31 January 2011

grill chicken chop, mashed potato and coselaw

 memang sah la seronok sunggoh menggril di kuali grill tefal itu. sekejap je masaknya. tak melekat dan yang penting masak sekata. dekna sengeh girang kuali dia beli dapat pujian meleret. kawan siap beli dengan sudip tefal lagi. takut calar kuali baru. hehehe.. bersemangat sunggoh kawanku itu.
chun di ajaknya untuk buat chicken chop bersama gravy. resepi ni yang selalu chun tengok jamie oliver masak. masak 2 camb butter sampai cair dan masukkan 2 camb tepung gandum. kacau sebentar atas api sederhana. gunakan whisk dan masukkan 2 cawan air sambil di kacau untuk mengelakkan bergentel.

kemudian masukkan satu kuib ayam maggi, garam dan lada hitam yang ditumbuk. untuk gelapkan kuah, chun letak sedikit kicap manis. jika nak pedas lagi, masukkan sos lada hitam maggi.


 kemudian dekna parutkan lobak merah dan kobis bersama satu biji epal hijau. gaulkan bersama crushed black pepper, garam dan mayonis. kacau rata dan simpan dalam peti sejuk sebelum makan.

untuk mashed potato, chun guna resepi yang memang selalu dok guna  kat sini. ni lah dinner kami yang dimakan pada jam 6 petang itu. berbaloi sungguh. cuti raya cina ni bolehlah dekna tunjuk skill kat kampung ya :-p.

5 comments:

suri solehah said...

salam baru lepas pekena set chicken chop kat EE burger,,

Nieza said...

wah menarik dan nampak sedap la cek chun...silap tak mai awai tadi la ni sure dh abis ni...hehe

cek chun said...

suri, detim dua ka beb :)

nieza, lambat seminit ja :p

siti Isa said...

sedapnyaaa kak chun..terliuq..:D

cek chun said...

aippp.. ibu berpantang jangan tengok blog masak2..naya wooo.. hahaha
congrate on ur new arrival ya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...