gelak besaq masa mula chun n d geng dengaq nama patpek nih. Sheila la bawak rempah ni dari perlis. mak dia bli kat siam kot. rempah ni versatile gak. leh masak dengan ayam, daging dan juga buat kuah laksa siam.
Shiela pernah bawak d finished product. rempah ni masak dengan ayam dan rebong. perhhh..hingga menjilat kaki..hehehe.. memag sedap betoi masakan siam nih. lepas tu dalam bulan lepas, cik Ani plak bawak. ayam masak dengan rebong dan terong belanda@ terong pipit. power jugak sehh.. patot la cik Aaa sayang kat bini dia nihh..pandai masak sunggoh. :)
lepas tu semua pakat dok suroh Sheila bawak mai rempah tu juai kat skul. makcik tu macam biasa la.. takpa.. ambik free dah ler.. baguih dak nih :D chun try masak ayam dengan terong pipit. pastu letak kacang panjang sket.
500gm ayam - potong kecil 3 ulas bawang besaq - blender dengan sedikit belacan daun limau purut kacang panjang serai - dititik 2 asam keping santan
1. tumis bawang, masukkan rempah. kacau sebentar.
2. masukkan daun limau purut, serai, dan asam keping. masak hingga naik minyak. 3. masukkan ayam, kacau. masukkan santan dan sayur.
4. masakan ini enak jika kuahnya agak kering.
No comments:
Post a Comment