bertuah cik fadzlyaton yang namanya susah nau aku nak ingat spellingnya. sampai kena padam balik icing kat atas plate tu dek tersilap eja. dek kerana kecil saja saiz keknya, maka licinla disantap dan di tapau sorang sepotong buat habuan bersahur.
kali ni cuma guna setengah dari resepi kak ummi. ni kali kedua aku bake oreo cheese cake ni. guna loyang saiz 8 dan dilapik dengan foil. oreo guna 2 bungkus. icing pulak guna whipping cream. memang sedap la menjilat.
resepi yang dikopipes dari blog ummi home sweet home. mintak halal ye kak ummi
- 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
- 1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling
- 16 oz (2 cawan) cream cheese - chun guna 500gm.
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan sour cream - cari takde kat kedai, ganti dengan plain yogurt
- 2 biji telor
- 1 cawan oreo yang dicincang halus
- Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas.
- Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
- Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
- Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
- Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.
dan kalau nak tengok hasil kali pertama mengadun kek ni, klik jer kat sini.