Showing posts with label laksa. Show all posts
Showing posts with label laksa. Show all posts

20 October 2010

laksa goreng

bila dah laksa banyak lagi, nak makan pon dah muak, maka goreng lah laksa tersebut. nescaya anda akan makan dan makan lagi :P sebab tekstur laksa yang licin, laju jer mengunyah dan masuk ke tekak. guna saja ramuan untuk mengoreng mee atau bihun, cuma tukar dengan laksa saja sebagai bahan utama.

letak banyak-banyak sayur, lagi la laju garpu tu menyuap. ni laksa goreng versi chun.

bahan-bahan
  • lebihan laksa, setengah bungkus rasanya. 
  • 200gm daging - potong nipis
  • cili kering 
  • 2 bawang besar
  • 1cm halia 
  • 2 bawang putih
  • sedikit belacan
  • perasa - garam, gula, sos L&P, black pepper
  • kicap
  • bak choy
  • daun bawang
  1. blender cili, bawang, halia dan belacan. tumis hingga naik minyak. 
  2. masukkan daging dan goreng hingga daging masak. letak sedikit air, kicap dan bahan perasa. 
  3. masukkan laksa dan goreng hingga sebati. 
  4. bila hampir masak, masukkan sayur-sayur. 
* bak choy merupakan salah satu cruciferous vegetable - means a well proven anti cancer action.

laksa kedah

 laksa. makan hari-hari pon takpa. chun suka kalau guna laksa yang licin. balik cuma rendam dalam air panas 2-3 jam lepas tu dah boleh makan. kalau laksa kering pula, sebaiknya guna laksa bihun yang halus uratnya. senang serap kuah. sekali ngap nak ngap lagi dan lagi :P

kuah laksa ni chun buat guna 9 ekor ikan je. campur ikan selayang sama kembong. rebus ikan dan blender isi sahaja. kadang-kadang orang ambil air  blender tulang ikan tu, tapi kena tapis betul-betul la. kang dok sedap-sedap hirup kuah, tercekik tulang kang.

sebelum tu, blender la cili kering dalam 10 tangkai. lagi banyak cili. lagi pedas kuah. bawang besar letak banyak-banyak untuk maniskan kuah. selalu chun letak 5 biji.campur belacan sikit dan blender sampai halus. masak atas api perlahan dengan 6 asam keping hingga agak kering cili.

masukkan isi ikan dan air rebusan ikan tadi. kalau kuah masih pekat, masukkan air biasa je. masukkan daun kesom dan bunga kantan yang telah dipotong 4. masak dengan api perlahan dalam 30 minit. masukkan garam. rasa masam dan masin laksa. kalau tak cukup, masa ni la chun tambah asam keping dan garam lagi.
daun selom pilihan untuk ditabur atas laksa. timun dan bawang jangan dilupa. telur direbus dan potong-potong kecil kalau ramai tetamu :P laksa kali ni chun guna jenis kering dan agak liat dan besar uratnya. rendam 3 jam lepas tu chun rebus dalam rice cooker. sangat lah senang. liat pon hilang :)

9 ekor ikan ni pon dah cukup makan untuk 5 orang bertambah dan siap ada lebihan kuah lagi. besok petang makan lagi. lagi lama simpan, lagi menarik rasanya. kalau dah jemu, simpan je laksa dalam peti sejuk. besok boleh buat laksa goreng :)

02 February 2010

citer laksa kedah

hari ni chun wat laksa. kali ni wat kuah ja. besok plan nak makan kat skul. dekna kata nak bawak laksa ngan sampah2 laksa tuh :)) a.k.a ulam-ulaman atas tu ler. kol 7pm kuah laksa dah siap. pekena dlu 1 mangkok.adehhh..sadis betoi la takde laksa nih.. huhuhu. malas dah nak masak nasi. kalo pekena kuah laksa ngan nasi pon mashok gak. lagi bes kalo kena ngan bihun goreng. power siottt..hehehe..


malam ni bli kanji jer kat pakcik juai kueh tuh. kueh 3 bji singgit. tu pon tadi chun bagi kat pakcik tuh 2 hengget.

hmmm.. lagi dua kupang la cekgu. kanji ni dah naek harga. dlu singget la. kueh masih harga biasa..
oo..takpa2.. nah dua kupang lagi..

iskkk..naek 2 kupang ja. tak kesah la. bungkus besaq nih kalo juai dua hengget pon chun bli lgi :)) sedap woo. macam rasa bukak posa la mam kanji petang2 nih.



hari rabu je semua orang kena stayback sampai kol 4.30. adehh.. semuanya gara2 ko-kurikulum or kokay. ada unit uniform, persatuan/kelab dan kelab sukan. cekgu-cekgi jadi guru penasihat la. penat nak tunggu sampai petang nih. budak2 tu lagi la kesian nya. dah la belengas semacam ja berpeloh. dugaan betoi la.

budak2 dapat rehat dari kol 1 sampai 2.15. makan ngan solat jemaah. pastu masuk unit pertama 2.15-3.15.. rehat jap pastu unit kedua lak 3.30-4.30. setiap hari rabu semua orang wajib pakai baju uniform. chun pakai semi uniform jek - t-shirt ngan sluar uniform. tak koser nak panas2 ngan uniform bagai nih. respek la sapa yg rajin pakai uniform cam k sal tuh.

cite pasai laksa ni, tingat hujung tahun lepas. k ija tapaukan laksa ngan bihun goreng. dia kata laksa ni power wo. pastu boh sket kuah laksa, makan ngan bihun goreng ni plak. mak aii.. dua bungkuih dia hantaq kat chun. berasap bekelon lagi. dengan mamai sebb baru pas bangun tidoq petang tuh, elok ja chun pegang bungkuih kuah laksa tu nak tuang dalam mangkok. huhhhh.. p tuang atas paha la plakkk.. OMG!!!

arghhhhhhhh... sempat selamatkan haf of d kuah. yg len habis teraboq atas meja makan ngan atas kaen batik chun. adehhhhh... nyirap darah saket woo.. panas mendidih nih..huhuhu..cepat2 p lap kuah tuh, lumuq paha ngan kicap. dah rasa cam nak goreng ayam la plak... hahahaha.. merah wo paha. bila dah ok, rupanya lekat parot la..huhuhu.ada la besaq lima kupang.sadis.. gara2 laksa. tapi skrang parot dah takda dah.ari2 chun lumuq french oil.bli kat maidin n co. hehe..memang berkesan minyak nih. cuma ada bau la sket hah..takpa la..janji kulet cun balik..hehehe..

bila cite kat kawan2, depa pakat dok gelak. rupanya kena lumuq ngan colgate la cek chun woi. memang sah la hg nak goreng ayam kalo lumuq ngan kicap..adessss.. mujuq la tak jadi per2 paha ku :))

resepi laksa ni besok la chun uplod. ambik pic laksa yg dah siap sama. tunggu yaaa :)

28 January 2010

laksa siam

laksa ni dipekenalkan oleh k lah masa kat skul. dah banyak kali kami ambik order kat dia. memang banyak versi la laksa nih. hebat sunggoh. kena lak peberet kita. siang malam makan benda ni pon takde hal la. tak yah mam nasi dah :)

yang best nya kat ulam-ulaman atasan tu ler. ni baru sikit nih. masa mula k lah introdus tuh, ada

ulam

1. petai - hiris nipis2
2. tauge dan cili merah - jerokkan dengan cuka
3. thai basil
4. bawang besar - hiris halus
5. limau nipis
6. bunga kantan - hiris halus
7. cili padi - hiris halus
8. salad - potong halus
9. kacang panjang - potong halus
10. kacang botol - hiris halus gak

kira semua jenis ulam boleh masuk la dalam laksa nih. lagi banyak lagi meriah.

kuah laksa
2kg ikan saden
10 bawag besar
1 ibu jari kunyit hidup
lengkuas - ketuk
3 serai
segengam cili padi - nak pedas, tambah lagi
santan
3camb lada hitam
perasa
6 asam keping

1. blender cili, serai, bawang, kunyit.
2. rebus ikan dan blender.
3. masak bahan blender dengan ikan. masukkan asam keping.
4. biar merenih perlahan2 hingga hilang bau rempah.
5. masukkan perasa, santan, lada hitam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...