27 April 2011

bubur semi cha cha dengan jagung

sebenarnya tak tau la nak bagi tajuk apa ni. patutnya kalau bubur cha cha mesti isi dalamnya cukup lengkap. kena ada ubi keledek yang kuning atau merah,  ubi keladi dan paling penting tentulah benda alah colourful kat atas ni. resepi asal dari nyonya ni memang sedap kalau dihirup petang-petang. pekena pulak dengan kopi pekat. nallarekekk laa..

balik kampung bulan lepas, mak bekalkan dengan sebungkus cha cha ni dan sebungkus gula kabung melaka. souvenir dia untuk anak sulung ni. masa tu dia ikut rombongan cik kiah ke sana. cek chun juga dapat kerepek ikan dan tentulah yang paling pemes seantero melaka, the cencalok. jagung pula dapat dari kawan seperjuangan dan sepermasakan cum sepermakanan, puan ajelina. jadi chun masak ikut apa yang ada dalam gobok saja lah. maka jadilah semi instead of full cha cha :-p

bahan-bahan

  • setengah bungkus kecil cha cha
  • 1 tongkol jagung manis
  • air
  • sedikit garam
  • gula kabung secukup rasa
  • daun pandan - disimpul comei
  • 1 cawan santan
  1. masukkan cha cha dan daun pandan dalam periuk. rebus dengan air hingga  cha cha lembut. 
  2. masukkan gula kabung dan garam. biarkan mendidih perlahan dalam 5 minit.
  3. masukkan santan dan jagung yang telah di hiris. renih selama 5 minit. 

5 comments:

Unknown said...

wah, sedapnya tgk bubur ni....lama tak mkn..

madam j said...

Slm Cek Chun ...ni nk tanya pandai dak buat nasi lemuni? Bila2 boleh dak boh resepi...hehehe.

cek chun said...

nieza
buat sendiri boleh ni. dulu pernah tengok makcik uli tepung gandum pastu masuk terus dalam bubur yang mendidih. mu try google tengok.

madam j
makcik chun teror ler. daun tu dia blender jer. resepi nasi lemak macam biasa, cuma tambah daun lemuni yag dah diblender. dulu-dulu dia hiris halus-halus. sekarang semua benda dah senang. blender jer.

nikoniko_mama said...

buboh sagu pon sodappppppp ^^ tetiba terasa nk carik jagung manis lak... hihihi

cek chun said...

apa lagi k bit.. sila ler..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...