09 April 2011

penne with prego portobello mushroom sauce

 pasta ni sesuai untuk menyambut tetamu yang datang secara mengejut. semua pakai yang segera saja. chun guna penne yang perlu dimasak selama 5 minit. cendawan dalam tin yang perlu dihiris nipis dan satu tin sos prego portobello mushroom. jadi sekejap saja sudah siap satu hidangan.

bahan-bahan
  • penne - direbus ikut arahan di bungkusannya. nak guna pasta jenis apa pun boleh.
  • cendawan butang dalam tin - hiris nipis
  • 2  ulas bawang putih - hiris nipis 
  • 1 camb minyak zaitun
  • 2 slices keju yg diletak dalam roti tu
  • sedikit mozarella di parut
  1. pasta direbus ikut arahan di peket. simpan sedikit air rebusan.
  2. panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga layu. jangan sampai kekuningan. 
  3. masukkan cendawan, kacau selama 3 minit. 
  4. masukkan sos prego dan air rebusan tadi. kacau lagi selama 5 minit. 
  5. tuangkan pasta dan kacau hingga sebati. masukkan pasta dalam bekas untuk dibakar.
  6. carik-carikkan slices keju tu dan taburkan dengan mozarella. bakar dalam oven 200c selama 10 minit. 
* sepatutnya baked pasta macam ni, kena guna sos yang banyak. lagi sedap rasanya. 

4 comments:

Nieza said...

wahh sedapnya!! i like pasta!..:)

cek chun said...

nganga cepat, meh nak suap

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
gua kalau bab cendawan masak apa saja gua layan..lapo lapo

cek chun said...

meh..meh.. lu cakap jer nak masak apa, jap gua masak kasi, ada mau ka?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...