16 April 2011

sticky chicken pulak kali ni.. yaa.. tetap melekit macam dulu

sepatutnya chun nak buat durian cheesecake. dah lama teropong kat rumah-rumah otai. durian dah siap beli kat pasar malam. sanggup tak makan gara-gara tunggu nak buat ciskek. cheese pun dah dikeluarkan dari esbok. santan pun dah ada. bila doh prepare bahan,  rupanya telur tak beli.. arghhhhhhhhhh... korang tak tensen la kalau macam tu. hangin wehh.. selalu memang stok telur penuh dalam esbok tu. nak keluar pun malas ni. errr.. pakcik kedai tak buat delivery ka???

terus takda mood nak masak. tapi perot lapo lak.  pikir apa nak makan, cuti-cuti ni keja nak cari makanan yang boleh dimasak dengan senang saja. sepatutnya time-time cuti la pulun masak bermacam jenis, test resepi ka, tapi bila malas datang tu, bak kata orang utara, sekupang pun tak guna.


ni kali ke berapa ntah buat sticky chicken nih. cuma kali ni guna semua part ayam jer. tak macam dulu, cuma guna chicken wings. mahal bebenor ler chicken wings sekarang yer. tak sanggup den nak perabih duit banyak-banyak. jimat sikit kalau guna ayam sekor tu.

dan yang paling best, makan bawang putih tu. bila dah jadi caramel sticky macam ni, garlic pun dah jadi power. err.. no wonder i tak minat vampire. waima damon salvatore sekalipun. even though he look yummeh.  i just luv garlic..muehehehehe 

ni den kopipes dari myresepi, dari mutiarazura
bahan-bahan

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu 
  • chun tambah beberapa titik sos seasoning maggi

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!
* selalu chun tambah air 1 cawan untuk bagi semua ayam tu empuk semasa step no 2. biarkan hingga air kering.

    7 comments:

    Rose said...

    Bestnye recipe! Mmg tgh cari recipe senang camni sbb nnti some friends nak datang masa cuti wedding William n Kate (best tengok n ngutuks wedding reramai). Thanks, bebeh!

    cek chun said...

    finger food beb. sangat seswai sambil berborak aka mengutuks. nak join wehhh..

    sayagilamakan said...

    wahhh...menarik gila rupa dia...terus berkeroncong perut nih,,,huhu

    Nieza said...

    kalau tak leh mai mkn kek dorian tu kan...haha hati2 beli telur tu takut kena yg tiruan pula nanti..ayam ni memang best mabeles gitu...dah 2 kali buat sticky chicken ni..

    cek chun said...

    beb, cuba ler. senang je nih

    nieza, sampai sekarang ciskek tak jadi-jadi, takut kang habis durian dalam esbok tu kena makan jer :p

    Rose said...

    Cisss...baru perasan ko memperkotak-katikkan Damon...

    cek chun said...

    Kuikuikui

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...