16 August 2011

sagu gula melaka

pencuci mulut yang senang dan mudah dibuat. lagi menarik kalau disimpan dalam peti sejuk. dalam ini kes, susu cair pun turut menumpang sekaki dalam peti sejuk tu. bahan yang perlu cuma sagu, susu cair dan gula melaka.

yang penting rendam sagu supaya proses nak masak jadi cepat. sagu ni aku rendam dalam 2 jam jugak la. sebelum tu kena basuh cuci-cuci dulu. kendian, masak air hingga mendidih dan masukkan sagu. kacau perlahan-lahan. dalam 5 minit, sagu dah masak. hebak kan? tak payah tunggu lama-lama. kalau air terbanyak, boleh la sejat dulu dalam penapis. tapi aku nyer kes ni, terus masuk dalam acuan yang dibasahkan. takda sejat-sejat dah.

bila dah sejuk, masukkan je dalam petisejuk. kalau nak makan banyak hari, pastikan letak dalam tapawe dan tutup rapat. kalau tak buat gini, nanti sagu jadi warna keputihan dan keras dipermukaan atas.

gula melaka pula dihancurkan dan dimasak dengan sedikit jer air. untuk dapatkan kepekatan yang sesuai. nampak macam air tak cukup, but don't worry. nanti gula melaka cair. letak juga daun pandan untuk mewangikan. lepas dah masak, jangan lupa tapis. tengok apa jadi kat gambar kalau terlupa tapis. heh.

time nak ngap, tuangkan jer susu cair dan gula melaka. sebenarnya resepi sebenar menggunakan santan. tapi aku prefer susu cair lagi sebab tak muak. pastikan korang masak banyak-banyak sagu ni. memang tak cukup weh sekali hadap. kalau nak berulang makan memang dialu-alukan. kalori tak mengila tinggi. kekonon  dessert sihat la nih.






14 August 2011

gulai ikan paling mudah dalam doniya

selera western ka, chinese ka, time bulan puasa, lauk Melayu gak yang kau cari kan? lagi simple lagi suka. sebab kena masak sendiri la. mana ada mak nak bertenggek kat dapur. oh.. time ni lah baru nak teringat nak call mak tanya nak buat gulai kena letak apa? bawang kena tumbuk ka? tak letak karapoley tak pa ka? tau tak benda apa tu? tu hahh.. daun kari. sejak kecik lagi aku dengar perkataan tu. terror mak aku cakap tamil.

ikan yang paling aku suka buat gulai is ikan temenung. ikan kembong la. sampai ada kawan gelak. apa la hang. buat la kepala ikan ka, ikan besaq-besaq ka. sebenarnya ikan temenung tu epic dalam hidup aku. memang tu la  yang kami dok makan time membesar dulu. kalau tak gulai, dibuat asam pedas. yang digoreng tak payah cakap ler. hari-hari ada. siap boleh order, jangan garing ya, kasi goreng basah-basah sikit. hambek kau. kalah orang order steak. ni kira medium done le nih.
ikan-kacang.jpg (300×400)
ikan kacang kat pasar. kidnap pic dari khalifahgayong.wordpress
normally kalau dah selalu makan mesti la tak larat nak hadam dah. tapi aku lain sikit. memang ikan ni peberet aku foreber la. lagi fresh lagi aku suka. senang kan nak bela aku? ceh..terpromote nampak. resepi ni aku guna ikan kacang. ikannya panjang dan slim gitu. nak siang pun senang.

bahan-bahan
  • 1 ekor ikan kacang
  • 1 paket rempah kari ikan babas
  • 2 bawang besar
  • 3 bawang putih
  • sedikit daun kari
  • 1camt pes asam jawa adabi
  • 1 camt halba campur 
  • 1/2 peket santan kotak, campur dengan 1/2 cawan air.
  1. bawang putih dan besar di blender. 
  2. ambil 1 camb bawang dan tumis dengan halba campur dan daun kari. 
  3. bila kekuningan, masukkan rempah kari dan lebihan bawang. 
  4. masukkan 1/2 cawan air dan pes asam jawa. masak dengan api perlahan hingga naik minyak. kacau selalu. 
  5. masukkan santan, garam dan gula. bila mendidih masukkan ikan.
  6. masak selama 10 minit. bila hampir masak boleh masukkan 3 biji cili padi, bendi atau tomato.

13 August 2011

Rendang cendawan


rendang ni asalnya dapat dari blog kakida 1001resepi. memang selalu jugak blogwalking kat sana sebab masakannya memang memenuhi selera aku yang western tak western nih. lagipun she is a creative lady. pandai mengolah apa saja untuk dijadikan resepi baru. macam kat atas ni la. cendawan pun boleh direndangkan.


cendawan yang digunakan ni jenis batang beso tu. beli kat tesco dalam RM6 sebungkus. ni first time aku buat rendang. ye laa.. kalau kat kampung kan bab-bab rendang ni kasi kat mak ler. lagi sedap yummeh delish. kami makan rendang pun time raya jer. mana da buat makanan hari-hari macam nih. tapi sebab terbekenan dengan rendang kakida, den torai la juga. lagipun dah lama dok usya cendawan tu.

nak masak apa laa dengan ko nih yer? batang beso ni nak buang ke ambik?  apa la rasa ko eh?
ohh.. memang banyak monolog dalaman kalau aku pi tesco tu. tu yang malas nak pi selalu tu.

resepi ni aku kopipes jer. nak tengok rupa cendawan, bolehla klik kat blog kakida tu.


bahan-bahan
  • 6-8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 6 biji cili api
  • 3 sudu besar cili kering blender
hiris dan blend semua bahan diatas...masukkan cendawan kedalam kuali dan tuangkan bahan blender....hidupkan api dan masak cendawan hingga mendidih...kemudian masukkan santan dalam 1 kotak kecil...2 keping asam keping, garam dan perisa...kacau hingga kuah hampir nak pekat, kemudian masukkan udang yang telah dibuang kepala dan kulitnya, daun kunyit, kerisik...kacau hingga pekat...hidang dengan nasi dan roti...sodaplah sesangat...macam rasa daging pun ada gak cendawan tu...tambahlah pula dengan udang.



03 August 2011

baked blueberry cheesecake


dua minggu lepas, aku kena penyakit ciskek. penyakit mahal yang bikin sakit hati kalau adunan tak menjadi. dalam dok menerai dan silap ni, adalah sekali kek tak menjadi. tu pun sebab isi durian rosak. dah masam. tapi sibuk gak nak letak dalam ciskek tu. last-last cik tong sampah yang ngap. 

dah la guna kuasa tangan untuk whip the cream and cheese. korang tau tak bahawasanya adunan cheese and sugar lagi payah nak beat or whip berbanding adunan butter and sugar? fakta tau nih. bukan auta. semua gara-gara nak bagi sedara mara kat kampung merasa ciskek durian yang sangat pemes kat tempat kerja tu. pulun berpeluhan memukul cheese hingga gebu, heh, takdenya gebu mana pun. horse power tangan aku sangat kurang.  

lepas habis gila ciskek durian, aku pulun pulak ciskek blueberry. ada resepi yang diberi oleh cik chah yang teror membaking tart yang cun. ada juga resepi yang di google dan di belek-belek sampai aku puas hati. sambil tenung resepi tu, dalam kepala dok imagine step-by-step nak buat ciskek nih. sampailah ke bab rasa pun, dok imagine sekali. this is what i meant by belek-belek. not just reading the recipe, otak pun jalan sekali. 

semua tempat aku skodeng. dekat Myresepi dan juga blog-blog tersohor. last-last pilih dari dapur puan erin ni jer. sebab guna satu blok cheese saja. masa nak bakar tu, lapik acuan dengan foil. ini tiru chef kat Secret Recipe. senang weh masa nak ngeluar kek yang dah masak. no need to use springform. tapi kena ratakan betul-betul la foil tu. kang tak smooth bawahnya macam kek aku kat bawah ni. heh. 



kopipes dari dapur ms Erin nih

Ingredients
Biscuit crumb base
  • 150gm Marie biscuits, crushed finely
  • 100gm Melted margarine

Cheese filling
  • 250gm Cream cheese
  • 50gm Margarine
  • 70gm Castor sugar
  • 140gm Plain yogurt
  • 2tbsp Lemon juice
  • 2tbsp Plain flour, sifted

Decoration
3tbsp Blueberry pie filling

Method
  1. Line a 8" cake tin with foil.
  2. Combine biscuit crumbs and melted margarine, mix well and press onto base of baking tin, chill in fridge till hardened.
  3. Using electric mixer beat cream cheese, margarine and sugar till smooth, add in yogurt and lemon juice, continue beating till well combined.Lastly add in sifted flour.
  4. Pour cheese mixture over crumb base, then spoon the blueberry filling around.
  5. Use a toothpick draw to get marble effect.
  6. Bake cheesecake in a water bath for 45 minutes or until set and golden brown at 170 degrees C (325 degrees F). Turn off oven and leave cake in the oven for 50 minutes. Then chill in the fridge overnight before serving.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...