Showing posts with label kitchen gadgetku. Show all posts
Showing posts with label kitchen gadgetku. Show all posts

20 November 2011

Dolce Gusto

4 weeks kau.. cukup sebulan tu tak berhapdet.
kalau nak aku cerita pun, mau makan 3 hari 3 malam punya.
jadi baiklah aku teruskan dengan cerita yang bikin perasaan aku bergelodak lately nih.

sejak keluar kat tv, memang tak keruan dibuatnya.
terus aku google. perhh.. siap ada 'how it operate'.
maka habislah satu website tu aku selongkar.
klik satu-satu setiap perisa.
sampai ke FAQ pun aku bukak.
first time aku rasa dalam sejarah hidup.
baca FAQ tu.



nah ambik kau. mesin tu saja sebijik rm650. campur dengan capsule lagi ntah berapa hengget la.
kau nak minum kopi ala-ala Starbuck, maka terpaksala membayar harga Starbuck jugak.
tapi ni paling affordable antara mesin kopi yang lain di pasaran.
nak tau lebih lanjut, moh klik sini.

mesin kopi tu rupanya sungguh la urban. sungguh molek dengan gaya kitchen yang masih berada dalam minda aku nih. letak pulak sebelah kitchen aide merah.. perhhhh

ok, back to reality, for the mean time, aku enjoy kopi tumbuk beli kat Baling jer.

25 September 2011

kitchen gadget for the soul

gadget cool lagi sempoi!
masukkan bawang putih yang dikupas ke dalam roda dan saya putar halim!!
gelek jer roda tu sampai bawang hancus lebur.
this is wayyyy cool dari garlic crusher.
tangan pun tarak bau.


agak-agak apa guna benda kat atas tu? 
nak cucuk jagung rebus weh. hehehe.. 
cool seh. 
cucuk jagung dan sua ke mulut. 
tak payah kalut jari melecur  kena jagung panas. 


dual action lagi beb.
sebelah lada, sebelah garam. 
mana mau dapat kat sini? 
cute bunny like bottle. 
nak guna, squeeze je telinga bunny tu. cool siyotttttt!! 

ada banyakkkkkk lagi gadget keluaran CHEF'N ni. buat masa sekarang, hanya boleh drool jer. 

01 June 2011

silicon thingy

 ni silikon mould yang pertama cek try. murah je. rm8.90. sebab murah kot, lepas masak, ada bau macam plastik kat muffin tu. kekekekeh..sengai ler haishhh.. kena robek buang bahagian bawah tu baru la boleh makan dengan nyaman. ada banyak lagi kat supermarket tu. yang besar dabak pun ada. mujoq tak ambik dua. bentuk love lagi yuuu..

tak tau la cara nak guna. kena gris dengan butter dulu ka? tapi cek hentam gris jer. masa tu dah malas nak google dah. hoping for the best result je nih. tapi bila dah masak, senang la pulak keluarnya. rasanya macam tak payah gris dah ni. yang konpius sebab ada layer macam berkilauan tu. adakah sebab butter tu atau plastik tu yang cair?? konpius ni. anyone can help me?

23 April 2011

pisau plastik yang comei

korang layan Junior Masterchef Australia? cek chun kekadang jer melayan. tu pun bila berkumpul ramai-ramai dengan geng. seronok tengok bebudak ni masak mengalahkan orang dewasa. lepas tengok, siap buat review, lebih dari juri profesional pulak. tapi review kami banyak yang mengutuk diri sendiri.
  • wehh..malu la. awat budak ni teror sangat ni?
  • kalau aku, pakai tengok saja jer ikan tu..
  • bila aku nak pandai masak macam budak ni nihhhh.. 
  • aiyooo.. look at the knife!!
  • cantiknya dapurrr.. 
  • lawanya pots and pans..
tapi dalam banyak-banyak benda tu, yang paling cek chun berkenan sangat tentulah pisau plastik tu. kat malaysia ada jual ka? google punya google,  budak-budak ni guna pisau scanpan spectrum. jangan main-main eh. ni bukan plastik sebarang plastik. memang bukan plastik pun.  tajam ya ampun. ada yang dah cedera pakai plaster dah dalam itu show. pisau ni dibuat dari high carbon steel. kalau kat Australia, depa jual  $12 macam tu.

pisau ni ringan jadi sesuai la dengan budak-budak yang baru nak belajar memasak. tapi tetap perlukan pengawasan orang dewasa jugak. ada bermacam-macam warna, yang ni cek chun suka. kalau dapat, nak kaler merah dan biru.

satu lagi kelebihannya, makanan yang kita potong tu takkan lekat pada pisau. wahh.. teringin la plak nak test hiris dodol raya nih. sapa-sapa yang teringin nak beli tu, boleh la order online kat sini.


pic: http://ask.jaimeyu.com

30 January 2011

mengulai dengan hati girang

kalau ke pasaraya, tak sah la kalau tak ke bahagian dapur. belek-belek periuk belanga, pingan mangkuk kat situ. hobi baru nih. nak bagi selaras dengan usia barangkali. bila tengok tefal dan green pan, air liur mula lah meleleh tap..tap. dalam hati, 'bila lah boleh aku nak sambar ko nih hai tefal'.

asal sale saja, mesti jengok sana. huh..baru less 20%. tak mampu..tak mampu. maka air liur terus tap tap jatuhnya..

berapa kali berulang alik tu? infiniti rasanya. tak terbilang. dengan harapan, kau jual lah tefal tu bawah seratus wahai Sunshine, wahai Jusco, wahai Parkson. rupanya sempena cny, murah juga jadinya. dibeli ditempat yang tak pernah chun terpikir pun. di tesco. dan banyak pula stoknya. dari 24cm, 26 hingga 28cm.

kuali dalam yang sungguh la sesuai nak buat gulai dalamnya. lama dah mengidam. semasa mata terpandang cekna buat gulai daging lagi. katanya mudah nak mengacau rempah dan rebus daging lama-lama. "goreng bihun pon best ni cek chun", cekna tambah lagi. cubaan nak menghangitkan cek yang dah sedia hangit  ni.

tapi takpa, cek pasrah. tunggu dengan sabar. dan akhirnya. nahhh.. 24cm pun dah okeh. dan dirasmikan dengan memasak maggi. sengal kan. ingatkan nak mengulai. tapi dek tak sabar nak mengetest, cek bantai saja. cek sambar jugak 28cm. hadiah dari cekna dan cek untuk birthday dekna. dekat setahun baru dapat hadiah. nasib la kau dekna. dapat kawan macam kami :-p

http://www.onlineshoppingukshop.com
dan dekna pula siap bragging on her new tefal grill pan. disambar di Sunshine dengan harga rm97. arghhhhhhhhhhhhhh....

14 November 2010

yang ku idamkan

owhhh.. aku sangat suka kalau tengok pisau para-para chef di AFC. tambah-tambah kalau ada lekuk-lekuk kecil di sepanjang pisau. nampak sangat pro dan tajam saja pisau itu. check punya check, mak aiii.. mahai beno. 2++ sebilah. mau tahan sepanjang hayat ni.

belek-belek di jusco, jumpa la aku dengan pisau ala-ala ni. paling cikai la ni harganya. boleh la. pelan-pelan pakai. nanti banyak duit kita pakai hat mahai plak ya cek chun. dah alang-alang pengshoping tegar jusco, maka dapatla baucer free sebanyak rm30. pisau tu rm32 ja. ambik skali gunting dapur tu. very the nice.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...