Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

12 December 2014

tiramisu italian style

salam semua. 
walaupun blog tak berupdate seribu tahun, tetap ada yang drop by. itu untungnya buat blog masak-masak nih. hari-hari ada saja yang google cari resepi. mine included la. aku masak western boleh hafal lagi, mai tang tradisi berteraboq. kadang call mak, tanya kawan kat wassup, dan yang paling selalu, mestilah google. 

after a million tried to sign in to blogger, akhirnya berjaya jugak aku. frust sunggoh time kau sungguh la beriya nak update blog, macam-macam dugaan melanda. last-last skodeng IG orang. lagi best. 

enough rumbling, ni tiramisu yang paling premium aku boleh cari. guna bahan berkualiti, italian style. campur sikit resepi Nigella and All Recipe, maka dapatlah tiramisu cek chun way. 

we start with the ingredients
  • 250gm phily cheese
  • 250gm mascaporne cheese
  • 1 large mccafe cappucino
  • 2 eggs, separated
  • 2 stick nescafe - ambik yg hotel punya
  • 1 cup hot water
  • valrhona dark choc hazelnut - grated, yang ni selalu guna cocoa powder, aku gatai p tambah, kasi up lagi rasa. 
  • 1 pack saviordi biscuit
  • 6og caster sugar



cara mengodek;
  1. In a bowl, add cappucino, hot water and nescafe. mix them well. 
  2. Beat egg yolks and 40g sugar until pale and frosty. 
  3. Beat both cheese. combine with the yolk.
  4. In another bowl, whisk egg white with the remaining sugar until stiff. 
  5. Combine both mixtures. 
  6. Assemble time! rendam kejap biscuits in the cappucino. letak dalam bekas, put a layer of cheese mix. rendam lagi biscuits, susun atas cheese. lastly add the last layer of cheese.
  7. Grate the dark chocolate on top. 
  8. Chill for a night. enjoy sambil tutup mata!






 

16 August 2011

sagu gula melaka

pencuci mulut yang senang dan mudah dibuat. lagi menarik kalau disimpan dalam peti sejuk. dalam ini kes, susu cair pun turut menumpang sekaki dalam peti sejuk tu. bahan yang perlu cuma sagu, susu cair dan gula melaka.

yang penting rendam sagu supaya proses nak masak jadi cepat. sagu ni aku rendam dalam 2 jam jugak la. sebelum tu kena basuh cuci-cuci dulu. kendian, masak air hingga mendidih dan masukkan sagu. kacau perlahan-lahan. dalam 5 minit, sagu dah masak. hebak kan? tak payah tunggu lama-lama. kalau air terbanyak, boleh la sejat dulu dalam penapis. tapi aku nyer kes ni, terus masuk dalam acuan yang dibasahkan. takda sejat-sejat dah.

bila dah sejuk, masukkan je dalam petisejuk. kalau nak makan banyak hari, pastikan letak dalam tapawe dan tutup rapat. kalau tak buat gini, nanti sagu jadi warna keputihan dan keras dipermukaan atas.

gula melaka pula dihancurkan dan dimasak dengan sedikit jer air. untuk dapatkan kepekatan yang sesuai. nampak macam air tak cukup, but don't worry. nanti gula melaka cair. letak juga daun pandan untuk mewangikan. lepas dah masak, jangan lupa tapis. tengok apa jadi kat gambar kalau terlupa tapis. heh.

time nak ngap, tuangkan jer susu cair dan gula melaka. sebenarnya resepi sebenar menggunakan santan. tapi aku prefer susu cair lagi sebab tak muak. pastikan korang masak banyak-banyak sagu ni. memang tak cukup weh sekali hadap. kalau nak berulang makan memang dialu-alukan. kalori tak mengila tinggi. kekonon  dessert sihat la nih.






21 February 2011

tiramisu for a friend

*to a friend - harap dapat makan dengan aman sambil mata terpejam :-p

hari tu dah janji tak mau buat dah. tapi mengenangkan permintaan bersulam selikan dengan muka kasihan, maka jadilah juga satu tapawe. kali ni chun dah tau sapa original chefnya. kebetulan lalu jalan-jalan di rumah cikmin,  nampaklah video ni. jadi kalau berminat nak tau macam mana nak buat tiramissyu ni, bolehlah skodeng ya.

22 January 2011

chilled tiramisu : which i will miss so much after this

chun terjengah dengan resepi ni bila blogwalking. dah lama dah. sampai tak ingat siapa tuan punya resepi. chun kopipes dan simpan dalam file dessert''. selalu buka dan baca dan dok imagine camna la rasanya bila dah siap.
chun berpeluang membeli jejari span Bonomi di kedai kek di alor star. harganya RM11.50. simpan dah lama dalam stok. asyik dok keluar masukkan cream cheese saja dari esbok. bila ceeese dah lembut, tukang masak pula takda mood. banyak sunggoh dugaan nak buat tiramisu nih.
 bahan-bahan
  • sebungkus jejari span - dalam bungkusan ada 4 peket kecil, chun cuma guna 2.
  • 250gm phile cheese
  • 5 camb. gula halus 
  • 3/4 cawan whipping cream - chef tu guna 1 kotak 200ml Paul thickened cream, so i pun ikut 
  • 3 telur merah sahaja
  • 1 cawan air kopi - boleh juga guna nescafe, chun guna hazelnut coffee 3 in 1 
  1. bancuh kopi secawan dengan air panas, biarkan sejuk. masukkan dalam mangkuk.
  2. masukkan 1 camb gula kedalam telur. letak bekas di atas periuk yang berisi air panas, seperti mencairkan coklat. guna whisk untuk menyenangkan kerja. pukul telur hingga pekat dan gula hancur, dalam 3 minit. angkat dan ketepikan.
  3. pukul cheese dengan 3 camb gula hingga kembang. 
  4. whisk whipping cream dengan 1 camb gula hingga kembang. campurkan cheese dan telur dalam adunan whip cream. kacau perlahan-lahan. 
  5. ambil jejari span dan celupkan dalam air kopi. celup sekejap saja, nanti kembang kalau dibiarkan lama. 
  6. susun dalam bekas hingga memenuhi ruang. tuang adunan cheese. susun semula jejari span dan lapis cheese sekali lagi. 
  7. lebihan whip cream di dalam kotak di pukul hingga kembang. tuang atas adunan cheese, taburkan serbuk koko. 
  8. simpan dalam esbok semalaman.
sebelum diletakkan whipping cream dan serbuk koko
 sebenarnya thickened cream ni macam tak menjadi. tak kembang pun. kalau tak, mesti gomok lagi adunan cream cheese ini. rasanya lebih elok beli whip cream yang betul-betul tulisan kat kotak tu tertulis whipping cream. tapi masih sedap. don't worry. cuma yang patut dirisaukan, kalori yang beribu-ribu million yang kita kutip lepas makan menda alah ni.

selalunya benda yang sedap ni, memang la banyak kolestrol. jenuh kalau makan selalu. dengan badan yang dah sedia sedap ni, amat wajarlah tiramisu ini dibuat sekali ini saja. jadi memanglah sangat i will miss you so much after this.

p/s: kalau tau siapa tuan punya resepi ni, harap bagitau cek chun  ya. thanks :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...