16 August 2011

sagu gula melaka

pencuci mulut yang senang dan mudah dibuat. lagi menarik kalau disimpan dalam peti sejuk. dalam ini kes, susu cair pun turut menumpang sekaki dalam peti sejuk tu. bahan yang perlu cuma sagu, susu cair dan gula melaka.

yang penting rendam sagu supaya proses nak masak jadi cepat. sagu ni aku rendam dalam 2 jam jugak la. sebelum tu kena basuh cuci-cuci dulu. kendian, masak air hingga mendidih dan masukkan sagu. kacau perlahan-lahan. dalam 5 minit, sagu dah masak. hebak kan? tak payah tunggu lama-lama. kalau air terbanyak, boleh la sejat dulu dalam penapis. tapi aku nyer kes ni, terus masuk dalam acuan yang dibasahkan. takda sejat-sejat dah.

bila dah sejuk, masukkan je dalam petisejuk. kalau nak makan banyak hari, pastikan letak dalam tapawe dan tutup rapat. kalau tak buat gini, nanti sagu jadi warna keputihan dan keras dipermukaan atas.

gula melaka pula dihancurkan dan dimasak dengan sedikit jer air. untuk dapatkan kepekatan yang sesuai. nampak macam air tak cukup, but don't worry. nanti gula melaka cair. letak juga daun pandan untuk mewangikan. lepas dah masak, jangan lupa tapis. tengok apa jadi kat gambar kalau terlupa tapis. heh.

time nak ngap, tuangkan jer susu cair dan gula melaka. sebenarnya resepi sebenar menggunakan santan. tapi aku prefer susu cair lagi sebab tak muak. pastikan korang masak banyak-banyak sagu ni. memang tak cukup weh sekali hadap. kalau nak berulang makan memang dialu-alukan. kalori tak mengila tinggi. kekonon  dessert sihat la nih.






2 comments:

uculer said...

ha skang dah ada peluang aku nak masak, selalulah aku mai blog hang dan komen. selama ni segan.

cek chun said...

meh ler. pasni ko masak up kat blog plak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...