18 July 2010

moist choc cake

choc cake yang sentiasa disukai ramai. hari ni chun try masak cara lain pulak. selalu bakar, tapi kali ni kukus. tapi sebab kat rumah takda pengukus, makan hasrat terpaksa dibatalkan. terpaksa bakar cara bain marie.

resepi ambil dekat blog ummi home sweet home

Bahan A:-

250 gm butter

1 cawan serbuk koko

1 cawan brown sugar/gula kastor

1 cawan susu cair

1 sudu besar nescafe

1/2 cawan susu manis

Bahan B:-

3 biji telor

1 sudu teh esen vanila

Bahan C:-

1 1/4 cawan tepung gandum *

1 sudu teh baking powder *

1/2 sudu teh soda bicarbonate * (*diayak bersama)

Cara Menyediakan:-

- Campurkan semua bahan A dalam periuk dan masak atas api sederhana, kacau sampai cair

sebati dan tidak berketul2. Biarkan suam.

- Pukul telor dengan esen vanila hingga kembang. Masukkan adunan koko tadi. Kacau rata.

- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.

- Panaskan kukusan. Tuangkan adunan dalam acuan.

- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yang sederhana. Bila telah sejuk,

keluarkan dan bolehlah diletak topping kesukaan. Ummi tuangkan ganache dan ditabur

dengan coklat rice aje..

Nota: semasa mengukus, balut tutup kukusan dengan tuala/kitchen towel.


lepas sejuk, potong dan sesi ambil gambar pon berlangsung. untuk dapatkan shot ini saja, dekat 20x klik jugak la. chun sangat suka kalau ambil gambar di siang hari, supaya dapat gunakan cahaya semulajadi. gambar pon nampak menarik, tak perlu guna flash. chun takda dslr, bagai mana pun, benda alah tu tetap dalam igauan. pic atas ni tak guna flash. kurang menarik sebab cahaya tak cukup. jadi chun tak boleh nak fokus dekat-dekat. sebab kek pon siap di malam hari, maka terpaksa guna flash, macam pic kat atas sana tu.

ni konon-konon nak wat stylist sikit la, letak icing sugar bagai :) guna flash ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...