01 September 2010

buka puasa di kampung

ayam goreng bawang menyerang!!!! tiga hari kat kampung, hari-hari order ayam ni. last day kena buat hampir 2 ekor dan hantar pada 4 buah rumah untuk berbuka. Lang pulak siap nak wat ayam ni untuk menu kenduri kawen cek munah november nanti. resepi dah ada kat previous post. Lang buat asam pedas keladi ni untuk berbuka. kalau kat kedah, asam pedas ni ada isi ikan, selalunya ikan kembong yang telah di rebus. makan pulak dengan nasi ulam yang dah sedia ada bermacam jenis daun-daun ulam seperti daun selom, ulam raja, kesom, pucuk putat. kalau nak tau lebih lanjut, sila tanya encik google ya :)
benda alah kat atas ni namanya peria goreng tepung. beli kat restoran nasi kandar hj ramli, simpang 4, alor star. rangup sampai ke malam. peria tu dihiris nipis-nipis dan memang tak ada rasa pahit langsung.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...