cuti raya cina lepas, kami semua sibuk prepare untuk kenduri si sepupu yang masa muda-muda dulu rajin mengikut kami ke masa saja. orangnya hitam manis, juga bermulut manis. rasanya kenduri ni paling banyak buat makan-makan sebab ramai berkumpul sempena cuti sekolah juga.
menu untuk kenduri berupa gulai udang bersama buncis, acar timun, ayam goreng berempah dan masak kurma telur. ketua chef hari tu ialah mak aku yang dibantu oleh jiran-jiran terdekat. lauk pauk dimasak oleh geng perempuan manakala nasi di take over oleh orang lelaki.
jiran tetangga bergotong royong pada pagi hari kejadian. ni bahan untuk buat acar.
nampak udang yang berterapungan tu. dari dulu makcik pakcik dah berangan nak menjamu gulai udang, nak kau.. seperiuk besar. habis kenduri kabarnya ada juga beberapa orang yang bertanyakan tempat udang di beli. depa pun nak buat gulai udang juga. kalau ikut plan, Kerpan lak tempat yang dituju. malangnya udang kurang menjadi waktu ni, maka terpaksa cari di pasar borong.
nasi kawah in the making. tak ingat dah berapa kali depa masak, tapi alhamdulillah cukup-cukup cantik saja dengan tetamu yang datang.
ayam digoreng hingga masak sebelum di letak rempah kari dan bawang. resepi ada kat
sini.
siakap sweet n sour untuk hidangan pengantin. selalunya kami guna ikan yang dipancing oleh mak dan abah. sebelum kenduri, 2-3 kali pergi ke kolam ikan dan hasil disimpan dalam freezer. kali ni masakan disediakan oleh mak sedara, wa tom.
tepat 2 petang, sang adik pula ambik centre stage dengan belanga dan dua senduk dan sudipnya. goreng koteow udang. kasi basah-basah sikit. mak aiiiii... marbeles.
kasi close up rupa koteow mengancam ini. malamnya kami bersakan dengan char koteow pulak. ada yang minta char ko dang. too many udang in da house. memang pening udang malam tu.
apalah kenduri tanpa air sirap kannn?? bila dah petang, kasi spesel sikit sebab letak susu, jadilah air bandung.
kek hasil tangan aku dan nurul. kek span coklat. tiga lapis. kek segiempat di letak blueberry manakala yang bulat letak hirisan peach. mula tu ingat nak guna non dairy whipped cream. malangnya tiada peti sejuk untuk menyimpan. jadi guna buttercream yang menggunakan mentega, shortening dan krimwell.
kalau yang melingkar elok tu, hasil tangan adik aku, nurul. maklumlah orang berseni membuat batik dan menjahit manik. harap tangan aku, keras kejong le jawabnya.