
hari ni chun wat kenduri sikit-sikit sempena menyambut syawal yang masih ada ni. antara juadah yang disediakan ialah puding laici nih. cepat jer laku puding nih. nak resepi sila tengok kat posting bawah ni yer.

kek coklat kukus ni baru try buat kelmarin. guna resepi dari blog otai-otai kat blogspot ni. dok perati lama dah depa pakat buat kek kukus nih. baru kelmarin dapat buat sebab sudah tapau periuk pengukus mak kat kampong. ngeeee :)

cucoq udang adunan dari kawan chun, noraini. cucoq ni memang femes seantero skolah. sapa yang rasa mesti nak lagi.

chun goreng bihun dalam 3 bungkus. lepas tu buat kuah laksa, guna 5 ekor ikan sardin saja. dapat la seperiuk kecil. kalau kat utara ni, makan bihun goreng dengan kuah laksa. letak sikit ja, bukan sampai berair pinggan tu. baru bihun ada kick!

antara yang hadir memeriahkan majlis. sebenarnya nak menjamu mereka-mereka inilah. hari-hari dok tanya bila nak buat open house. ni semua muka dah kenyang, sebab tu senyum riang macam kanak-kanak ribena :)
1 comment:
Salam sis, boleh bg resepi utk puding laici, kek coklat dan cucoq udang..nmpk mcm best je puase2 ni..
Post a Comment