Showing posts with label cerita-ceriti. Show all posts
Showing posts with label cerita-ceriti. Show all posts

01 February 2012

cina raya kita kenduri


cuti raya cina lepas, kami semua sibuk prepare untuk kenduri si sepupu yang masa muda-muda dulu rajin mengikut kami ke masa saja. orangnya hitam manis, juga bermulut manis. rasanya kenduri ni paling banyak buat makan-makan sebab ramai berkumpul sempena cuti sekolah juga. 

menu untuk kenduri berupa gulai udang bersama buncis, acar timun, ayam goreng berempah dan masak kurma telur. ketua chef hari tu ialah mak aku yang dibantu oleh jiran-jiran terdekat. lauk pauk dimasak oleh geng perempuan manakala nasi di take over oleh orang lelaki. 

jiran tetangga bergotong royong pada pagi hari kejadian. ni bahan untuk buat acar. 


nampak udang yang berterapungan tu. dari dulu makcik pakcik dah berangan nak menjamu gulai udang, nak kau.. seperiuk besar. habis kenduri kabarnya ada juga beberapa orang yang bertanyakan tempat udang di beli. depa pun nak buat gulai udang juga. kalau ikut plan, Kerpan lak tempat yang dituju. malangnya udang kurang menjadi waktu ni, maka terpaksa cari di pasar borong. 

nasi kawah in the making. tak ingat dah berapa kali depa masak, tapi alhamdulillah cukup-cukup cantik saja dengan tetamu yang datang. 
ayam digoreng hingga masak sebelum di letak rempah kari dan bawang. resepi ada kat sini.

siakap sweet n sour untuk hidangan pengantin. selalunya kami guna ikan yang dipancing oleh mak dan abah. sebelum kenduri, 2-3 kali pergi ke kolam ikan dan hasil disimpan dalam freezer. kali ni masakan disediakan oleh mak sedara, wa tom. 

tepat 2 petang, sang adik pula ambik centre stage dengan belanga dan dua senduk dan sudipnya. goreng koteow udang. kasi basah-basah sikit. mak aiiiii... marbeles. 

 kasi close up rupa koteow mengancam ini. malamnya kami bersakan dengan char koteow pulak. ada yang minta char ko dang. too many udang in da house. memang pening udang malam tu.

 apalah kenduri tanpa air sirap kannn?? bila dah petang, kasi spesel sikit sebab letak susu, jadilah air bandung.

 kek hasil tangan aku dan nurul. kek span coklat. tiga lapis. kek segiempat di letak blueberry manakala yang bulat letak hirisan peach. mula tu ingat nak guna non dairy whipped cream. malangnya tiada peti sejuk untuk menyimpan. jadi guna buttercream yang menggunakan mentega, shortening dan krimwell.

kalau yang melingkar elok tu, hasil tangan adik aku, nurul. maklumlah orang berseni  membuat batik dan menjahit manik. harap tangan aku, keras kejong le jawabnya.








31 July 2011

selamat berpuasa and a little Ramadhan gift to spread along

besok dah nak puasa. bulan yang patut kita sambut dengan hati gumbira. ingat senang nak dapat pahala berganda macam tu. hanya dalam bulan Ramadhan saja. jom sama-sama pulun apa yang patut. heh. ibadah puasa juga menuntut bersederhanaan dalam berbelanja, makan. yang patut dilebihkan time ni tentulah ibadah.

 tadi sempat berblogwalking. terjumpa ebook resepi ramadhan. percuma jer. cantik dan kemas pulak tu. korang boleh download then print letak kat dapur. resepi pun senang nak ikut. bahan pun mudah. hasil karya Ros dan suaminya. tawaran terhad jer nih. sampai 10 Ramashan jer. lepas tu tuan tanah tutup offer.


kompen aku try si sotong nih. memang peberet pun. selalu aku letak tepung jagung dan sedikit serbuk kari. letak tepung beras tu sohih rangup kan. kang malam ni jugak aku torai nih. ramai kaum dah balik kampung semata-mata nak sambut puasa bersama.

thanks Ros n hubby. bersusah payah demi minat pada masakan n fotografi. kalau berminat, klik jer kat link nih http://www.jintanmanis.com/keluarga/531-ebookramadhan1432h

26 May 2011

my mom's secret recipe

datang jer bulan Ramadhan, famili cek chun pun start buka gerai ayam madu. dulu dari Alor Star ke Kepala Batas, Penang setiap hari untuk berniaga di tapak pasar malam tu. kami ni memang famili berniaga je. dari arwah tokwan yang ada gerai buah di Pekan Rabu sampailah ke anak cucu beliau. keluarga besar kami ni banyak meniaga buah dan makanan.

 dulu abah cek chun pun meniaga buah gak. tiba musim pelam je, sibuk menolong memeram buah dari Siam. sebakul dapatla lima kupang. seronok tak terhingga. masa tu baru sekolah rendah. rasa macam kaya dah bila dapat kumpul sampai tiga ringgit. mula tu kena bentang suratkhabar, lapik la raga buluh made in Thai tu. kendian, letak kabat yang dibungkus macam bungkusan mee goreng tu kat bawah. lepas tu baringkan pelam dan susun cantik-cantik dalamnya. last sekali bungkus elok-elok raga tu then tulis tarikh hari tu dengan pen marker. cukup 4-5 days later, off the things go to pasar malam.

kendian abah meniaga makanan pula. masa ni mak pun dah ikut ke pasar malam. ada peneram, keropok lekor dan segala benda bergoreng macam naget dan kentang. kalau musim durian pulak, its pulut durian all the way people.. yibaaa..kukus pulut Siam..ehh Siam lagi.. tapi kalau hampa dok belah utara ni, memang tak boleh nak buat apa dah. always Siam product.

pulut tu kena rendam semalam, baru cepat masak. santan pun dimasak dan dibungkus. lepas tu abah la tukang kopek durian bubuh dalam bekas polistrin tu. masa ni la time isi kucing tidoq, perhh.. rasa macam nak boh dalam mulut jer. tapi kalau cek chun turun padang, memang abah sua kat anak dia dulu. lagipun berapa ulas benar ko nak makan kan.. yang lain tu buat jual ler..  adehh.. meleleh ayaq liyoq lak. lama tak makan pulut durian wehh.
ayam roasted dalam oven jer. takde keja aku nak buat sekor-sekor. perap dengan rempah ni pagi, balik kerja, terus masuk oven. 
 apahal sampai ke pulut durian pulak ni. sebenarnya cek chun nak cerita pasal rempah resepi rahsia mak ni. bila tiba Ramadhan, kami jual ayam madu yang bergolek dengan hebatnya dekat rak dengan bantuan bateri kereta. jenuh weh nak golek dengan tangan. mak juga masak nasi tomato, lawan dengan ayam masak kicap atau ayam masak merah, regu lak dengan acar timun tu. last sekali ada nasi ayam. semua ni mak yang masak dengan bantuan kawan-kawan dia. kalau kebetulan cek cuti, tugas cek pulak ikat segala kuah sup, sambal cili dan kicap untuk nasi ayam tu. lepas tu, hiris sayur untuk acar timun tu. ada nenas, bawang, cili dan timun.

ayam untuk digolek pula dah awal-awal lagi dah kena pakai bedak Mac. cuma bedak Mac depa ni kaler kuning dan wangi. ada berjenis-jenis rempah dalam tu. pukul 10 jer dah siap cuci ayam, dan terus kena lumur dan perapkan hinggalah sampai ke tapak berniaga. sebab dah lama tak makan benda ni, chun suruh la mak buat. rupanya banyak pula dapat rempah ni. akai meniaga tu pun berjalan la. pe kata jual kat kawan-kawan. maka jadilah bungkusan-bungkusan kecil kat atas tu. satu lima hengget saja.

cek chun dah try perap dengan ayam, daging, sotong dan isi ikan. paling sedap dengan ayam dan daging la. dah memang rempah untuk itu pun. ni saja try perap daging, bakar atas api dapur gas je, angkat dan biarkan 10 minit.  rebus penne pasta, pastu masukkan dalam bekas bakar daging tadi, campur sedikit air rebusan dan kacau sekejap. potong daging nipis-nipis dan bolehla ngap.

10 April 2011

makan ramai-ramai jugak yang best nya

 bila dah dapat ikan segar dari laut ni, masak dan makan ramai-ramai lah yang paling afdalnya. dah la dapat pun free, berkilat-kilat sisiknya. hasil dari penjalaan kawan-kawan jugak ni.
 gulai ikan duri, siap ada telur..yummeh..  bakchoy bersos tiram hasil gorengan cik zah dan ikan selangat goreng sampai garing, makan sampai ke tulang.

nak jadi cerita bila dah tumis bawang dan halba, tengok-tengok rempah gulai ikan tak ada langsung dalam stok. yang ada gulai daging. pulun telefon bonda terchenta, tanya solution la. mak kata blender jer cabai kering dalam 5 biji, kemudian masak sekali dengan rempah gulai daging tu. selesai satu masalah :)
petangnya mengodek pula choc banana square ni. buat minum dengan teh o panas. siap bertapau. asalnya depa nak belajar buat. dah 3 kali chun buat nih. cuma kali ni tak manis sangat sebab guna pisang berangan. kalau nak cun lagi, cari pisang emas atau berangan yang masak ranum. resepi boleh ambil kat sini.

10 March 2011

sessi potluck yang ke berapa sudah

petang-petang cari siput ni memang seronok. tambah lagi dengan kawan-kawan. lepas penat korek pasir, makan pula bersama-sama. kalau dah ramai-ramai, mestilah pakat masak sorang sejenis. sekali sekala melepaskan lelah macam ni. sangat bererti.
cucur udang marbeles cik ani
lopis sedap cik ton
mee konon-konon sizzling tapi tepung jagung tak cukup cek chun
kek batik cik zah yang sedap setelah adunan diletakkan telur.
sedap sungguh kalau boleh mandi macam depa

09 January 2011

gerai makan mak milah and the gang



kenduri doa selamat pada hari pembukaan
chef in the house dah buka gerai tepi jalan. gamaknya dah boring duduk rumah. dulu hari-hari ambil upah kelebek wayar, sekarang bertarung dengan periuk belanga. pagi-pagi buta dah pulun memasak sorang-sorang. kemudian angkat semua barang ke kedai yang jaraknya dalam 1km dari rumah.
mem besar bersama lauk pauk yang dimasaknya

bihun sup daging
kelmarin bermula lah era gerai barunya. pagi-pagi ada nasi lemak, bihun dan mee goreng. tengahari pula nasi campur. ada la sepuluh jenis lauk dan petangnya pula dengan nasi ayam dan bihun/mee/koteow sup.

lokasi kedai:       tepi jalan ke kampung alor terong, titi keling, tandop, alor star
                          bersebelahan dengan rumah kedai, tepi kedai perabot.
waktu operasi :   dengar kata nak buka hari-hari
                          7 pagi sampai 7 malam

nasi ayam

25 December 2010

macaron ke macarena

cubaan pertama untuk memacaronkan diri. dah banyak hari buka dan tutup website. cari segala resepi macaron dan tip-tip berguna semasa membuatnya. siapa sangka ya, cuma gula, telur dan serbuk badam, boleh buatkan daku gundah gulana.

bila dah bakar, adoihh. nak tergelak pun ada. patutla ada yang sampai batch ke 10 baru macaron nak jadi. macaron chun buat bukan setakat tak ada foot, malah naik pun tidak. lol. gelak sorang-sorang sambil gulana dalam hati. penat aku baca tips semua bagai. hehehe.

manis benar lah macaron ni. memang bukan lah kegemaran chun. tapi ini baru part one. banyak lagi part bakal menyusul. baking mesti sampai jadi. in the mean time, erkkk rina, bak macaron sekotak?  hehehe

06 December 2010

macarons ohh macarons

bila lihat rupamu, bikin hati ku cair. walaupun tak pernah rasa, ku tahu kau sedap oh macaron. bila singgah tengok kau disini, lagi hatiku berdebar. kenapakah kau cantik sangat? kenapakah kau perlu berwarna-warni? kenapakah kau perlu inti yang segala macam jenis? bila tengok Rina bungkus kau, lagi hatiku bergelodak. cantik sungguh bila dibalut dengan reben segala.

sumber dari sini : http://ongobee.com/GoBee_6_French-Macarons-Recipe-with-Chocolate-Ganache-Filling
Rina dah buat kelas untuk Januari nanti. kalaulah dapat ku terbang merentas awan, lama dah ku kesana. tapi apakan daya, aku hanya mampu memandang. pergi pula ke rumah kak jun, cubaan pertamanya terus menjadi. tangan ajaibnya tak pernah gagal untuk mengimpresskan daku. moga tanganku juga dapat jadi sepertinya suatu hari nanti :)

sumber: http://www.seriouseats.com/2007/10/interview-with-macaron-specialist-dorie-green.html
selak ke mansion martha steward, banyak tips yang diperolehi. akan ku cuba kah macarons itu? hanya masa yang akan tentukan.

04 December 2010

kedai yang paling cek minat

 cek jumpa kedai ni semasa jalan-jalan cari makan dengan sepupu-sepupu yang ramai tu. bila tiba di stadium, parking kereta dan cek ternampak dengan begitu besar signboard di seberang jalan. berwarna kuning dan sunggoh catchy dengan namanya Sugar & Flour. wah.. ini sangat menarik. one stop centre for your baking need.

masuk saja, cek dah terpegun. tapi tak la ssehebat kedai besar yang lain. cuma bagi cek, kat sini semua ada. sejak dari tu, bila balik kampung, memang dok tuju kedai ni saja. berdiri lama-lama pon takpa. janji mata puas memandang. masa ni la idea datang mencurah-curah. tengok plastik cupcake pon, cek dah berangan-angan dasyat. disini jugalah datang nya idea nak buat kek dua tingkat untuk cik Mun kahwin bulan lepas.
tapi harga dia agak mahal 2-3 ringgit dari harga barang mentah di kedai yang selalu cek jengah di Penang. tapi cek tak kisah la. window shopping pon sudah ok maaa. sampai depa kena panggil balik la sebab dah tak larat tunggu kat kereta :)

22 October 2010

rachael alan BAKE

pic sumber dari http://www.cookingisfun.ie/system/uploads/rachel.jpg
bila tengok teaser astro for the first time, chun dah excited. ada lagi chef yang specialty nya kat kek dan pastry. jumaat malam je mesti tunggu tepat 7.30. pandang tak kelip-kelip.

superb!! chun suka. resepi yang dia bagi senang dan mudah nak ikut. yang paling best, bila rachael ajar kelas memasak. banyak tips yang dia bagi. chun sangat takut nak buat pastry. sebenarnya paling tak suka nak main dengan roling pin dan tepung yang perlu ditabur merata-rata tu. tapi bila tengok rachael guna cling film je untuk lapik pastry kemudian digelek-gelek.. mak aiii..tetiba aura nak wat tart sudah datang.

bila check afc website for the recipe, ini yang chun dapat;

 Although we constantly work with our AFC celebrity chefs to bring you their very best recipes, we do warn you that you won't find every recipe from every show on our channel on this website. Why? Because our chefs would be very mad with us if we printed every single recipe they ever created. 

We understand this because its takes a lot of hard work, creativity, and commitment to get a recipe right. So if you enjoy the shows on our channel, and the recipes that you see here created by our celebrity chefs, then please don't hesitate to support these chefs who work so hard to keep our food interesting, by going out and buying their cookbooks.

aiseyyy.. kalau camtu baik tak yah cakap semua resepi ada di website. brapa kerat je resepi yang ada kat sana. dah la rachael alan bukan featured chef AFC. kena beli buku la macam ni. sila himpun wet yer cekchun. at the mean time, sila buka balik buku resepi biru itu dan salin cepat-cepat depan tv.

18 October 2010

bila budak-budak yang masak

 minggu ni chun terlibat dengan perkhemahan untuk unit uniform. selalu mesti ada pertandingan masak antara unit uniform. pelajar terdiri dari murid tahun enam yang mewakili Puteri Islam, Pengakap, KRS dan St John Ambulans. masing-masing bertungkus lumus menyiapkan hidangan petang. setiap unit diberi peruntukan untuk membeli bahan-bahan untuk memasak.
 masakan yang paling popular mestilah sandwich. semua ni dimasak sendiri oleh mereka dengan  pengawasan guru. mereka dibekalkan dengan dapur mudah alih, periuk dan kuali. selepas siap untuk penilaian juri, masing-masing menjamu selera dengan masakan sendiri.
 ada sandwich sardin, sandwich telur siap dengan bermayonis. yang paling tak tahan tu, ada dodol goreng. lebihan raya hari tu kot :)
buah melaka adunan puteri-puteri islam. hebat budak-budak ni, takda yang pecah pun :)

11 October 2010

bila cek mat mengoment

malam tu mood cek yang dah goyang ala-ala puding laici dangdut ummi telah kembali bercahaya, bersinar, berkilauan bak selepas memakai alat permata Hijrah tu selepas di suruh oleh adik cek untuk menge check blog maifood.

tulisnya kat FB - "cepat cek blog hang. mat gebu komen tuh"

sepantas kilat cek klik kat mozila firefox tu. dan terbentanglah komen cek mat macam dalam gambar nih. wahhhh..cek dah senyum sampai ke telinga. sebagai blogger baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni, komen cek mat tu macam pendorong untuk cek buat yang lebih baek lagi.

cek mat ni kira otai la dalam dunia masakan melayu. sapa yang tak kenai blog dia. rupa dia saja yang orang tak tau. low profile orangnya. masakan dia semua mantap. tu tak masuk pinggan mangkuk lagi tu. ada kawan cek sampai sanggup nak p rumah cek mat nih. semata-mata nak tengok pinggan mangkok dalam almari tuh. hehehe.. macam-macam.

to incik mat, tq so much for the comment. mungkin cek mat tak sedar, komen sedikit tu lah yang buat cek berkobar-kobar nak menulis lagi :D

08 October 2010

yang buat ku meleleh ayaq lioq bila tengok dia

bukan makanan yang dia masak. tapi kitchen kabinet nya.. waaaaaa... mau yang sama macam tu jugak. dah nama pon chef kan. takkan nak tunjuk kabinet dapur yang tak cun kat penonton. ni mau kopak puluh-puluh riban kalau nak kabinet yang macam dalam siri Nigella Express tu. sebab kita bukan selebriti mahu pon anak orang kenamaan, maka sila lah lap ayaq lioq tu semula.
tengok je la dapur restoran style tu. skillet pan tu jangan lupa pandang plak. masak lamb chop dalam tu best tu.

tengok lah pots and pans kat belakang tu. suka! suka! suka!
oleh kerana kitchen kabinetnya diluar kemampuan, maka kita cari jer kitchen gadgetnya pula. punya la pulun nak bagi sama dengan nigella, first time sampai kat ikea, chun dah sengeh sampai ke telinga. maka misi mencari grater, wooden lime squeezer and anything related to nigella pon bermula. lime squeezer yang sampai sudah tak jumpa kat mana-mana pon. last-last guna garpu, cucuk ditengah-tengah dan pulas limau hingga kendur :)
parmesan cheese grater. sebab mulut masih kampung, maka hasrat ditangguh sehingga mulut menjadi fully western.chun cari yang seakan-akan macam ni kat ikea. yang pasti warnanya tetap merah. sangat cantik bila digunakan untuk mengacau salad dalam salad bowl kayu.mezza knife ni feberet nigella. gunanya untuk potong herbs or nuts. tapi chun kurang berkenan. but it does look gorgeous kan..
langkah pertama untuk menjadi seorang Nigella... :) buy her book and drool at the pictures. read her recipe over and over again until it stuck to your head. try the recipes and share the end results with your loved ones.

07 October 2010

sekali masak dah nak teror kaa

masak ni sebenarnya kena praktis. kalau sekali masak ikut resepi yang di cedok kat intenet atau majalah atau sekadar memerhati orang memasak, jangan haraplah resultnya akan cantik macam dalam gambar. lagipun gambar kadang-kala dapat menipu anda. gambar yang cantik akan mengecurkan air liur walhal rasanya tak seberapa :) kudos to the photographer. hehe

baca dulu resepi dan arahan penyediaannya. baca 2-3 kali dan pahami betul-betul. bahan apakah yang perlu disediakan dahulu. alatan memasak yang kita ada kat dapur tu cukupkah untuk membuat resepi itu. benda-benda kecil macam ni lah yang kita perlu fikir dulu sebelum nak meneruskan niat memasak tu.

yang paling penting, prektis, prektis dan prektis. hari ni mungkin puding kita tak jadi sebab terlampau mendidih hingga memecahkan susu atau santan dalamnya. kesilapan merupakan tuan guru yang paling baik untuk seorang tukang masak. yang penting kita tak putus asa dan tetap mencuba hingga jadi. singkap kembali kenapa masakan kita tak jadi. atasi masalah tersebut semasa mencuba resepi untuk kali kedua nya.

yang paling penting, masakan yang tak jadi tu dibuat dengan air tangan kita. diberi pula kepada orang tersayang - tak kira la mak abah ka, adik-beradik ka, kawan-kawan ka, boyfriend girlfriend ka.. sedikit sebanyak mereka akan tetap tersentuh dengan keikhlasan anda menyediakan makanan tersebut. pahala pon dapat sebab dapat mengeyangkan mereka.

jangan tak tau, puding yang lembik@ steak yang hangit@ masak lemak masin itulah yang akan mereka ingat sampai bila-bila hingga mampu mengukirkan senyuman di bibir mereka. secara tak langsung, anda dah berjaya membuatkan mereka mengingati anda!!

30 September 2010

jamuan rumah terbuka

hari ni chun wat kenduri sikit-sikit sempena menyambut syawal yang masih ada ni. antara juadah yang disediakan ialah puding laici nih. cepat jer laku puding nih. nak resepi sila tengok kat posting bawah ni yer.
kek coklat kukus ni baru try buat kelmarin. guna resepi dari blog otai-otai kat blogspot ni. dok perati lama dah depa pakat buat kek kukus nih. baru kelmarin dapat buat sebab sudah tapau periuk pengukus mak kat kampong. ngeeee :)
cucoq udang adunan dari kawan chun, noraini. cucoq ni memang femes seantero skolah. sapa yang rasa mesti nak lagi.
chun goreng bihun dalam 3 bungkus. lepas tu buat kuah laksa, guna 5 ekor ikan sardin saja. dapat la seperiuk kecil. kalau kat utara ni, makan bihun goreng dengan kuah laksa. letak sikit ja, bukan sampai berair pinggan tu. baru bihun ada kick!
antara yang hadir memeriahkan majlis. sebenarnya nak menjamu mereka-mereka inilah. hari-hari dok tanya bila nak buat open house. ni semua muka dah kenyang, sebab tu senyum riang macam kanak-kanak ribena :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...