Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

20 February 2012

Sotong Goreng Kunyit


cubaan pertama dengan hasil yang masih berair. 
 aku sebenarnya suka pergi makan kat tempat orang dan kemudian cuba memasak makanan yang aku berkenan tu. perangai turun temurun dari mak aku barangkali. bila ke kedai makan, abah selalu cakap - mak hang masak sedap lagi. dan mak aku pun tersipu-sipu malu dipuji dek suami. seminggu kemudian, nahh.. dah siap benda tu atas meja makan. aku saspek abah aku belajar ilmu bodek la. pandai ambik hati mak. kemudian mak pula masak untuk ambik hati abah. win-win situation ni. dua-dua bahagia.

aku pula tak da la sapa nak bodek nya. tapi bila rasa makanan tu sedap, of course la nak balik mencuba. paling penting benda yang senang nak dimasak. takda la aku nak mencuba masak yang payah-payah. kang tak jadi, ke tanah juga akhirnya.

kali ni aku tertawan dengan sotong goreng kunyit. cehh... benda macam ni pun kau nak sibok cuba cek chun? nak wat gena. cara masak di kedai makan yang aku singggah ni lain sikit la. kering elok ja sotong, kenyal, dan cantik jer warna kunyitnya. dua kali juga aku try ni.

bahan yang diperlukan cuma sotong, bawang holland, kacang panjang, dan sedikit daun sup atau daun bawang. first time masak failed. berair sotongnya. rupanya aku goreng dalam pan tefal. memang la takkan kering pun air sotong tu.

kali kedua aku guna kuali besi biasa saja. masa air sotong dok mengering, hati dah girang... even the simple thing in life dah boleh buat aku gumbira. pelik tapi benar. tapi warna kuning kunyitnya tak mengancam sukma. mungkin dia guna brand lain kot. malu pulak nak letak entry ni sebenarnya. tapi sebab dah berjanji dengan rakan twitter ku, cik chah, maka ni lah dia nya..

resepi

  • sotong - dibersihkan dan dipotong
  • 1 biji bawang holland
  • 3 kacang panjang. potong 2cm
  • daun bawang/sup 
  • serbuk kunyit
  • garam
  • knor secukup rasa
  • minyak untuk menumis


  1. panaskan sedikit minyak, masukkan sotong dan goreng hingga air sotong kering.
  2. masukkan kunyit, kacang panjang dan bawang. goreng 3 minit. 
  3. masukkan perasa, daun bawang/sup. kacau sekejap dan angkat. 

02 March 2011

masak lemak kupang dengan belimbing buluh

rezeki murah minggu lepas. dapat belimbing buluh sebungkus. dan terpikir-pikir nak masak apa. bila google, jumpalah di dapur tanpa sempadan kerabu belimbing buluh. tapi malangnya tiada bunga kantan. tup-tup kelmarin tengok cik mat ganti dengan daun kesum. iskkk.. masa tu daun kesum memang ada. tapi sebab tak pandai derhaka, chun terus tak buat kerabu.

kebetulan ada kupang dalam esbok, jadi chun terus proceed dengan kupang ni jer. memang tak biasa buat. try tengok nak jadi macam mana. paling teruk pun kena buang dalam cik tong :-p alhamdulillah semua boleh terima. cuma agak pedas sebab memang tak reti nak agak. ikut sedap tangan saja pilih cili padi tu.

bahan-bahan
  • 300gm isi kupang - beli siap di kopek di tesco
  • 1 serai - di titik
  • 7 biji belimbing buluh - potong dua 
  • 1 keping asam
  • santan pekat seringgit
  • 2 cawan air
bahan tumbuk
  • 7 tangkai cili padi
  • 5 biji bawang merah
  • 1 jari kunyit hidup
  1.  masukkan bahan yang ditumbuk lumat ke dalam periuk bersama air, serai dan asam keping. rebus atas api perlahan  hingga air hampir kering.
  2. masukkan kupang dan belimbing buluh. kacau sekali sekala. rebus lagi 5 minit. 
  3. masukkan santan dan sedikit air. rendidih selama 5 minit atas api perlahan. kacau perlahan-lahan untuk elakkan pecah minyak. 

13 January 2011

udang goreng kunyit

masakan paling cepat dan mudah disediakan kalau perut dah berkeroncong. lagi banyak sayur yang dicampurkan bersama, lagi sedap rasanya. mungkin sebab chun tak berapa makan udang, jadi jenuh la letak sayur untuk tambah selera lagi.

chun rasa semua orang pandai buat udang goreng kunyit. setiap orang punya style tersendiri untuk sedapkan makanan mereka. tapi the end product tu yang penting. tak sedap pun kalau dah lapar, akan habis juga. at least kita masak sendiri. nak bising pun tarak guna juga kan. tapi kalau dah selalu masak, maka akan terasahlah bakat memasak itu. mula dari tak sedap akan lama-lama menjadi marbeles. yang penting jangan putus asa.

untuk masakan ini, chun cuma tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. masukkan udang dan goreng hingga hampir masak. letak sedikit air dan masukkan hirisan bawang besar, capsicum, cili merah dan cili padi yang telah diketuk sedikit. masukkan perasa seperti garam, sos perasa Maggi/serbuk perasa ikan bilis atau ayam, sos tiram dan kacau hingga udang masak.

05 December 2010

sup tauhu telur dan udang

 chun suka makan segala jenis tauhu. senang cakap segala jenis makanan berasaskan soya. tauhu telur ni dibungkus panjang dan berwarna kuning. harga tak sampai pun seringgit. paling murah chun jumpa 55 sen saja. hiris dan goreng sebelum digunakan untuk memasak.

antara masakan yang paling popular untuk tauhu telur ialah sup. campurlah dengan segala macam sayuran. ada yang memekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. terpulang pada citarasa masing-masing.

bahan-bahan
  • halia - julienne
  • bawang putih - hiris untuk menumis
  • 100gm udang - bersihkan, tinggalkan ekor sahaja
  • 2 bungkus tauhu telur - potong dan goreng dahulu
  • segenggam daun bawang  - potong sepanjang 2cm
  • sedikit daun sup - potong 2cm 
  • fresh grated black pepper
  • 1 camb sos tiram
  • garam
  • 2 cawan air
  1. tumis halia dan bawang hingga kekuningan. masukkan air. tunggu hingga mendidih.
  2. masukkan semua perasa dan udang. kacau sekejap saja. 
  3. masukkan daun bawang dan daun sup. kacau seminit dan angkat. 

10 November 2010

sotong goreng sos tiram

dek kerana keletihan sakit dan tak bermaya nak makan apa tapi terpaksa makan juga demi nak makan ubat, maka masaklah nasi berlaukkan sotong diatas.sotong tu rangup lagi sebab dimasak dengan api kuat dan digoreng sekejap saja.

sotong tu chun cuma potong kecil-kecil. tumis bawang putih dan halia yang dipotong julienne hingga kuning. masukkan sotong, goreng hingga agak-agak masak. masukkan sos tiram, sos L&P dan serbuk ikan bilis. akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. goreng sekejap saja. dah siap untuk di ngap.

24 October 2010

gulai kepala ikan

jangan tanya chun nama ikan. yang chun tau cuma cencaru, gelama, kembong, selayang. kalau ikan besar-besar tu pakai terkulat-kulat la nak habaq nama. tapi bila tengok ikan tu kat pasar, chun boleh pulak tau ikan mana yang sedap buat gulai. sebab dok perati muka ikan tu kot sebelum makan gulai yang mak atau mak lang buat.

gulai kepala ikan ni chun buat bila jumpa ikan segar kat apek ikan. selalu chun dan cekna beli kat dia. memang murah dari kedai lain. cekna kata dia ada bot sendiri. apek tu setia tunggu hari-hari kat permatang damar laut, dekat dengan restoran kasim mustafa tu. kalau beli banyak sikit, boleh mintak kurang woo.

bahan-bahan
  • 1 kepala ikan yang dipotong 2
  • 1 paket rempah kari ikan - chun guna babas
  • 2 bawang besar
  • 3 bawang putih
  • sedikit daun kari
  • 1camt pes asam jawa adabi
  • 1 camt halba campur - tak letak, cari tak jumpa :p
  • 1/2 peket santan kotak, campur dengan 1/2 cawan air.

  1. bawang putih dan besar di blender. ambil 1 camb bawang dan tumis dengan halba campur dan daun kari. 
  2. bila kekuningan, masukkan rempah kari dan lebihan bawang. masukkan 1/2 cawan air dan pes asam jawa. masak dengan api perlahan hingga naik minyak. kacau selalu. 
  3. masukkan santan, garam dan gula. bila mendidih masukkan kepala ikan.
  4. masak selama 10 minit. bila hampir masak boleh masukkan 3 biji cili padi, bendi atau tomato.

21 October 2010

ikan sumbat nyoq

 ikan ni chun dapat dari bes fren, dekna. rajin dia masak-masak lepas tu hantar ke rumah. dah la dengan baby lagi. masak pon sedap. patot la ustat sayang :P

masa kecik-kecik dulu, selalu kami makan haruan bakar dengan inti nyoq macam ni. bila makan ni, kira refresh balik la memori. hebat kan kuasa makanan.
resepi dekna
  • kelapa rm2 
  • cili hijau atau cili padi 
  • kulit kayu manis
  • pelaga
  • bunga lawang 
  • jintan manis
  • jintan putih
  • lada hitam
  • 3cm halia
  • 2 bawang besar
  1. halia, cili dan bawang di blender halus. jumlah cili bergantung kepada kepedasan masing-masing.
  2. semua rempah dalam kuantiti sedikit saja dan ditumbuk halus. 
  3. gaul semua bahan bersama kelapa parut. sumbat dalam ikan yang telah diletakkan garam kunyit. 
  4. goreng atau bakar ikan.
* boleh gunakan cencaru, siakap, kembong untuk resepi ini. 

03 October 2010

ikan goreng berempah

ikan goreng ni chun guna ketul ikan ..alamakkk!! tak tau la ikan apa..huhuhu yg tau ikan ni sedap bila buat gulai. sebab hari tu banyak sangat abah beli, chun ambik sikit buat goreng biasa je. kendian incik abah suroh buat goreng berempah macam ayam yang chun buat masa berbuka puasa dulu ni.

incik abah siap pesan, nak goreng rempah tu dekat-dekat nak makan nasi nanti. baru ada kick. amboiii..pandai abah cek noo.. siap ada special request. chun guna resepi yang sama macam kat sini, cuma tukar ayam jadi ikan jer. ikan apa pon boleh digunakan.

28 September 2010

sotong goreng leek

leek ni sedara daun bawang. sebab chun suka semua jenis bawang, maka leek pon masuk dalam senarai sayor peberet jugak. nak masak ni pon senang jer, goreng sahaja dengan api yang kuat. konon-konon macam chef kat China la. ada wok hitam bagai, dengan api yang menjulang tinggi. chun ada letak serai yang dihiris nipis, tapi tak sedapla. menggangu rasa. better omit it.

bahan-bahan
  • 500gm sotong
  • 2 bawang besar. potong bulat
  • 1 batang leek
  • sedikit kunyit
  • perasa - L&P, salt, pepper, sos tiram
  1. panaskan sedikit minyak, goreng sotong dengan api kuat.
  2. masukkan bawang dan leek, masak hingga hampir layu.
  3. masukkan semua bahan perasa dan goreng hingga masak.

21 September 2010

sotong goreng dengan cendawan

lama betoi tak apdet. lepas raya ni byk keja datang bertimpa-timpa. minggu ni boleh dikatakan minggu sotong jer. cekna beli sangat murah. sekilo rm13. besar-besar dan panjang sotongnya. sangatlah segar megar dari laot. sotong kat atas ni kecik molek kiut miut jer. ni dimasak di kampung selepas raya dulu. ni baru berkesempatan nak hapdet.

bahan-bahan
  • 500gm sotong - dibersihkan
  • 15 keping cendawan shitakee - rendam 2-3jam
  • daun bawang - dipotong sepanjang 2cm
  • sos tiram
  • sos L&P
  • black pepper
  • garam
  • gula
  • 2 bawang putih - hiris
  • 2inci halia muda - hiris nipis
  • 1 camb tepung jagung - dibancuh ngan sedikit air
  1. tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. masukkan cendawan. goreng sebentar.
  2. masukkan air hingga menutupi cendawan dan didihkan dengan api perlahan selama 1 jam - hingga cendawan lembut.
  3. masukkan sotong dan semua perasa. goreng sebentar.
  4. masukkan daun bawang dan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

04 September 2010

sambal sotong

buka jer frigde, tekejut brok kejap. besaq nya sotonggg :O:O abah beli di market. sekor tu 1.3kg. mula nya dia nak beli sampai 2 ekor, tapi bila dah timbang sekor, terus dia kansel niat tu. lagipon dalam sotong tu tak ada telur. ni pon dah boleh makan 2 buah rumah. mak potong besar-besar juga. ada la besar 3 jari. dah masak nanti sotong ni kecut. kalau kat rumah, buat sambal jer sotong ni.

bahan-bahan
  • 1.3 kg sotong besar - potong 4 segi sebesar 3 jari
  • bahan blender - 20 cili kering, 3 bawang besar, sedikit belacan
  • air asam jawa
  • garam
  • gula
  1. blender semua bahan dan tumis atas api perlahan hingga naik minyak.
  2. masukkan asam jawa, garam dan gula.
  3. masukkan sotong, masak dengan api perlahan. tak perlu masukkan air kerana sotong akan mengeluarkan air.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...