09 January 2011

gerai makan mak milah and the gang



kenduri doa selamat pada hari pembukaan
chef in the house dah buka gerai tepi jalan. gamaknya dah boring duduk rumah. dulu hari-hari ambil upah kelebek wayar, sekarang bertarung dengan periuk belanga. pagi-pagi buta dah pulun memasak sorang-sorang. kemudian angkat semua barang ke kedai yang jaraknya dalam 1km dari rumah.
mem besar bersama lauk pauk yang dimasaknya

bihun sup daging
kelmarin bermula lah era gerai barunya. pagi-pagi ada nasi lemak, bihun dan mee goreng. tengahari pula nasi campur. ada la sepuluh jenis lauk dan petangnya pula dengan nasi ayam dan bihun/mee/koteow sup.

lokasi kedai:       tepi jalan ke kampung alor terong, titi keling, tandop, alor star
                          bersebelahan dengan rumah kedai, tepi kedai perabot.
waktu operasi :   dengar kata nak buka hari-hari
                          7 pagi sampai 7 malam

nasi ayam

3 comments:

yanti isa said...

Tahniah makndak ...bila la boleh nak pi terjah ni ?

gerbera said...

bihun daging nampak sedap. Jauh sgt kat utara nun ha

cek chun said...

kak t, bila2 datang jer. buka ari2 nih.

gerb, kalau terlepas ke sini, mai ler

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...