30 December 2011

nasi goreng ketam kuala juru



Kuala Juru di pulau pinang ni dah memang terkenal dengan makanan lautnya.  Antara yang popular mee ketam dan mee udang. Aku rasa faktor utama popular ialah harganya yang murah.

Nak ke sana cukup mudah. Dari lebuhraya, ambil exit Juru, jumpa simpang, ambik kiri, bersebelahan Mcdonald. Jalan terus, jumpa simpang 3, belok kanan. Dah jumpa kawasan kampung. Teruskan perjalanan sampai ke simpang 3. Kedai ni berdekatan simpang.


Selain mee ketam, ada juga restoran gulai ikan sembilang. Follow jer signboard. Jika terus ke kanan, ada beberapa gerai lagi hinggalah sampai ke jeti kuala juru. Ada gerai yang hanya menjual mee ketam, mee udang dan nasi goreng ketam sahaja. Restoran ni ada juga ikan dan kerang bakar, no sotong goreng tepung. Cuma boleh masak kicap, masak pedas dan sotong kunyit.

Nasi goreng ketam RM12, nasi goreng udang RM10 dan sotong masak pedas RM10.  Sotong tu mintak untuk seorang makan, tapi yang datang macam  untuk tiga orang. Order nasi kosong 1 pinggan, teh ais, air suam dan air ais.

Macam dikata tadi la. Murah. Tengok la udang tu, gedabak jugak kan? Rasa biasa-biasa saja. Nasi goreng ni kureng sangat. Tak terasa gorengnya. Better ambik nasi kosong. Baru puas makan. Bil untuk tiga orang ni RM33.

Aku kasi 3* out of 5.

Published with Blogger-droid v2.0.2

29 December 2011

lasagna paling mahal? nèeeeehhhh

I never pay a lot for my food. For what? Kepuasan? Kenikmatan? If i try harder, maybe i can find a cheaper but tastier food somewhere else.


There were prawn, roasted chicken black pepper, sotong kam pao, minestrone soup.. to name a few. We paid rm50 each for the food and the venue.


For that kind of charges, they served us tasteless squids, roasted ka goreng ayam ni, bland soup, udang busuk, yeap.. busuk dan lembik baik punya. Yang boleh dimakan dengan kenyang cuma lasagna dan salad.


Kecewa sungguh. Datang dari jauh, dari awal sudah terjongok di hotel, tunaikan tanggungjawab, bersiap-siap and ready to go. Nak fun tapi rasa macam kena troll dengan food. Padan muka. Not that im not bersyukur, sepatutnya servis kena setaraf la dengan gah nya nama hotel. Its rm50 for god sake. Times 70. Tak ke dah balik modal tu.


Naza talya, you....you.... urrrgghhhhhh!!!!!!!!




Published with Blogger-droid v2.0.2

23 November 2011

20 November 2011

Dolce Gusto

4 weeks kau.. cukup sebulan tu tak berhapdet.
kalau nak aku cerita pun, mau makan 3 hari 3 malam punya.
jadi baiklah aku teruskan dengan cerita yang bikin perasaan aku bergelodak lately nih.

sejak keluar kat tv, memang tak keruan dibuatnya.
terus aku google. perhh.. siap ada 'how it operate'.
maka habislah satu website tu aku selongkar.
klik satu-satu setiap perisa.
sampai ke FAQ pun aku bukak.
first time aku rasa dalam sejarah hidup.
baca FAQ tu.



nah ambik kau. mesin tu saja sebijik rm650. campur dengan capsule lagi ntah berapa hengget la.
kau nak minum kopi ala-ala Starbuck, maka terpaksala membayar harga Starbuck jugak.
tapi ni paling affordable antara mesin kopi yang lain di pasaran.
nak tau lebih lanjut, moh klik sini.

mesin kopi tu rupanya sungguh la urban. sungguh molek dengan gaya kitchen yang masih berada dalam minda aku nih. letak pulak sebelah kitchen aide merah.. perhhhh

ok, back to reality, for the mean time, aku enjoy kopi tumbuk beli kat Baling jer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...