31 May 2011

chocolatey cheese muffin

 dua tiga hari ni tetiba cek rajin membaking. saja nak sambut holiday kot. orang semua dah balik kampung, cek and the gang still kena bekerja. dah tak da benda nak buat, polish skill lagi la. belek punya belek, nampak resepi ni di rumah cik mat gebu gebas tu. sebab senang, tak payah kalut nak basuh mangkuk adunan serta menggunakan mixer, terus la cek try.


resepi dari cik mat gebu ni chun copy paste je. kalau nak tengok hasil dari chef tersohor, kliklah kat sini. jauh panggang dari api kan rupa cupcake dia dengan cek punya? muakakakah. dah la pulun buat dua adunan. sebab malas nak simpan lebihan cheese tu. semua cek guna. lagipun kengkawan boleh tolong ngap. 
dah sejuk, paip pulak cheese frosting. nah.. gemuk habih la kekawan aku nanti :p 
mula tu rasa macam tak rasa sangat cheese nya. rugi la pula guna method ni. baik buat cheese cake je. tapi kalau tak buat, lagilah kau berteka teki pasal rasanya kan? baik on terus. tak yah pikir apa. janji semua bahan cukup. kalau tak memenuhi selera tekak, simpan je la resepi ni dalam stor. orang lain mungkin suka dengan rasa ni. masa nak makan tu,  chun pipe cheese frosting atasnya. lupa plak nak snap pic. 


Bahan-Bahannya :-)
140 g coklat masakan, dipotong kecil
100 g cream cheese
80 g mentega
2 biji telur gred A*
1 camca teh esen vanilla*(*dicampur dan pukul rata dgn garfu)
60 g gula halus
100 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit kepingan badam utk hiasan (optional)

Cara membuatnya :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Masukkan coklat masakan, cream cheese dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan dengan cara "double-boiler" (dengan meletak mangkuk yang berisi bahan2 tadi di atas air mendidih), kacau hingga semua cair dan sebati. Angkat.
  3. Masukkna gula dan telur, kacau menggunakan whisk (kalau benda ni tak de juga, boleh guna senduk) hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan mesra. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 3/4 penuh, tabur dengan sedikit kepingan badam. Buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak mengikut oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.....


4 comments:

Nieza said...

wahh sedap nampak muffin choc tu...bz-bz pun sempat juga memuffin tu kira hebatla tu....hehe

cek chun said...

kat umah dah tak bz..hihihi

uculer said...

termengalah dan tertengok blog. oh tidak keyboard lencun dengan air liur.

cek chun said...

Meh sini nak lap keyboard

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...