25 August 2009

taukua sumbatan



benda alah ni kalo makan time buka posa memag la bes. kena plak siram ngan kuah kacang..perhh.. ade gak yg makan ngan sos cili thai. bes gak tuh. ikot tekak masing2 la noo. tapi kalo yg asli nyer, mam ngan kuah kacang ler.

sayornyer pon mcm2 leh sumbat. kombinasi yang selalu dibuat ialah tauge, timun n sengkuang. ada yg letak carrot. tapi yg tak bes nyer ada sekali tengok depa juai kat pasar ramadan, sumbat ngan timun ja..iskkk..dah la juai mahai.. bukan payah pon nak hiris carrot tu. mentang2 la juai satu musim jerk. ikot dan ja masak.. dah la nak bagi makan org buka posa.iskkk.. terbeletiaq plak :))

air rambutan


Tengok berlambak rambutan n pulasan abah den bawak balik..simpan dalam fridge pon wat penuh peti jerk.. dok pikir nak wat aper..las2 my mom kupas, hiris-hiris n buang dia nyer biji.. wat le air rambutan..

masak jer air sama gula.. bergantung pada kemanisan yang anda suka..bila dah mendidih baru masukkan hirisan rambutan tuh.. masak dalam 5 minit..angkat dan sejukkan.. nak minum baru letak ais banyak2..perhhhh... syiokkkkk!!!!

murtabak mak milah :)

Tetiba terasa nak makan murtabak lak.. cam terasa2 time dolu2 masa mak wat..guna talam besaq ja.. bukan reti tebaq cam mamak tu pon.. biasak ler ..aiq tangan mak kan bess... so sempena memenuhi permintaan anak dia nih, bersempena ramadan almubarak.. maka mak aku pon wat la murtabak nihh..

adik2 pulun nak ingat... hehehe.. depa tanya saipa murtabak mak daging banyak dari bawang?? hehehe.. adoiii..tu la yg sedap tuhh.. kalo korang nak try pon.. leh boh apa saja dlam tuh..nak bawang lebey ker, daun bawang lebey ker.. up to ur taste.. :)

roti canai
600gm tepung gandum
air
1 cawan susu cair
garam sikit
2 telor

Semua bahan2 ni dicampur dan uli hingga menjadi cam tepung roti canai yang korang tengok kat kedai mamak tuh.. bulatkan sebiji2.. pastu letak mentega.. kena biarkan 3-4 jam...















Daging
600 gm daging
1 bungkus serbuk kari daging
bunga lawang n cengkih untuk menumis
garam gula secukup rasa
halia, bawang putih n merah diblender

  1. Tumis sedikit bahan blender bersama bunga lawang n cengkeh..
  2. Masukkan daging, lebihan bahan blender dan serbuk kari.
  3. Masak hingga daging empuk. Air perlu di tambah begantung kepada daging. last letak garam dan gula..
  4. Biarkan sehingga sejuk..
Bahan sampingan
  • bawang besar yang di dadu
  • telor
  • daun bawang dan daun sup..
kari daging, telor, bawang dan daun2 tu di camporkan sekali macam dalam gambar nihh..














tepong roti canai tu ditebar camni.. senang jer.. guna talam..my mom bukan mamaks noo.so cannot do flying roti :)












lepas dah cantek semua tepung memenuhi talam, masuk jer la adunan dalam tu.. jgn penuh2 sangat..kang tumpah.. pastu lipat n tutup adunan tuhh..














masak atas api sederhana..sampai garing dua2 belah..

24 August 2009

croissant bread puding















recipe for 1 person..

i use 1 crossant
1 egg
1cup milk
3 tablespoon sugar

1. reheat d oven at 200c.. i use top n bottom grill.
2. tear apart d crossant, put into a bowl..
3. beat egg, sugar n milk until sugar dissolved.
4. pour into d bowl.. bake for 20 minutes.
5. serve hot..















benda alah ni memag fav aku nih.. tambah2 kalo makan kat hotel..masyuk jer sos vanilla nyer.. selalu buat guna roti gardenia 1 buku tuhh.. yg atas ni saja try wat makan sahur first day posa dulu

puding trifle















resepi ni dapat dari cik kasmawati yg at tis very moment dok kat mekah mengerjakan umrah ngan gb dier... harap2 dimudahkan lah urusan dia kat sana.. aminn...
memang power resepi nih.. tambah2 kalo dia yg wat.. tak menang tangan.. ramai cikgu kat skul dia mintak tapau..

bahan-bahan
2 cawan tpug kastad
2 liter air
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
10gm serbuk agar-agar
1. Campur semua bahan dalam periuk.
Kacau sebati, masak atas api perlahan sehingga pekat dan berkilat.
Susun kek yang telah dipotong ke dalam bekas.
Boleh gunakan segala jenis kek yang anda suka eg. kek pisang, span, cupcake, choc cake, kek gulung.. asalkan sedap dimakan...
Tuang adunan kastad atas kek dan ratakan... sejukkan...
Susun hirisan peach diatas kastard.. pelbagai jenis buah n nata de coco juga boleh digunakan..














untuk lapisan atas, gunakan jeli segera.. masak ikot arahan dan tuang atas peach..
agar2 biasa juga boleh digunakan.. cuma tambah perasa n warna saja..biar hingga beku dan sejukkan dalam peti sejuk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...