17 April 2011

bihun asam pedas

masa kecik-kecik dulu, selalu mak buat bihun ni. memang asam pedas ni makanan ruji kami. seminggu mesti ada 2-3 kali. kena guna ikan temenung segar, yang masih berkilat-kilat sisiknya. rumah agak berdekatan dengan laut, jadi tak ada masalah nak dapatkan bekalan ikan. kadang-kala sekilo cuma rm2. kalau rajin, jadilah kuah laksa. kalau agak malas, jadilah asam pedas.

asam pedas ni memang sah-sah asam pedas utara. cair, masam dan agak pedas bergantung pada banyak mana cili kering yang digunakan. cara asas membuat asam pedas ni lah digunakan untuk buat laksa. kedua-dua kuah juga menggunakan daun kesum dan bunga kantan. bezanya kuah laksa ditambah dengan isi ikan.

resepi ni mak selalu buat untuk makan petang. aruah tok wan cukup suka makan macam ni. hiasan atas bihun ni selalunya guna bawang besar dan timun saja. bila nak makan, letak seekor ikan dan letak kuah banyak-banyak. macam makan laksa jugak la.

bahan-bahan untuk asam pedas
  • 6-8 cili kering - lagi banyak, lagi pedas
  • 4 biji bawang besar - lagi banyak, lagi manis kuahnya
  • 3 keping asam keping 
  • daun kesum
  • 1 bunga kantan 
  • sedikit belacan
  • air
  1. cili kering digunting, buang biji dan rebus sebentar untuk melembutkannya. 
  2. blender cili kering, bawang dan belacan hingga halus. 
  3. masukkan bahan blender, asam keping dan 2 cawan air, masak hingga hilang bau cili, selalunya hingga hampir kering airnya. 
  4. masukkan 1 jug air, biarkan hingga mendidih. letakkan daun kesum, bunga kantan, garam, gula atau perasa.  biarkan mendidih sebentar. 
  5. masukkan ikan, didihkan selama 10 minit atau hingga ikan masak.
bihun dicelur sebentar, gunakan bawang besar dan timun untuk ulaman.

1 comment:

Nieza said...

sedapnya asam pedas tu..suka hirup kuah tu slurrpp...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...