Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

30 December 2010

creamy seafood pasta

guna cendawan tiram dan seafood
 pasta yang paling cek chun suka. sebab cepat nak disediakan dan mudah. kalau beli tickened cream yang kotak kecil tu, boleh guna untuk dua kali masak. paling cikai pon, guna jer seafood yang mana ada. boleh guna sotong, udang atau kepah. nak guna ayam pon boleh.

kalau ada sayur lak, selalunya yang popular ialah cendawan butang. masa chun makan di dave's deli, depa guna osyter mushroom. mungkin sebab letak sedikit, tak rasa muak la spageti tu. capsicum pun selalu diletak juga. semua benda digoreng saja, kemudian diletak cream pada step terakhir. sebab tu lah mudah dan senang.

seafood sahaja bersama salad timun as a side dish
chun cuma kopipes resepi yang dah sedia ada diblog ni. dan tukar bahan-bahan sesedap rasa.

bahan-bahan

  • 300gm fetucine/spagetti
  • 1/2 capsicum - buang bahagian putih di dalam, hiris nipis memanjang (tak ada)
  • oregano - chun guna yang segar, tapi tak mengancam bau nya. lebih prefer yang kering punya.
  • 10 ekor udang - buang kulit dan bersihkan
  • 5 ekor sotong - potong kecil
  • sedikit cendawan tiram
  • 1 kotak kecil cream (guna half saja)
  • garam, fresh black pepper
  • 100gm sosej - potong menyerong (tiada)
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus 
  1. masukkan 2camb garam dalam air mendidih. fetucine/spageti direbus ikut arahan di bungkusan. 
  2. tumis bawang putih hingga layu. masukkan udang dan sosej. goreng sebentar. 
  3. masukkan capsicum atau sayuran lain.
  4. masukkan sedikit air rebusan pasta, cream, perasa dan akhir sekali pasta.  kacau sebentar.

11 December 2010

fetucine carbonara


dah banyak kali sebenarnya buat pasta ni. tetiba teringin. dulu makan di dave's deli, chun order carbonara. ingatkan pekat berkrim, rupanya dah macam kuah pastanya. memang diletak cream saja. tapi sedap dan tak muak. ada capsicum dan cendawan tiram di dalamnya.  carbonara yang sebenarnya patut di letakkan dengan kuning telur. jadi masakan akan menjadi pekat berkrim.

jadi chun try buat kat rumah. letak air rebusan pasta tu banyak-banyak. resepi macam dulu cuma kali ni lebihkan air rebusan pasta semasa mengoreng.  aregano pula hilang ntah ke mana. kalau letak, mesti lagi sedap.

15 November 2010

creamy fetucine

lama dah teringin buat ni menggunakan fresh cream. selalu chun guna sos siap yang dalam botol je. boleh la makan 3 orang. sekali hadap je dah gone. dok jalan-jalan kat rumah geng-geng masakan, teringin pula nak cuba buat sendiri. rasanya di dapur Salam Dua Benua, chun tengok dia pakai cream. sangat senang pula cara penyediaan.

bahan-bahan
  • 300gm fetucine - untuk 3 orang makan, tu pon sampai ke malam makannya. 
  • 1/2 capsicum - buang bahagian putih di dalam, hiris nipis memanjang
  • oregano - chun guna yang segar, tapi tak mengancam bau nya. lebih prefer yang kering punya.
  • 10 ekor udang - buang kulit dan bersihkan
  • 1 kotak kecil cream
  • garam, fresh black pepper
  • 100gm sosej - potong menyerong 
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus 
  1. fetucine direbus ikut arahan di bungkusan. masukkan 2camb garam dalam air mendidih. 
  2. tumis bawang putih hingga layu. masukkan udang dan sosej. goreng sebentar. 
  3. masukkan capsicum atau sayuran lain (bergantung pada selera seperti cendawan) 
  4. masukkan cream, perasa dan akhir sekali pasta. kalau agak kering, masukkan sedikit air rebusan pasta. kacau sebentar. 

27 October 2010

creamy tomato pasta

pasta bow ni chun guna lebihan kuah pizza tempoh hari. cuma tambah cendawan dan capsicum. sebenarnya nak habiskan stok pasta saja. pasta di rebus hingga al dente. panaskan minyak zaitun dan goreng hirisan cendawan dan capsicum. bila hampir layu, masukkan kuah pizza dan pasta. tabur sedikit oregano kering dan  goreng sebentar. nak sedap lagi tabur dengan keju parmesan sebelum menghidang.

kuah pasta
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 8 biji tomato - blender 
  • 3 bawang putih
  • 2 bawang besar
  • 2 daun bay
  • 1camb oregano
  • garam, gula 
  • 2camb minyak zaitun
  1. bawang dipotong dadu dan tumis dengan minyak zaitun sampai layu.
  2. masukkan tomato yang di blender dan tomato puri, daun bay serta oregano.
  3. masak dengan api perlahan selama 20 minit. masukkan garam dan gula.

10 October 2010

olio olio ho ho

oleh kerana teruja dengan carbonara spageti yang dibuat oleh kak ija dan dibawak untuk dimakan beramai-ramai ke tempat kerja, maka balik rumah, chun pon godek la gobok kot-kot ada bahan yang boleh dijadikan carbonara.

huhh.. jangan katakan carbonara, bolognese pon tak lepas. cuma ada sepeket spageti dan daging dalam peti sejuk. mulut dah teringin spageti ni. adeh.. olio la jawabnya. paling senang dan tak banyak bahan.
bahan asas olio ni cuma cili kering, bawang putih dan minyak zaitun. pernah tengok jamie oliver letak basil leaves at the end of the cooking. bayam pon ok lah noo, janji nampak macam basil..hehehe

bahan-bahan
  • spageti dicelur hingga al dente
  • daging direbus hingga lembut
  • 3 cili kering - potong pendek-pendek
  • 2 bawang putih - hiris nipis
  • segenggam daun bayam
  • 3 camb. minyak zaitun
  • 1 camb oregano kering mc cormick
  1. panaskan minyak zaitun, goreng bawang dan cili kering, jangan sampai kuning. masukkan bayam dan goreng sebentar.
  2. masukkan spageti dan goreng rata. masukkan sedikit air rebusan spageti untuk mengelakkan spageti kering.
  3. masukkan perasa. chun guna sos L&P dan oregano yang telah ditenyeh-tenyeh di tapak tangan untuk mengeluarkan bau.

02 July 2010

pasta meatball

saya sangat suka meatball. kalau nak makan, selalu p pizza hut dan order spageti meatball. kemudian chun di introduskan dengan meatball ikea oleh my bes pren, cik su. wahhh.. meatball tu lah yg paling power. besnya kalau boleh wat meatball sendri kan. masa takda, malas sama kot. ;)) ari tuh jalan2 ke tesco, jumpa la benda alah ini. aper lagi.. seranggggggg.. hehehe
kemudian lalu pula di lorong rempah2 dan sos. ambil je bungkusan yg rupa macam diatas. cepat dimasak sedap dimakan..

sampai rumah kita kupas la bawang besar 3biji, carrot 2 bji, saleri 2 batang. dadukan dan goreng hingga layu. bukan sampai kuning ye tuan tuan puan puan.. masukkan rempah diatas, masukkan air, oregano, dan 2 helai bay leaf. bila dah mendidih masukkan meatball. masak atas api perlahan dalam 30 minit.

dah pon boleh makan. masak jer pasta2 yg ada dalam simpanan. semua boleh guna. nak lagi bes, guna la spageti.

19 June 2010

spageti bolognase

spageti 1 kotak - masak ikot arahan label

kuah:
daging kisar ramly - 1 tiub tuh
bawang besar 2 - potong dadu
carot 2 - d dadukan :D
celery 2 - sama gak
whole tomato 1 tin
pes cili - 2 camca beso
buah tomato 6 - blender
2 camb tomato pes
thyme - bli yg fresh. kat tesco ada jual. rm2 sepeket. guna haf
2 bay leaf

1. panaskan olive oil. tumis bahan yg d dadukan hingga layu. jgn sampai garing.
2. masukkan daging. kacau sampai ayaq dagig tu kering.
3. masukkan smua jenis tomato. daun tyhme n bay leaves. letak pes cili kalo suka.
4. rendidih selama 20minits. (api perlahan)

17 January 2010

fetucini with clam

chun memag ske lala kepah nih. kalo balik kg, mesti p simpang kuala, p bli kat market petang2 tuh. segala jenih mak nenek kepah ada. kekadang ada siput duri. selalu lala ni balik goreng pedas, halia atau masak ngan taucu.

tapi tak leh makan slalu sangat. bahaya wo. t kena gout. ape pon tak leh mam dah :))

hari tuh p sunshine, jumpa clam ni beso2 gak. sebb dah mam sorang, murah la harganya. dalam 3 hengget kot. pastu tu chun guna fetucini.

kepah- dalam 300gm
fetucini masak ikot arahan, simpan aiq rebusan sket.
2 bawang putih - hiris halus
cili merah - hilis halus panjang2 @ julienne (Julienne is a culinary knife cut in which the food item is cut into long thin strips. Common items to be julienned are carrots for carrots Julienne or celery
daun bawang - julienne :)

1. guna olive oil, tumis bawang putih. jangan sampai garing.
2. masukkan kepah, tutup periuk 3 minit.
3. masukkan perasa, pasta, cili n daun bawang. letak air rebusan pasta sedikit kalo kelihatan kering. njoy :)

p/s pic blur sebb guna camera phone jek. masa ni camera ilang p mana ntah :(

09 January 2010

angel hair olio

cik shery datang umah. nak ambik puding, pastu ajak kuaq makan. malas la plak. penat tak habih lagik. so masak je la per2 yang ade kat dapor tuh.

yang ni jer termampu. dia nak mam pasta carbonara. tapi bahan plak tadak. sian dier :)
takpa la sher. nanti ko wat ehh pasta krim tu. turn aku plak p mam kat umah hang :))

2 ekor sotong- potong bulat2
3 sosej- hiris nipis
1 capsicum - hiris panjang2
1 leek - hiris nipis2 gak
5 cili kering - potong pendek2
2 bawang putih - hiris
salt, pepper, serbok bilis
1/2 bungkus angel hair pasta - masak seperti arahan dekat beg plastik tuh.

1. goreng cili kering, sosej pastu angkat.
2. goreng sotong sampai masak. angkat
3. tumis bawang putih, jangan sampai kuning. masukkan bahan 1 dan 2 serta sayor2.
4. masukkan perasa dan pasta. kalo kering sangat masukkan sedikit air rebusan pasta tadi. goreng sekejap jer. enjoy :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...