25 April 2011

fish without chips

 cek chun dah jatuh hati pada fish and chips semasa zaman belajar dulu. kat kampung mana la nak dapat semua nih. bila berada di kl, jumpa Fish n Co di Sogo sana tu. sejak dari tu la kalau turun kl, mesti pekena fish n chips. kalau tak dapat, fish nugget pun dah jadi.


kemudian tengok Food Safari dan Jamie Oliver kat tv, teringin pula nak buat sendiri. nampak macam mudah dan tak renyah bahannya. banyak kali jugak chun try dan modified apa yang patut. dah jenis mulut kampung ni, mesti la nak pedas kan. kekadang perap dulu filet ikan tu dengan rempah kari, serbuk perasa maggi, serbuk ikan bilis, lada hitam, rempah goreng Saji yang memang dah sedia pedas tu. macam-macam kombinasi dok try. mana yang berkenan kat tekak, yang tu la dok guna sampai muak.


untuk kali ni, chun perap dengan paprika, garam, pepper dan sikit serbuk perasa knor. termasin sikit sebab terlajak garam. kalau guna serbuk perasa brand apa pun la, tak payah  guna garam dah. peram dalam sejam.


untuk batter, gunakan 1 cawan tepung gandum dan 1 cawan tepung beras. campur sekali dalam bekas dan bancuh dengan air hingga jadi macam tepung goreng pisang. biarkan seketika. panaskan minyak untuk goreng terendam.  filet ikan tadi digaul dengan tepung gandum dan celup dalam adunan batter ni. masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan. makan dengan mayonis dan sos cili/tomato.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...