31 January 2011

grill chicken chop, mashed potato and coselaw

 memang sah la seronok sunggoh menggril di kuali grill tefal itu. sekejap je masaknya. tak melekat dan yang penting masak sekata. dekna sengeh girang kuali dia beli dapat pujian meleret. kawan siap beli dengan sudip tefal lagi. takut calar kuali baru. hehehe.. bersemangat sunggoh kawanku itu.
chun di ajaknya untuk buat chicken chop bersama gravy. resepi ni yang selalu chun tengok jamie oliver masak. masak 2 camb butter sampai cair dan masukkan 2 camb tepung gandum. kacau sebentar atas api sederhana. gunakan whisk dan masukkan 2 cawan air sambil di kacau untuk mengelakkan bergentel.

kemudian masukkan satu kuib ayam maggi, garam dan lada hitam yang ditumbuk. untuk gelapkan kuah, chun letak sedikit kicap manis. jika nak pedas lagi, masukkan sos lada hitam maggi.


 kemudian dekna parutkan lobak merah dan kobis bersama satu biji epal hijau. gaulkan bersama crushed black pepper, garam dan mayonis. kacau rata dan simpan dalam peti sejuk sebelum makan.

untuk mashed potato, chun guna resepi yang memang selalu dok guna  kat sini. ni lah dinner kami yang dimakan pada jam 6 petang itu. berbaloi sungguh. cuti raya cina ni bolehlah dekna tunjuk skill kat kampung ya :-p.

30 January 2011

mengulai dengan hati girang

kalau ke pasaraya, tak sah la kalau tak ke bahagian dapur. belek-belek periuk belanga, pingan mangkuk kat situ. hobi baru nih. nak bagi selaras dengan usia barangkali. bila tengok tefal dan green pan, air liur mula lah meleleh tap..tap. dalam hati, 'bila lah boleh aku nak sambar ko nih hai tefal'.

asal sale saja, mesti jengok sana. huh..baru less 20%. tak mampu..tak mampu. maka air liur terus tap tap jatuhnya..

berapa kali berulang alik tu? infiniti rasanya. tak terbilang. dengan harapan, kau jual lah tefal tu bawah seratus wahai Sunshine, wahai Jusco, wahai Parkson. rupanya sempena cny, murah juga jadinya. dibeli ditempat yang tak pernah chun terpikir pun. di tesco. dan banyak pula stoknya. dari 24cm, 26 hingga 28cm.

kuali dalam yang sungguh la sesuai nak buat gulai dalamnya. lama dah mengidam. semasa mata terpandang cekna buat gulai daging lagi. katanya mudah nak mengacau rempah dan rebus daging lama-lama. "goreng bihun pon best ni cek chun", cekna tambah lagi. cubaan nak menghangitkan cek yang dah sedia hangit  ni.

tapi takpa, cek pasrah. tunggu dengan sabar. dan akhirnya. nahhh.. 24cm pun dah okeh. dan dirasmikan dengan memasak maggi. sengal kan. ingatkan nak mengulai. tapi dek tak sabar nak mengetest, cek bantai saja. cek sambar jugak 28cm. hadiah dari cekna dan cek untuk birthday dekna. dekat setahun baru dapat hadiah. nasib la kau dekna. dapat kawan macam kami :-p

http://www.onlineshoppingukshop.com
dan dekna pula siap bragging on her new tefal grill pan. disambar di Sunshine dengan harga rm97. arghhhhhhhhhhhhhh....

29 January 2011

nasi daging

pernah tak tetiba datang mood rajin nak masak. belek gobok, apa pon takda. cuma bahan mentah utama saja yang kelihatan. tapi tetap nak masak jugak-jugak. kononnya nak menderhaka macam cik mat gebu. tapi sebab tak teror mana pun, menderhaka pun failed, maka makan lah juga dengan penuh perasaan. 
 
macam tu lah juga bila masak nasi daging ni. rasanya memang boleh tahan walau tak cukup bahan pun. kalau ada tomato sup dan susu cair, mesti lagi best dan warna pun mengancam. memang resepi ni worth for keeping. sebab bahan dan cara masaknya yang mudah. chun dapat masa merewang merata cari resepi mudah untuk buat nasi berperisa.

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 kilo beras Basmathi
  • 1/2 kilo daging- chun letak ayam
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi- guna butter campur dengan sedikit minyak masak
  • 1/2 cawan tomato soup - takde stok, chun blender 3 biji tomato
  • 1 cawan susu cair- tak letak, takde stok jugak
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.

note
  • chun guna rempah sup bunjut adabi. dalam tu ada disertakan buah pelaga, cengkih dan kulit kayu manis bersama. chun guna semuanya untuk jadi bahan tumisan
   source : salwahcm, my resepi

    28 January 2011

    breakfast di flemington hotel, taiping

     semasa bercuti di taiping, chun, zah dan ton menginap semalam di hotel ni. betul-betul didalam taman tasik taiping yang nyaman tu. nak tau rupa hotel dan bilik kami, boleh lah jengok kat sini. kami dapat set breakfast untuk dua orang, jadi tambah lagi satu kena bayar rm11. antara menu yang ada - buah-buahan, kek dan puding, nasi lemak, rendang, bihun goreng, baked bean, telur separuh masak, bubur nasi, telur dadar, bijirin segera, roti bakar, kopi teh dan jus mangga dan oren.

     bubur nasi paling sedap chun pernah makan. campur segala kicap, minyak bijan, kacang, bilis, taucu, daun bawang dan jeruk apa tah.yang rangup tu. rasa macam sengkuang. pernah tengok jeruk ni dalam tin dekat pasaraya. dan pernah beli pun untuk makan buat ulam cecah sambal belacan.

    comel je susun sudu macam ni
    lama dah tak letak entry masak-masak ni. tak sempat masak sebenarnya. balik rumah jer terus flat. last-last makan ja biskut kering atau maggi atau nasi goreng atau buah epal australia yang kaler hijau tu. memang rangup dan bersari. kalah granny smith.

    24 January 2011

    koteow doli, taiping

    digerai inilah segalanya bermula
    lama dah chun dengar pasal koteow ni. katanya sangat famous di sini. asalnya cuma gerai kecil. sekarang siap berhawa dingin, dengan pintu automatik lagi. pertama kali jejak ke sana, terpaksa menunggu meja kosong. senarai yang menunggu koteow goreng masak pula sangatlah panjang.
    meja dan kerusi ber marmar
    seeloknya datang sini dengan perut separuh penuh. dah la kena tunggu lama. mungkin tempatnya selesa untuk bersama keluarga. chun rasa koteow tu biasa saja. mungkin sebab dah selalu makan char koteow penang yang memang sedap.
    koteow yang femes ames di taiping
    koteow doli ni kering. macam koteow mak masak di rumah. yang bezanya cuma koteow disini besar sikit saiznya.
    kami juga makan mee rebus dan bihun sup. tak menarik. payah sungguh kalau tinggal di surga makanan Malaysia ni. banyak makanan sedap sudah dirasa. tapi kalau nak beralih rasa, boleh lah cuba.

    22 January 2011

    chilled tiramisu : which i will miss so much after this

    chun terjengah dengan resepi ni bila blogwalking. dah lama dah. sampai tak ingat siapa tuan punya resepi. chun kopipes dan simpan dalam file dessert''. selalu buka dan baca dan dok imagine camna la rasanya bila dah siap.
    chun berpeluang membeli jejari span Bonomi di kedai kek di alor star. harganya RM11.50. simpan dah lama dalam stok. asyik dok keluar masukkan cream cheese saja dari esbok. bila ceeese dah lembut, tukang masak pula takda mood. banyak sunggoh dugaan nak buat tiramisu nih.
     bahan-bahan
    • sebungkus jejari span - dalam bungkusan ada 4 peket kecil, chun cuma guna 2.
    • 250gm phile cheese
    • 5 camb. gula halus 
    • 3/4 cawan whipping cream - chef tu guna 1 kotak 200ml Paul thickened cream, so i pun ikut 
    • 3 telur merah sahaja
    • 1 cawan air kopi - boleh juga guna nescafe, chun guna hazelnut coffee 3 in 1 
    1. bancuh kopi secawan dengan air panas, biarkan sejuk. masukkan dalam mangkuk.
    2. masukkan 1 camb gula kedalam telur. letak bekas di atas periuk yang berisi air panas, seperti mencairkan coklat. guna whisk untuk menyenangkan kerja. pukul telur hingga pekat dan gula hancur, dalam 3 minit. angkat dan ketepikan.
    3. pukul cheese dengan 3 camb gula hingga kembang. 
    4. whisk whipping cream dengan 1 camb gula hingga kembang. campurkan cheese dan telur dalam adunan whip cream. kacau perlahan-lahan. 
    5. ambil jejari span dan celupkan dalam air kopi. celup sekejap saja, nanti kembang kalau dibiarkan lama. 
    6. susun dalam bekas hingga memenuhi ruang. tuang adunan cheese. susun semula jejari span dan lapis cheese sekali lagi. 
    7. lebihan whip cream di dalam kotak di pukul hingga kembang. tuang atas adunan cheese, taburkan serbuk koko. 
    8. simpan dalam esbok semalaman.
    sebelum diletakkan whipping cream dan serbuk koko
     sebenarnya thickened cream ni macam tak menjadi. tak kembang pun. kalau tak, mesti gomok lagi adunan cream cheese ini. rasanya lebih elok beli whip cream yang betul-betul tulisan kat kotak tu tertulis whipping cream. tapi masih sedap. don't worry. cuma yang patut dirisaukan, kalori yang beribu-ribu million yang kita kutip lepas makan menda alah ni.

    selalunya benda yang sedap ni, memang la banyak kolestrol. jenuh kalau makan selalu. dengan badan yang dah sedia sedap ni, amat wajarlah tiramisu ini dibuat sekali ini saja. jadi memanglah sangat i will miss you so much after this.

    p/s: kalau tau siapa tuan punya resepi ni, harap bagitau cek chun  ya. thanks :)

    21 January 2011

    mee goreng

    dinner malam ni.
    mudah dan cepat.
    dah macam maggi pulak tagline nyer.
    resepi macam biasa.
    cuma letak daging cincang, cendawan shitake segar dan sawi.

    20 January 2011

    nasi goreng cendawan

    nasi goreng tanpa kicap memang macam lagu tanpa irama. sangat tidak lengkap. dulu-dulu diajar oleh mak milah masak nasi goreng mesti ada sambal belacan yang digoreng garing dan penamat sekali letak kicap sampai hitam.

    bila dah besar sikit, belajar pula nasi goreng yang cuma perlu kuningkan hirisan bawang putih, garingkan cabai melaka (cili padi) yang telah ditumbuk, masukkan ikan bilis yang siap digoreng rangup dan goreng nasi bersama hingga masak. makan bertambah walaupun air hidung menunggu masa nak keluar dek kepedasan.

    bila dah dewasa, baru tahu yang rupanya nasi goreng hanyalah masakan yang dibuat untuk mengelakkan pembaziran, masakan yang paling senang dan mengenyangkan ramai orang, masakan yang hampir setiap orang boleh masak.

    kombinasi nasi dengan sayur, nasi dengan telur, nasi dengan bilis, nasi dengan kicap atau nasi dengan ayam/daging memanglah menikam sukma, membuai rasa. tambah-tambah lagi bila dah tiada apa yang boleh untuk dimasak, buka esbok, yang ada cuma telur atau bilis atau ayam atau sayuran saja.

    jom tengok nasi goreng cendawan yang tak semengah ini, itu saja yang ada dalam esbok :p

    bahan-bahan
    • 1 cawan nasi semalam
    • 3 helai cendawan tiram - chun beli jenis yang keras dan gemok, kena hiris nipis-nipis
    • sedikit snow peas - potong dua
    • 3 cili merah - tumbuk bersama sedikit belacan
    • 1 bawang merah - hiris nipis 
    • sos perasa maggi
    • garam
    • lada hitam
    1. tumis bawang merah hingga layu dan masukkan cili merah, goreng hingga garing. 
    2. masukkan cendawan tiram dan snow peas, goreng 5 minit. 
    3. masukkan semua perasa, masukkan nasi dan goreng dengan api yang paling besar hingga masak. 

    18 January 2011

    mee bandung senang

     bila dah lapar, macam-macam la nak makan. belek-belek esbok, apa pun tarak. sampai udang kecik pun takda bayang langsung dalam kotak beku tu. sayur je banyak. chun memang suka sayur, paling suka beli di pasaraya Sunshine ni. kalau bab ikan atau ayam, memang tak beli kat sini la. tak lalu. lagi satu ada was-was sikit. ayam selalunya beli di tesco atau giant.

    mee pun ada sebungkus. sebenarnya pau yang mak milah punya kat kampung. seronok betul kalau balik kampung boleh pau apa saja. selalunya pau serai, lengkuas dan kunyit hidup. kononnya nak masak masak lemak la, tomyam la. tapi jarang la menjadi pun. dok beli kat kedai juga :p

    sebenarnya teringin sunggoh nak makan maggi. dah tengok sayur macam-macam ada, apa salahnya tukar jer ke mee. jadilah mee bandung yang sangat lah senang ni. pakai campak-campak apa yang ada saja. kira mee vegetarian la nih. tapi vegetarian yang level bawah sikit. sebab dia makan telur jugak :p
    bahan-bahan
    • segenggam mee - dibasuh dan toskan
    • 1camb cili boh
    • 1 bawang besar - hiris nipis
    • 1 camb sos tiram
    • beberapa titik cuka
    • 1 camb sos perasa maggi
    • sedikit garam
    • lada hitam 
    • 1 biji telur
    • 1 cawan air - bergantung kepada banyak kuah yang disukai
    • sayur - chun guna snow peas, cendawan shitake dan tiram, tomato dan sedikit daun bawang 
    1. tumis bawang hingga kekuningan.
    2. masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak dan garing. 
    3. masukkan sos tiram, cuka, sos perasa, garam dan lada hitam yang ditumbuk. kacau sebentar dan masukkan air. 
    4. biarkan mendidih, masukkan mee dan sayuran. masak selama 5 minit dan pecahkan telur. kacau perlahan-lahan. angkat dan hidangkan. 

    17 January 2011

    ordering domino's pizza in Ipoh

    cek chun berkesempatan meronda ipoh baru-baru ni. sampai sesat-sesat nak cari tempat makan. berdasarkan pembacaan di blog dan soksek-soksek kawan-kawan, must try in ipoh ialah mee rebus ramli, nasi ganja, nasi ayam hainan dan kedai kopi kluang stesen.

    oleh kerana penat seharian berjalan meronda ke kelly's castle di petang harinya. malam tu kami semua dah kaput. nak turun ke bawah hotel cari makan pun dah tak larat. jadi jalan terbaik tentulah menelefon order makanan. melihat bandar ipoh dari ketinggian enam tingkat bilik hotel sangatlah menyamankan. anda dapat lihat restoran penuh di kiri kanan pandangan. yang tak halal lagilah banyak di pekan nih. memang syurga makanan.
    tengok kat depan, nampak pizza hut dan kfc. tepi sana ada mcdonald. keputusan diambil untuk makan pizza. chun terus teringat ada ternampak domino's semasa perjalanan tadi. tak sure kat mana. jadi google dan call number 1300-888-333. oleh sebab kami tinggal di hotel, jadi pihak sana akan call balik untuk pastikan store domino's di ipoh boleh siapkan pesanan. 3 minit kemudian, depa call dan ambil pesanan. bagus sunggoh. i like this kind of service.

    jadi kami pakai hentam order saja. bagus betul mamat di talian. siap explain semua jenis pizza dan toppingnya. kami ambil set meal no 2. dapat 1 large pizza, 1 breadstix dan 2 tin minuman gas. chun pilih meat mania dan breadstix tukar dengan banana kaya dessert. 25 minit kemudian, the pizza boy ketuk pintu hotel. aisehh.. kalau lambat 6 minit lagi, saheh dapat kupon free :p

    banana kaya ni sangatlah sedapppp.. yang ni kami pulun dulu. wangi semacam pisang dan kaya. lama dah tengok di domino's, tapi tak teringin pun nak order. rupanya sedap. enak dimakan panas-panas. macam pizza manis.

    pizzanya sedap, lembut dan kaya dengan keju. tak kedekut. dah banyak kali makan di store, memang sama. kualiti memang bagus. yang bestnya sos tomato di pizza tu. tak kedekut bahan. kalau nak dibandingkan dengan pizza hut. ohh..selalu lepas makan, akan rasa rugi lepas tu. i pay so much for this???

    domino's.. please please please come to alor star. 

    16 January 2011

    pizza hut alor star

    bila dah balik kampung, selain acara wajib menjamah makanan yang dimasak oleh mak milah, menjengok restoran yang berdekatan juga amalan mulia. selain membesarkan perut dan badan, dapat juga menjalinkan silaturahim sesama insan. dah lama tak bersama macam ini. sejak berkahwin, jarang adik dapat bersama. sibuk dengan kerja.
     lama dah tak datang pizza hut. atas rayuan bersama, maka plan pon dibuat. ajak mak milah, tapi dia dah penat, nak tidur awal sebab besok  nak kena bangun pagi-pagi sebelum subuh. memasak untuk jualan gerainya. rombongan cik chun adalah dalam lapan orang.
    lava pepperoni
    cheesy chicken meatball -sedap dan penuh mozarella
    semua nak try pizza baru. yang penuh dengan keju berbagai jenis. kami order lava pepperoni saiz besar dan juga set meal untuk empat orang. ada dua regular pizza, 4 mushroom sup, 1 garlic bread dan 1 jag coke yang boleh di isi semula. fatin makan spagetti seafood dan chicken meatball. kami juga order mango yogurt dan ice chocolate.
    pizza cheese lava ni sangatlah mendukacitakan. ingatkan keju banyak macam dalam iklan. rupanya angan semata. boleh nampak kan dalam gambar diatas ni. sangatlah kurang keju sampai nampak roti pizza. nak tarik-tarik mozarella? huhhh.. jangan harap la. frust sunggoh. hujung roti yang sepatotnya penuh dengan keju, memang penuh pun, tapi dengan keju yang dah beku.

    frust dengan servis dan kualiti makanan kat sini. orang memang ramai, tapi kakitangan pizza hut pon ramai juga. pizza memang kena tunggu lama. tapi tu semua kami paham. boleh bersabar, cuma bila pizza yang datang tak semengah macam iklan ataupun yang sepatutnya, itu boleh bikin hangin. tak teringat pula nak komplen. masing-masing lapar, terus ngap jer bila pizza dah sampai ke meja. tapi yang penting kami semua gumbira dapat makan bersama.

    cc: dominos..bila hampa nak mai alor staq wehhhh...  :(

    15 January 2011

    apam padelpop yang kurang kaler

    resepi masih sama. cuma tak cukup warna. sebab malas nak membasuh bekas banyak-banyak. tapi macam kurang ceria la pula. lepas ni memang akan buat lagi dan tak akan skip warna dah. tiga warna memang akan bikin apam ni cun.

    chun guna serbuk santan untuk resepi ni. bancuh dengan air suam dan cukupkan 250ml. bila cukup time kukus, tengok-tengok kek masih goyang dangdut. aikk.. kenapakah? patutnya dah keras solid. takpa. teruskan usaha mengukus. mujoq jadi. tapi tu la, habis titik-titik hujan gerimis menimpa. ni dah letak foil nih atas acuan. lepas ni nak try balut tudung kukus dengan tuala pula. belek balik resepi. rupanya santan kara tu cuma 200ml. haa.. buat pandai lagi. lain kali baca betul-betul.

    santan serbuk ni memang tak best. kurang wangi dan berlemak. lepas ni tobat takmau guna dah.

    13 January 2011

    udang goreng kunyit

    masakan paling cepat dan mudah disediakan kalau perut dah berkeroncong. lagi banyak sayur yang dicampurkan bersama, lagi sedap rasanya. mungkin sebab chun tak berapa makan udang, jadi jenuh la letak sayur untuk tambah selera lagi.

    chun rasa semua orang pandai buat udang goreng kunyit. setiap orang punya style tersendiri untuk sedapkan makanan mereka. tapi the end product tu yang penting. tak sedap pun kalau dah lapar, akan habis juga. at least kita masak sendiri. nak bising pun tarak guna juga kan. tapi kalau dah selalu masak, maka akan terasahlah bakat memasak itu. mula dari tak sedap akan lama-lama menjadi marbeles. yang penting jangan putus asa.

    untuk masakan ini, chun cuma tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. masukkan udang dan goreng hingga hampir masak. letak sedikit air dan masukkan hirisan bawang besar, capsicum, cili merah dan cili padi yang telah diketuk sedikit. masukkan perasa seperti garam, sos perasa Maggi/serbuk perasa ikan bilis atau ayam, sos tiram dan kacau hingga udang masak.

    09 January 2011

    gerai makan mak milah and the gang



    kenduri doa selamat pada hari pembukaan
    chef in the house dah buka gerai tepi jalan. gamaknya dah boring duduk rumah. dulu hari-hari ambil upah kelebek wayar, sekarang bertarung dengan periuk belanga. pagi-pagi buta dah pulun memasak sorang-sorang. kemudian angkat semua barang ke kedai yang jaraknya dalam 1km dari rumah.
    mem besar bersama lauk pauk yang dimasaknya

    bihun sup daging
    kelmarin bermula lah era gerai barunya. pagi-pagi ada nasi lemak, bihun dan mee goreng. tengahari pula nasi campur. ada la sepuluh jenis lauk dan petangnya pula dengan nasi ayam dan bihun/mee/koteow sup.

    lokasi kedai:       tepi jalan ke kampung alor terong, titi keling, tandop, alor star
                              bersebelahan dengan rumah kedai, tepi kedai perabot.
    waktu operasi :   dengar kata nak buka hari-hari
                              7 pagi sampai 7 malam

    nasi ayam

    05 January 2011

    ipoh hainan chicken rice

    restoran ni di rekmen oleh kawan chun yang memang tinggal di ipoh. kalau nak makan nasi ayam hainan yang halal, tuju la tempat tu. tauhu gorengnya sedap tau. lebih kurang macam tu la kata kak zu. apa lagi, berkobar-kobar la cek chun and the gang cari. ini kali kedua kami ke sana. dah lain menunya. dulu macam-macam ada. sekarang depa dah kurangkan sikit. yang signature dish mestilah nasi ayam.

    ada dua jenis, panggang dan rebus. paling suka kat tauge ipoh tu. tapi mahal la. sepinggan tauge empat ringgit. boleh beli dua plastik besar tu kalau kat pasar :D  tauge ipoh kan rangup sikit. katanya sebab air batu kapur yang mengalir di bandar ipoh ni. satu set nasi ayam berharga rm5.

    chun order juga tauhu sos tiram ni. agak masin tapi sesuai benarlah kalau nak makan dengan nasi. rangup sebab disalut dengan tepung dan digoreng garing. semua yang makan kata dish ni sedap. sepinggan rm6.

    nama restorannya ipoh hainan chicken rice. kami guna gps jer untuk kesini.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...