11 April 2010

lamb chop ala kampong

tingin lak tekak nak mam lamb chop. nak beli tak berbaloi. dah la kecik, mahai lak tuh. yang paling bes kat swenson la. marbeles betoi. tu pon mam sebb dapat diskaun 50%.. hehehe.

chun parut bawang besar 1biji, halia sebesar ibu jari dan cili merah 1biji. tambah sos tiram, garam, dan sos L&P. peram beberapa jam kemudian masak atas kuali leper.








pasta ni chun rebus dalam segenggam. pastu goreng dalam lebihan rempah daging tadi. goreng sekejap jer.

bread pudding

chun wat ni masa k ija kol n nak bawa p umah k shohaida. kebetulan dalam fridge ada roti sket lagi. roti tuh sapu ngan butter, susun n tabur kismis. ada lebihan susu cair so chun tambah ngn air sikit, campor ngan 2 bji telur, sikit gula, kacau n tuang atas roti. biar dalam 30 minit kemudian bakar guna api atas bawah selama 30 minit 180c.

ambik pic sebelum. bila roti dah masak, k ija sampai. dok kalot2 bersiap, ambik roti bawak camtu jer..pic pon tak ambik..adehhhh.. layan jer la pic ni yer. chun letak sikit butter kat atas roti nak bagi golden sket bila masak nti. lagi satu leh tabur ngan gula pasir merah. lagi berkilat.

crabstik rangup


menu ni dapat masa dok jalan2 kat blog orang kelmarin.. dah lupa la tuan tanah nyer.. sori la. tuan dia masak campur ngn kunyit, garam n serbuk cili. chun lak boh rempah ayam panggang tuh. pastu letak garam sket. sebelum tu crabstik filament ni kena la hiris nipis2 camni dulu. bukak jer lapisan2 tuh. bubuh rempah dan trus goreng. leh simpan wat kudapan or mam ngan nasi..

ayam panggang tok milah

haaa... ni la ayam femes my parent juai kat pasaq ramadan tiap2 tahun. panggang sekor2. ni sebb anak dia dah teringin nak makan, maka dia pon buat la bumbu rencah tu semua. banyak gak dapat. dah memang mak chun jenih tak leh wat sikit2.. :)

rempah tu chun simpan bekukan dalam fridge. nak makan baru ambik n perap ngan ayam semalaman. besoknya bakaq dalam oven dalam 30 minit api atas bawah.

nak bagi exact resepi pon tak bleh..sebb mak pon bagi kat chun resepi jenis agak2 jer. sekali dia masak ada la dalam 80 ekor ayam. n rempah2 ni saja ada dekat 1 besen besar bila dah siap. tis year tatau la dia nak wat lagi ke tak ayam panggang nih. umor dah meningkat, asyik saket jer. dok umah jer la yer mak yer :)

ada la beberapa kawan yg dah rasa ayam n nasi merah mak. bila time ramadan jer, semua pakat tanya. .ari ni berniaga tak..hehehe.. adoiyai.. anak dia kat pulau nih.. mak lak niaga ngan abah n adik2 kat kepala batas. ari2 sempena ramadan. kalo rajin, jengok2 la sama. keje chun bungkuih ayam tu jer. abah tukang potong.

ntah mana letak dah gambaq2 tu semua. nostalgia sungguh. penat tu biasa la. kematu kaki tangan. bayangkan pagi buta dah kena bangun tolong. menu nasi tomato, nasi ayam, daging masak kicap, ayam masak merah, acar timun. kejer orang laki ikat kuah2 nsi ayam - sup, sos cili, sos kicap dalam plastik kecil. pastu nak cuci ayam lagik. tapi mak dah upah kawan2 dia sama, kalo tak, pengsan!!!

antara benda yg ada dalam ni
bawang besar
serai
halia
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
jintan manis/putih
gula batu
kunyit


why i drink a pot of tea everyday


Khasiat Teh, khususnya untuk kegunaan amalan kesihatan yang sihat sudah pun diketahui ramai, malahan beberapa kaji selidik dilakukan di seluruh dunia mengesahkan kebaikannya.

Teh hijau misalnya, dapat menyediakan lebih banyak antioksida berbanding mana-mana makanan atau minuman lain dalam pemakanan, disamping membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Jurnal Institut Kanser Negara pula menyiarkan hasil keputusan kajian epidemologikal menunjukkan, minum teh hijau mengurangkan risiko bahaya barah kepada lelaki dan wanita China hampir 60 peratus.

Begitu juga teh putih yang mempunyai beberapa kebaikan atau khasiat tertentu. Kajian Universiti Pace pada tahun 2004 menunjukkan, teh putih mempunyai kualiti antivirus dan antibakteria lebih daripada teh hijau. Selain itu, teh putih dikatakan membantu membuang toksin dalam sistem penghadaman dan membantu membaik pulih sel yang rosak. Pengambilan yang kerap pula dikatakan, mampu menyihatkan gigi dan gusi secara semula jadi.

Khasiat teh, ternyata tidak terbatas untuk kesihatan saja, sebaliknya turut memberi manfaat untuk rawatan dan penjagaan kecantikan. Kini, terdapat banyak produk pemuliharaan dan perlindungan kulit yang menggunakan rumusan teh iaitu daripada krin dan pencuci hinggalah deodoran.

sumber dari sini

06 April 2010

udon wit mushroom

mee peberet chun nih. mula2 makan kat sushi king. tapi rasa dia tak brapa sangat. sebb sos dia manis la. walaupun chun order fried udon. mungkin tekak orang kampong kot. payah ler ..hehe
ni try2 wat sendri plak. buboh cendawan shitake banyak2.. adehh.bes nyer. rasanya cendawan lagi banyak dari mee tuh.

udon ni mahai sket. ni chun guna 200gm rm2.beli kat jusco. boleh makan untuk 2 orang nih, kalo tekak kecik la.. chun makan nih 2 kali round. d nex day, panaskan aja pastu tambah lagi cendawan.. besss... selalu beli yg ada 3 bungkus sekali tu in 1 pek. yang tu harga dia rm5.

sos mengoreng ni terpulang kepada selera masing2 la. nak pedas letak cili kering. yg ni chun guna hirisan cili padi je.

1 baw putih - hiris
1 baw besar - hiris
4 cili padi - hiris halus
sedikit halia - juliene
5 ketul fishball
banyak2 fresh shitake mushroom :) - hiris nipis
2 bak choy
sedikit daun bawang - hiris sepanjang 2cm

1. tumis bawang putih n besar n halia. masukkan cili padi. kemudian fishball.
2. masukkan sos tiram, sedikit kicap, kuib ikan bilis/ayam, garam, pepper.
3. masukan sayur n mee udon. kalo kering, masukkan sikit air. kaco hingga masak.

bayam masak air

cara masakan nih femes la kat kampong2. senang n mudah sebb main campak ja. chun guna

4 cili kering - gunting kecil2
1 baw besar - potong beso2
sedikit ikan bilis
sedikit belacan
1 liter air
bayam 1 ikat

semua bahan tadi direbus. masukkan garam. bila mendidih baru masukkan sayur. kacau hingga masak. tauhu telo tuh saja campak jer sebab ada dalam fridge.
ni la lunch sempoi. malas nak masak. yang ni pon ok dah. teh se pot tuh wajib ari2. awet muda wo..hehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...