19 February 2011

sticky chicken wings : sayap ayam melekat lekit

resepi ni chun google dah lama. siap simpan dekat desktop. takut lupa dah payah la pula nak cari dah. bila tengok ramuannya, semua kebetulan ada dalam stok. jadi perlu cari sayap ayam saja. sangat tak suka bila makan di pizza hut, chicken deli wings tu selalu rasa tak sama. kadang kering rentung ayam tu.

bila dah jumpa resepi mudah dan memang popular pun kat my resepi nih, rugilah kalau tak buat kan? nak ratah pun menarik nih. chun makan dengan mee udon yang digoreng dengan kicap dan sawi. tak perlu nak panggang atas bara api atau dalam oven.

resepi  dari mutiarazura @ my resepi.
bersedialah untuk melihat resepi baru ini semasa bbq hari raya nanti wahai adikku, nuon :-p


chun kopipes saja. thanks for the lovely recipe ya :)

bahan-bahan
  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu 
  • chun tambah beberapa titik sos seasoning maggi

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!


10 comments:

NisaUsoff said...

wahhh bole buat nih.. tgl nak cari kepak ayam je... sikit kepak bley ;;)

cek chun said...

ko nak kepak ayam ke itik ker angsa ker????

Unknown said...

pergghhh tak thn nengok kepak ayam ni...sedapnya!

cek chun said...

jemput la nengok :)

Ummi said...

Salam kjg bls Chek Chun...waaah orangnya cun, blog pun cun..masak2 lagi la cun...tengok sticky caramel chicken wings tu pun rasa meleleh air liur, lama dah x buat...kena masak balik la nampaknya..hehe

cek chun said...

ummi nihh.. wat cek senyum ja malam2 nih. makaseh sudi datang jengah

NisaUsoff said...

da buat smlm :D sodap2 hahahaha lepas ni aku boikot kedai jual kepak ayam kat paso mlm yg da naik harga tuh kakakakakakaa

cek chun said...

apa feeling bila makan nis. nikmat tak. benda mudah tapi sedap gilak

It Just Me..... said...

oohhh...ni yang rose dok promote tuh...haha..best2, nanti nak try....:P

monalea said...

nampak macam sedap.leh buat ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...