03 August 2011

baked blueberry cheesecake


dua minggu lepas, aku kena penyakit ciskek. penyakit mahal yang bikin sakit hati kalau adunan tak menjadi. dalam dok menerai dan silap ni, adalah sekali kek tak menjadi. tu pun sebab isi durian rosak. dah masam. tapi sibuk gak nak letak dalam ciskek tu. last-last cik tong sampah yang ngap. 

dah la guna kuasa tangan untuk whip the cream and cheese. korang tau tak bahawasanya adunan cheese and sugar lagi payah nak beat or whip berbanding adunan butter and sugar? fakta tau nih. bukan auta. semua gara-gara nak bagi sedara mara kat kampung merasa ciskek durian yang sangat pemes kat tempat kerja tu. pulun berpeluhan memukul cheese hingga gebu, heh, takdenya gebu mana pun. horse power tangan aku sangat kurang.  

lepas habis gila ciskek durian, aku pulun pulak ciskek blueberry. ada resepi yang diberi oleh cik chah yang teror membaking tart yang cun. ada juga resepi yang di google dan di belek-belek sampai aku puas hati. sambil tenung resepi tu, dalam kepala dok imagine step-by-step nak buat ciskek nih. sampailah ke bab rasa pun, dok imagine sekali. this is what i meant by belek-belek. not just reading the recipe, otak pun jalan sekali. 

semua tempat aku skodeng. dekat Myresepi dan juga blog-blog tersohor. last-last pilih dari dapur puan erin ni jer. sebab guna satu blok cheese saja. masa nak bakar tu, lapik acuan dengan foil. ini tiru chef kat Secret Recipe. senang weh masa nak ngeluar kek yang dah masak. no need to use springform. tapi kena ratakan betul-betul la foil tu. kang tak smooth bawahnya macam kek aku kat bawah ni. heh. 



kopipes dari dapur ms Erin nih

Ingredients
Biscuit crumb base
  • 150gm Marie biscuits, crushed finely
  • 100gm Melted margarine

Cheese filling
  • 250gm Cream cheese
  • 50gm Margarine
  • 70gm Castor sugar
  • 140gm Plain yogurt
  • 2tbsp Lemon juice
  • 2tbsp Plain flour, sifted

Decoration
3tbsp Blueberry pie filling

Method
  1. Line a 8" cake tin with foil.
  2. Combine biscuit crumbs and melted margarine, mix well and press onto base of baking tin, chill in fridge till hardened.
  3. Using electric mixer beat cream cheese, margarine and sugar till smooth, add in yogurt and lemon juice, continue beating till well combined.Lastly add in sifted flour.
  4. Pour cheese mixture over crumb base, then spoon the blueberry filling around.
  5. Use a toothpick draw to get marble effect.
  6. Bake cheesecake in a water bath for 45 minutes or until set and golden brown at 170 degrees C (325 degrees F). Turn off oven and leave cake in the oven for 50 minutes. Then chill in the fridge overnight before serving.

5 comments:

cplud miera said...

waaaaaa...syedapnye! kak, pos kt sy boley??? teringin nk mkn cheesecake today! waaaa

cek chun said...

pos laju tak terima. dia kata parcel boleh membahayakan parcel2 yg lain. heh..

bujal X said...

droooooooling~~~~

yanie anuar said...

sedapnya..dah lama nak try buat..ziarah n follow

cek chun said...

*tolong lap air liur bujal

yanie, try2.. pastu misti manjang nak buat :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...