Kuala Juru di pulau pinang ni dah memang terkenal dengan makanan lautnya. Antara yang popular mee ketam dan mee udang. Aku rasa faktor utama popular ialah harganya yang murah.
Nak ke sana cukup mudah. Dari lebuhraya, ambil exit Juru, jumpa simpang, ambik kiri, bersebelahan Mcdonald. Jalan terus, jumpa simpang 3, belok kanan. Dah jumpa kawasan kampung. Teruskan perjalanan sampai ke simpang 3. Kedai ni berdekatan simpang.
Selain mee ketam, ada juga restoran gulai ikan sembilang. Follow jer signboard. Jika terus ke kanan, ada beberapa gerai lagi hinggalah sampai ke jeti kuala juru. Ada gerai yang hanya menjual mee ketam, mee udang dan nasi goreng ketam sahaja. Restoran ni ada juga ikan dan kerang bakar, no sotong goreng tepung. Cuma boleh masak kicap, masak pedas dan sotong kunyit.
Nasi goreng ketam RM12, nasi goreng udang RM10 dan sotong masak pedas RM10. Sotong tu mintak untuk seorang makan, tapi yang datang macam untuk tiga orang. Order nasi kosong 1 pinggan, teh ais, air suam dan air ais.
Macam dikata tadi la. Murah. Tengok la udang tu, gedabak jugak kan? Rasa biasa-biasa saja. Nasi goreng ni kureng sangat. Tak terasa gorengnya. Better ambik nasi kosong. Baru puas makan. Bil untuk tiga orang ni RM33.
Aku kasi 3* out of 5.