21 December 2012

vanilla cupcake



Lama tak bersiaran. Rindu nak berbloging tapi tak berkesempatan. Banyak benda happened to me lately. Masak tetap macam biasa. Cuma ambil gambar saja yang tak dibuat.

Manusia memang payah dipuaskan. Ada kamera kecil, nak pula dslr. Dah ada kamera gedabak, rasa berat pula. Renyah nak guna. Laptop tadak slot memory card. Nampak iklan nikon1, hati meronta-ronta mau. Sebab comel dan kompak. Senang nak bawa di dalam beg. Ahh manusia... Ada saja yang tak kena. Walhal patut bersyukur dengan apa yang ada.

Berjuta alasan boleh ku bagi. Kalau dah malas update blog, sekupang pon tak guna cekchun.. Heh.
Cupcake vanilla ni sangatla sempoi dan mudah dibuat. Campak je semua bahan dalam mixer dan tunggu sampai kembang. Kena pulak stand bowl mixer hadiah kawan-kawan, ya Allah mudahnyaa kerjaku :') berjenama faber berkapasiti 250 watt, dengan chrome colour,  hati siapakah yang tak tertawan?
Terima kasih kawan-kawan di sksb. Korang tetap dihati.
Cupcake ni ialah ulangan.


16 April 2012

pancake



pankek ni aku berkenan sejak tengok si adam richman dok pulun makan kat
t tv tu. Mudah membuatnya, nak lagi sedap elokla dimakan dengan madu, whipped  cream ka, letak blueberry banyak-banyak kat atas tu. Strawberry sos pun mengancam ni.

Resepi ni aku google saja. Jumpa kat allrecipe. Very plain pancake recipe.


Ingredients

•1 1/2 cups all-purpose flour3

•1/2 teaspoons baking powder

•1 teaspoon salt

•1 tablespoon white sugar

•1 1/4 cups milk

•1 egg

•3 tablespoons butter, melted

Directions

1. In a large bowl, sift together the flour, baking powder, salt and sugar.

2. Make a well in the center and pour in the milk, egg and melted butter; mix until smooth.

3. Heat a lightly oiled griddle or frying pan over medium high heat.

4. Pour or scoop the batter onto the griddle, using approximately 1/4 cup for each pancake.

5. Brown on both sides and serve hot.

Published with Blogger-droid v2.0.2

22 February 2012

Bubur Kacang dengan jagung

bubur kacang, bahan mudah diperolehi, mudah dibuat tapi tak mudah nak dapat yang sedap. kalau ikut tekak aku la. rasanya bubur kacang kak sal,  yang paling sedap sekali. bubur hitam dia pun mengancam. hasil air tangan yang sukar ditandingi.

setiap orang punya kemahiran tersendiri kan. cekna dengan gulai ikan atau dagingnya. cek chah dengan segala mak nenek keknya. adik na dengan nasi daging yang aku ingat sampai sekarang. kak ija dengan makaroni dan pasta beliau. of course la mak dengan.. ok payah nak senarai. masakan mak-mak kita kan semuanya sedap. so no need to go there.

aku sampai ke sudah tak pandai buat bubur nih. ada saja rasa yang tak kena. tapi kalau nak sedap, campur lah bubur kacang tu dengan jagung. hasilnya memang menakjubkan.


  • kacang hijau, rendam dari semalam
  • santan
  • hirisan jagung
  • sedikit garam
  • gula secukup rasa
  • daun pandan, ikat
  1. rebus kacang hijau dengan air dan daun pandan sampai empuk. 
  2. masukkan gula, garam dan santan.
  3. masukkan jagung dan rendidih selama 5 minit. 

20 February 2012

Sotong Goreng Kunyit


cubaan pertama dengan hasil yang masih berair. 
 aku sebenarnya suka pergi makan kat tempat orang dan kemudian cuba memasak makanan yang aku berkenan tu. perangai turun temurun dari mak aku barangkali. bila ke kedai makan, abah selalu cakap - mak hang masak sedap lagi. dan mak aku pun tersipu-sipu malu dipuji dek suami. seminggu kemudian, nahh.. dah siap benda tu atas meja makan. aku saspek abah aku belajar ilmu bodek la. pandai ambik hati mak. kemudian mak pula masak untuk ambik hati abah. win-win situation ni. dua-dua bahagia.

aku pula tak da la sapa nak bodek nya. tapi bila rasa makanan tu sedap, of course la nak balik mencuba. paling penting benda yang senang nak dimasak. takda la aku nak mencuba masak yang payah-payah. kang tak jadi, ke tanah juga akhirnya.

kali ni aku tertawan dengan sotong goreng kunyit. cehh... benda macam ni pun kau nak sibok cuba cek chun? nak wat gena. cara masak di kedai makan yang aku singggah ni lain sikit la. kering elok ja sotong, kenyal, dan cantik jer warna kunyitnya. dua kali juga aku try ni.

bahan yang diperlukan cuma sotong, bawang holland, kacang panjang, dan sedikit daun sup atau daun bawang. first time masak failed. berair sotongnya. rupanya aku goreng dalam pan tefal. memang la takkan kering pun air sotong tu.

kali kedua aku guna kuali besi biasa saja. masa air sotong dok mengering, hati dah girang... even the simple thing in life dah boleh buat aku gumbira. pelik tapi benar. tapi warna kuning kunyitnya tak mengancam sukma. mungkin dia guna brand lain kot. malu pulak nak letak entry ni sebenarnya. tapi sebab dah berjanji dengan rakan twitter ku, cik chah, maka ni lah dia nya..

resepi

  • sotong - dibersihkan dan dipotong
  • 1 biji bawang holland
  • 3 kacang panjang. potong 2cm
  • daun bawang/sup 
  • serbuk kunyit
  • garam
  • knor secukup rasa
  • minyak untuk menumis


  1. panaskan sedikit minyak, masukkan sotong dan goreng hingga air sotong kering.
  2. masukkan kunyit, kacang panjang dan bawang. goreng 3 minit. 
  3. masukkan perasa, daun bawang/sup. kacau sekejap dan angkat. 

01 February 2012

cina raya kita kenduri


cuti raya cina lepas, kami semua sibuk prepare untuk kenduri si sepupu yang masa muda-muda dulu rajin mengikut kami ke masa saja. orangnya hitam manis, juga bermulut manis. rasanya kenduri ni paling banyak buat makan-makan sebab ramai berkumpul sempena cuti sekolah juga. 

menu untuk kenduri berupa gulai udang bersama buncis, acar timun, ayam goreng berempah dan masak kurma telur. ketua chef hari tu ialah mak aku yang dibantu oleh jiran-jiran terdekat. lauk pauk dimasak oleh geng perempuan manakala nasi di take over oleh orang lelaki. 

jiran tetangga bergotong royong pada pagi hari kejadian. ni bahan untuk buat acar. 


nampak udang yang berterapungan tu. dari dulu makcik pakcik dah berangan nak menjamu gulai udang, nak kau.. seperiuk besar. habis kenduri kabarnya ada juga beberapa orang yang bertanyakan tempat udang di beli. depa pun nak buat gulai udang juga. kalau ikut plan, Kerpan lak tempat yang dituju. malangnya udang kurang menjadi waktu ni, maka terpaksa cari di pasar borong. 

nasi kawah in the making. tak ingat dah berapa kali depa masak, tapi alhamdulillah cukup-cukup cantik saja dengan tetamu yang datang. 
ayam digoreng hingga masak sebelum di letak rempah kari dan bawang. resepi ada kat sini.

siakap sweet n sour untuk hidangan pengantin. selalunya kami guna ikan yang dipancing oleh mak dan abah. sebelum kenduri, 2-3 kali pergi ke kolam ikan dan hasil disimpan dalam freezer. kali ni masakan disediakan oleh mak sedara, wa tom. 

tepat 2 petang, sang adik pula ambik centre stage dengan belanga dan dua senduk dan sudipnya. goreng koteow udang. kasi basah-basah sikit. mak aiiiii... marbeles. 

 kasi close up rupa koteow mengancam ini. malamnya kami bersakan dengan char koteow pulak. ada yang minta char ko dang. too many udang in da house. memang pening udang malam tu.

 apalah kenduri tanpa air sirap kannn?? bila dah petang, kasi spesel sikit sebab letak susu, jadilah air bandung.

 kek hasil tangan aku dan nurul. kek span coklat. tiga lapis. kek segiempat di letak blueberry manakala yang bulat letak hirisan peach. mula tu ingat nak guna non dairy whipped cream. malangnya tiada peti sejuk untuk menyimpan. jadi guna buttercream yang menggunakan mentega, shortening dan krimwell.

kalau yang melingkar elok tu, hasil tangan adik aku, nurul. maklumlah orang berseni  membuat batik dan menjahit manik. harap tangan aku, keras kejong le jawabnya.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...