22 February 2012

Bubur Kacang dengan jagung

bubur kacang, bahan mudah diperolehi, mudah dibuat tapi tak mudah nak dapat yang sedap. kalau ikut tekak aku la. rasanya bubur kacang kak sal,  yang paling sedap sekali. bubur hitam dia pun mengancam. hasil air tangan yang sukar ditandingi.

setiap orang punya kemahiran tersendiri kan. cekna dengan gulai ikan atau dagingnya. cek chah dengan segala mak nenek keknya. adik na dengan nasi daging yang aku ingat sampai sekarang. kak ija dengan makaroni dan pasta beliau. of course la mak dengan.. ok payah nak senarai. masakan mak-mak kita kan semuanya sedap. so no need to go there.

aku sampai ke sudah tak pandai buat bubur nih. ada saja rasa yang tak kena. tapi kalau nak sedap, campur lah bubur kacang tu dengan jagung. hasilnya memang menakjubkan.


  • kacang hijau, rendam dari semalam
  • santan
  • hirisan jagung
  • sedikit garam
  • gula secukup rasa
  • daun pandan, ikat
  1. rebus kacang hijau dengan air dan daun pandan sampai empuk. 
  2. masukkan gula, garam dan santan.
  3. masukkan jagung dan rendidih selama 5 minit. 

4 comments:

Eliza said...

cek chun...

sedapnya bila tambah biji jagung.kan? Pastu tambah pulak biji sagu. pastu sejukkan jap dlm esbok. pastu makanlah sampai tak hengat dunia. Feveret saya sungguh nih...!

cek chun said...

hai. lama tak nampak. blog u dah ok ker? nak p jengok nih.

menarik kan bubur nih. tapi saya selalu failed nak masaknya.

Zaza Fakharuldin said...

tak tau la plk klu bubur kacang tu dia msuk jagung sekali. hurmm

Lively Jason said...

Mouth-watering recipe! Wish I can taste your cooking.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...