25 February 2011

paru goreng berlada @ kelempong masak cabai

paru atau bahasa utara nya kelempong. salah satu organ dalaman yang menjadi peberet chun. mula diperkenalkan oleh mak sejak pandai makan sendiri lagi. mak memang selalu masak. paling sempoi rebus dan cecah dengan air asam dia. kena pulak regu dengan perut. perhhh.. tak boleh nak describe sedapnya.

fast forward berpuluh-puluh tahun kemudian, berkenalan pula dengan paru goreng berlada makcik kantin kat sekolah. terubat juga rindu kat paru goreng mak. paru ni pula hasil rembatan di pasar malam dekat rumah saja. pakcik tu jual sekilo rm16.

bahan-bahan
  • 300gm paru - potong nipis sebesar tiga jari. 
  • 5 cili merah
  • 1 cm belacan
  • 1 cm halia
  • 1 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 camb sos tiram
  • beberapa titik seasoning Maggi 
  • garam
  • kunyit
  • 1 asam keping
  • 1/2 cawan air
  1. cili merah, bawang, belacan dan halia di blender. 
  2. letak garam dan kunyit. goreng paru hingga garing.
  3. guna sedikit minyak menggoreng tadi untuk menumis bahan blender. letak asam keping dan masak hingga pecah minyak. 
  4. masukkan paru dan air. masak dengan api perlahan hingga cili kering dan pecah minyak. 

2 comments:

Nieza said...

uishhh sedapnya paru ni cek chun...nieza suka la..nk tapau sepiring ada lagi dak?..hehe semlm baru beli perut ingat nk buat bihun sup...tapi tak brapa nk rajin hari ni...esok2 la pulak.

cek chun said...

satgi chun post naa. bihun sup panas2 di masa sejuk beku, memang power la

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...