24 May 2011

cucur udang dan zucchini

 bila jalan-jalan di bahagian sayur di jusco, chun terpandang zucchini ni. hajat hati nak buat salad. lama benar dah nak try stuffed zucchini flower macam jamie oliver buat. masuk cheese filling dalam bunga, celup tepung pastu deep fry. mesti mengancam kan? cuma tak pernah la nampak zucchini flower tu kat supermarket lagi. yang ada cuma zucchini ni jer.
zucchini, chun panggil timun omputih :p 
mula tu berhajat nak buat salad. guna simple salad dressing saja. kendian teringat yang nigella lawson pernah parut dan buat cucoq dengan zucchini ni. so, what the heck, try jer la. kena plak petang tu ada geng datang melepak, boleh gak makan ramai-ramai.

selain zucchini, tambah juga grated carrot
bahan-bahan

  • 300gm tepung gandum
  • 100gm udang putih
  • 1 cawan zucchini diparut
  • 1 cawan carrot diparut
  • garam
  • daun bawang - potong 1 inci panjang
  • 1/2 cawan air panas
  1. masuk semua bahan dalam mangkuk.
  2. tuang air panas dan selebihnya air biasa dan kacau hingga mendapat konsitensi yang sepatutnya.
  3. goreng hingga kekuningan. 
  4. sedap dicicah dengan sos cili atau kalau rajin, buatla kuah kacang.







2 comments:

Nieza said...

uishhh sedapnya cucuq tu...cicah sos cili lingham best ni..hehe

cek chun said...

lingham ehh.. sedap kan. pedas sampai menyusuk idong gak tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...