikit. beras tu aku rendam ngan kunyit (nak kaler kuning) dlm 30min. pastu aku tumis cengkih, kayu manis, bungan lawang, buah pelaga dan rempah iman yg dah bancuh. pastu masukkan beras dan masukkan air rebusan ayam tadi juga beberapa ketul ayam + bwg putih dan halia yg diguna dlm stok tadi tuh.

    pastu kalau agak2 nak wat kurma, dah tumis segala rempah2 kurma tu, masukkahn kentang dan air rebusan ayam tu.....bila kentang dah empuk, masukkan ayam dan santan. ok je wa rasa kekekekek

    me.myself.dan.aku said...

    ehhh...comment di atas tu aku lah weh...zik

    cek chun said...

    beb, aku dah try briyani dan masak hitam kashmir. besok aku aplod. tak reti nak derhaka. ikut buku jer :p
    pandai hg masak noo

    me.myself.dan.aku said...

    hahahaha...kalau rempah iman tu takyah pakai susu cair dah...sedap beb....tu yang aku terror tu hahahaha...instant!
    awat gambar hang tu nasinye tak berapa pjg?...hang try basmathi MOGHUL FAIZA....cantik n nice. aku ari tu beli hat sekilo je dlm RM9+++. aku tgok kalau 5kg, rm44.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...