28 September 2010

pekasam Baling

pekasam ehsan dari cekna. ciptaan adik ipar nya, seorang lelaki tau. ikan tu chun tak tau la. tapi ikan sungai la. bukan lampam. bila tanya kawan-kawan semua tatau ikan apa. tapi yang penting sedap. dia guna beras jati ni untuk peram pekasam ni. ikan ni bila digoreng, cantik jer beras tu terlekat dekat ikan. nak bagi sedap lagi, masukkan hirisan bawang kecil, serai, dan cili kering setelah ikan hampir masak. goreng semua bahan hingga garing.
pekasam makan dengan nasi putih panas-panas memang lah masyuk. tapi kali ni, chun try dengan nasi goreng ehsan. sedapnya nama. sebab hampir semua bahan mentah ehsan kawan-kawan. hehehe.. cekna bagi sambal bilis dan petai jeruk. dekna pula bagi nasi minyak. semua tu digreng macam buat nasi goreng biasa. chun cuma tambah sotong dan kacang botol/kelisa yang dihiris nipis.

4 comments:

NisaUsoff said...

dapnye pekasam =p~

yanti isa said...

nak lagi sedap peras limau nipis lepas goreng..fuhh terangkat

cek chun said...

wahh..petua baru ni. tengs kak t. nti try len. byk lg pekasam nih :)

nis. sangatla sodap aihh

suri solehah said...

maaak rindunya aku ngan ikan pekasam...napelah kat sini tak penah nampak pekasam...cik mai wat pekasam dengan daun menkudu urppp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...