30 January 2011

mengulai dengan hati girang

kalau ke pasaraya, tak sah la kalau tak ke bahagian dapur. belek-belek periuk belanga, pingan mangkuk kat situ. hobi baru nih. nak bagi selaras dengan usia barangkali. bila tengok tefal dan green pan, air liur mula lah meleleh tap..tap. dalam hati, 'bila lah boleh aku nak sambar ko nih hai tefal'.

asal sale saja, mesti jengok sana. huh..baru less 20%. tak mampu..tak mampu. maka air liur terus tap tap jatuhnya..

berapa kali berulang alik tu? infiniti rasanya. tak terbilang. dengan harapan, kau jual lah tefal tu bawah seratus wahai Sunshine, wahai Jusco, wahai Parkson. rupanya sempena cny, murah juga jadinya. dibeli ditempat yang tak pernah chun terpikir pun. di tesco. dan banyak pula stoknya. dari 24cm, 26 hingga 28cm.

kuali dalam yang sungguh la sesuai nak buat gulai dalamnya. lama dah mengidam. semasa mata terpandang cekna buat gulai daging lagi. katanya mudah nak mengacau rempah dan rebus daging lama-lama. "goreng bihun pon best ni cek chun", cekna tambah lagi. cubaan nak menghangitkan cek yang dah sedia hangit  ni.

tapi takpa, cek pasrah. tunggu dengan sabar. dan akhirnya. nahhh.. 24cm pun dah okeh. dan dirasmikan dengan memasak maggi. sengal kan. ingatkan nak mengulai. tapi dek tak sabar nak mengetest, cek bantai saja. cek sambar jugak 28cm. hadiah dari cekna dan cek untuk birthday dekna. dekat setahun baru dapat hadiah. nasib la kau dekna. dapat kawan macam kami :-p

http://www.onlineshoppingukshop.com
dan dekna pula siap bragging on her new tefal grill pan. disambar di Sunshine dengan harga rm97. arghhhhhhhhhhhhhh....

6 comments:

Nieza said...

wah bestnyer cek chun...kat sini reganya dlm 20-30 euro juga tu...kalau convert RM rasanya lbh kurang jer lah kot. btw selamat mengulai yer cek chun..:)

suri solehah said...

salam chun..wah-wah ni da lebey..lawan tokey namanya,,murah lah pulak rega tu no..
psst:syok jd nieza tu..dapat beli ngan rega 20 je huhu..

Ummi said...

Salam singgah dan salam kenal chek Cun...waaaah kuali pun cun tuuuhh..mesti rajin masak lg nnt...thanks ya singgah dapur akak..i follow...hehehe

cek chun said...

nieza, tu yg hati girang sokmo. lama dah impi

suri, mana bleh lawan mu deh. sana murah gila lagi

ummi, thanks yer sudi jenggah sini. selalu skodeng2 umah ummi :p

wahdi said...

1st time jalan sini, btw kuali ni mmg bagus, dah bertahun pakai still steady ;)

cek chun said...

wahdi, welcome2..
sebenarnya tertarik dengan kuali aruah tok. rupanya dibeli dari UK oleh adiknya. belek lama2 baru perasan kuali tefal. masih tegap walaupun cop dah hampir hilang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...