Pelik bila kat Perlis, ramai tak kenal laksam. sejak pindah disini, tak pernah lagi la CC makan laksam di kedai. laksa banyak kali la. yang paling famous amos sini is laksa Kak Su di Kuala Perlis. sebelum makan, letak dulu pulut udang yang comel saiznya dalam laksa. ngap jer sekali. Pelik? memang sangat! A first time for me.
kalau kat Kedah, paling pelik pon makan laksa dengan sate. ada gerai yang siap tuang kuah sate dalam mangkuk laksa. pelik? pelik tapi sedap.
Masa kat kampung dulu, sepupu CC menjual laksam di gerai mak, depan rumah saja. sempatlah CC snap sekeping dua gambar. kuah yang diguna ialah kuah lemak. selalu CC makan yang kuah ala laksa cuma campur santan saja. this time kuah lemak warna kuning terus. lepas ni CC update resepi. itupun kalau dapat kecek (pujuk) sepupu kasi resepi rahsianya. enjoy the picthasssss..