Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

10 October 2010

cara merebus pasta

pasta ada bermacam jenis dan bentuk. nama pun berbeza. antaranya spageti, fetuchini, makaroni, lasagna, bow pasta. cara nak merebus dan memasak pon bermacam-macam jenis. selalunya pasta direbus dahulu sebelum di masak dengan sos.

  • baca arahan di paket. ada 5, 7 dan 8 minit bergantung kepada jenama.
  • guna air yang banyak dan periuk yang besar saiznya dari pasta.
  • letak garam dalam 2-3 camca besar. ini petua dari jamie oliver. jadi apa-apa sos spageti yang bakal di buat nanti, tidak perlu garam yang banyak.
  • letakkan 1-2 camb. minyak zaitun dalam air rebusan yang mendidih untuk mengelakkan spageti melekat.
  • tidak perlu untuk basuh pasta di bawah air paip, cukup dengan toskan air di dalam penapis.
  • simpan sedikit air rebusan untuk digunakan semasa mengoreng pasta.
  • kalau boleh, beli spageti yang berjenama. dulu chun pernah beli yang murah dan bekasnya di dalam kotak saja. bila dibuka, semuanya dah patah-patah.
*chun tulis ni berdasarkan pengetahuan yang ada dan pengalaman yang sedikit cuma dalam memasak pasta. masih belajar dari kesilapan dan jika ada petua lain, silalah tegur. sama-sama kita belajar :)

02 July 2010

pulut durian

benda alah ni lah yang dady sya juai kat pasar malam. sebb anak dia dah lama teringin nak makan dek kerna ari2 akan lalu depan gerai juai duyan, maka one fine day, anak dia pon mengkukuslah pulut.

mula2 tu rendamlah pulut yer dulu puan puan. basuh coci2 dlu then rendam. balik dari skul. barulah kukus di dalam periuk nasi. bila dok sembang2 ngan kengkawan, chun dapat beberapa petua untuk memasak pulut.

1. rendam pulut ngan ais panas selama 10 minit. lepas tu boleh dikukus seperti biasa.
2. basuh pulut, trus masuk dalam rice cooker, masak macam nasi biasa, air pon letak macam masak nasi biasa. tekan on, jangan lupa pasang suis plak. tunggu je pulut tu masak macam nasi biasa jugak. (ini tuan tanah dah try masa wat pot luck kat skul, hasil memang sangat memberangsangkan tekak masing2)

ok, kembali semula ke pulut duyan saya. santan dimasak dengan sedikit garam. lepas dah masak smua, boleh la di assemble macam dalam gambar itu. montok sunggoh duyan itu ya ;)) sebiji rm12.
sampai je depan gerai -'kak, nak sebijik, bagi penuh tapawe ini ja''..
wahhhhh... sangat senang membeli belah macam ini.. like :D

acara makan berlangsung sampai 3 ari. orang makan bola minum bola, kita makan duyan, minum duyan, berlehak duyan. kira2 semua duyan la sampai melugai duyan..hehehehe

11 April 2010

why i drink a pot of tea everyday


Khasiat Teh, khususnya untuk kegunaan amalan kesihatan yang sihat sudah pun diketahui ramai, malahan beberapa kaji selidik dilakukan di seluruh dunia mengesahkan kebaikannya.

Teh hijau misalnya, dapat menyediakan lebih banyak antioksida berbanding mana-mana makanan atau minuman lain dalam pemakanan, disamping membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Jurnal Institut Kanser Negara pula menyiarkan hasil keputusan kajian epidemologikal menunjukkan, minum teh hijau mengurangkan risiko bahaya barah kepada lelaki dan wanita China hampir 60 peratus.

Begitu juga teh putih yang mempunyai beberapa kebaikan atau khasiat tertentu. Kajian Universiti Pace pada tahun 2004 menunjukkan, teh putih mempunyai kualiti antivirus dan antibakteria lebih daripada teh hijau. Selain itu, teh putih dikatakan membantu membuang toksin dalam sistem penghadaman dan membantu membaik pulih sel yang rosak. Pengambilan yang kerap pula dikatakan, mampu menyihatkan gigi dan gusi secara semula jadi.

Khasiat teh, ternyata tidak terbatas untuk kesihatan saja, sebaliknya turut memberi manfaat untuk rawatan dan penjagaan kecantikan. Kini, terdapat banyak produk pemuliharaan dan perlindungan kulit yang menggunakan rumusan teh iaitu daripada krin dan pencuci hinggalah deodoran.

sumber dari sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...