Showing posts with label nasi dan pulut. Show all posts
Showing posts with label nasi dan pulut. Show all posts

09 October 2011

nasi ayam claypot


kat rumah aku, kalau cakap nak pi tesco, dalam kepala masing-masing mesti nak makan yee mee yang panas berasap, kuah hitam yang ada ayam dan sikit cendawan tu. makcik aku sampai jatuh cinta kat mee ni. siap boleh identify which place yang jual sizzling mee sedap. kalau kat alor staq ni, katanya di Pacific jalan teluk wanjah tu paling happening. kalah sizzling yang jual kat  tesco.


aku pulak sizzling mee tu kira child play ahh. aku paling minat nasi ayam claypot. tambah ikan tenggiri masam tu. gaul rata-rata sampai ke kerak claypot tu dan ngap dengan tertib. panas woii.. mana boleh makan dengan lahap.


10 tahun lepas aku pernah masak nasi claypot ni guna perencah maggi. sekarang maggi dah discontinue dah perencah tu. tu lah korang. naper tak sokong beli weh. kan dah rugi. masa tu penuh periuk nasi kami lanyak. kena lak duk bersila ramai-ramai kat rumah sewa seksyen 7 tu. memang happening gilabas.

nasi ayam calypot ni aku masak in honour of the perencah maggi yang banyak berjasa pada aku dan geng pada suatu masa dulu. lol.

bahan-bahan

  • sebelah paha ayam, potong 3
  • 5 keping cendawan shitake kering, rendam dan hiris nipis 
  • 2 ulas bawang besar, hiris nipis 
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2cm halia, julienne 
  • 4 cili padi, ketuk
  • 2camb sos tiram
  • 3camb kicap, guna brand kipas udang yang manis tu
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • sedikit knor pasti sedap
  • 2 camb minyak masak
  • 2 cawan air 
  • 2 cawan beras
  1. panaskan minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. 
  2. masukkan ayam dan cendawan, goreng hingga kering air ayam.
  3. masukkan cili padi dan air. biarkan mendidih hingga ayam hampir masak. 
  4. letak kicap, sos tiram dan semua bahan lain, biarkan 5 minit dan tutup api.
  5. basuh beras dan toskan air. masukkan beras dalam periuk nasi elektrik.
  6. masukkan bahan yang digoreng tadi, dan air yang secukupnya untuk memasak nasi.
  7. masak nasi seperti biasa.
  8. nasi ni sedap dimakan dengan sambal kicap. 




20 February 2011

nasi goreng SLMSH

pagi ni chun kena kejutan dari blogger dot com. apa tak nya - your blog have been removed. sakit perut teruih lepas baca. sapa pula rajin pi remove blog cek nih. nak buka blog pun tak berjaya. kawan-kawan pun lagi lah tak boleh. keluar ERROR 404 - blog not found. 

bayangkan posting yang berjumlah 211 ni hilang macam tu saja. walaupun blog ni baru dan posting pun sikit tapi chun sayang woo. boleh buat rujukan sendiri pada masa depan. ni lah blog tok, cu..
ehhh bila kau kawen ni cek chun? tetttttt!!!!

hari ni lepas segala teknikal problem berjaya di setel, maka acara membelek gobok untuk lunch pun bermula. nampaknya ada sotong. cantik. nasi semalam pun ada sikit lagi. maka projek pun bermula. jadilah nasi goreng sotong lobak merah sawi halia.. nama tak boleh blah punya.. :-p

bahan-bahan
  • 3 ekor sotong kecil - potong bulat
  • nasi semalam 
  • lobak merah - julienne 
  • sawi - potong 1 inci
  • halia - julienne
  • bawang putih - hitis nipis
  • 2 camb sos cili
  • beberapa titik sos seasoning 
  • lada hitam
  • garam
  • kicap - secukup hitam
  1. panaskan minyak dan tumiskan bawang dan halia.
  2. masukkan sotong, lobak merah dan sos cili. goreng hingga sotong masak.
  3. letak semua perasa dan kemudian nasi serta sawi. kacau 5 minit dengan api kuat

29 January 2011

nasi daging

pernah tak tetiba datang mood rajin nak masak. belek gobok, apa pon takda. cuma bahan mentah utama saja yang kelihatan. tapi tetap nak masak jugak-jugak. kononnya nak menderhaka macam cik mat gebu. tapi sebab tak teror mana pun, menderhaka pun failed, maka makan lah juga dengan penuh perasaan. 
 
macam tu lah juga bila masak nasi daging ni. rasanya memang boleh tahan walau tak cukup bahan pun. kalau ada tomato sup dan susu cair, mesti lagi best dan warna pun mengancam. memang resepi ni worth for keeping. sebab bahan dan cara masaknya yang mudah. chun dapat masa merewang merata cari resepi mudah untuk buat nasi berperisa.

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 kilo beras Basmathi
  • 1/2 kilo daging- chun letak ayam
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi- guna butter campur dengan sedikit minyak masak
  • 1/2 cawan tomato soup - takde stok, chun blender 3 biji tomato
  • 1 cawan susu cair- tak letak, takde stok jugak
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.

note
  • chun guna rempah sup bunjut adabi. dalam tu ada disertakan buah pelaga, cengkih dan kulit kayu manis bersama. chun guna semuanya untuk jadi bahan tumisan
   source : salwahcm, my resepi

    20 January 2011

    nasi goreng cendawan

    nasi goreng tanpa kicap memang macam lagu tanpa irama. sangat tidak lengkap. dulu-dulu diajar oleh mak milah masak nasi goreng mesti ada sambal belacan yang digoreng garing dan penamat sekali letak kicap sampai hitam.

    bila dah besar sikit, belajar pula nasi goreng yang cuma perlu kuningkan hirisan bawang putih, garingkan cabai melaka (cili padi) yang telah ditumbuk, masukkan ikan bilis yang siap digoreng rangup dan goreng nasi bersama hingga masak. makan bertambah walaupun air hidung menunggu masa nak keluar dek kepedasan.

    bila dah dewasa, baru tahu yang rupanya nasi goreng hanyalah masakan yang dibuat untuk mengelakkan pembaziran, masakan yang paling senang dan mengenyangkan ramai orang, masakan yang hampir setiap orang boleh masak.

    kombinasi nasi dengan sayur, nasi dengan telur, nasi dengan bilis, nasi dengan kicap atau nasi dengan ayam/daging memanglah menikam sukma, membuai rasa. tambah-tambah lagi bila dah tiada apa yang boleh untuk dimasak, buka esbok, yang ada cuma telur atau bilis atau ayam atau sayuran saja.

    jom tengok nasi goreng cendawan yang tak semengah ini, itu saja yang ada dalam esbok :p

    bahan-bahan
    • 1 cawan nasi semalam
    • 3 helai cendawan tiram - chun beli jenis yang keras dan gemok, kena hiris nipis-nipis
    • sedikit snow peas - potong dua
    • 3 cili merah - tumbuk bersama sedikit belacan
    • 1 bawang merah - hiris nipis 
    • sos perasa maggi
    • garam
    • lada hitam
    1. tumis bawang merah hingga layu dan masukkan cili merah, goreng hingga garing. 
    2. masukkan cendawan tiram dan snow peas, goreng 5 minit. 
    3. masukkan semua perasa, masukkan nasi dan goreng dengan api yang paling besar hingga masak. 

    18 July 2010

    pulut dengan serawa durian

    kuah durian ni orang kedah panggil serawa. boleh makan macam tu saja atau cicah dengan roti. kalau nak lagi autentic, sila cicah dengan roti benggali (roti buku putih). nak lagi sedap makan lah serawa ni dengan pulut.

    serawa kat atas ni bukan chun buat ye. ni ehsan dari azlina. kami p makan ramai ramai di rumah dia. lepas tu masing masing dapat tapau. balik rumah jer, apa lagi, sessi memasak pulut di dalam rice cooker pon berlangsong la. kalau nak tau macam mana proses tuh, sila klik kat sini.

    02 July 2010

    pulut durian

    benda alah ni lah yang dady sya juai kat pasar malam. sebb anak dia dah lama teringin nak makan dek kerna ari2 akan lalu depan gerai juai duyan, maka one fine day, anak dia pon mengkukuslah pulut.

    mula2 tu rendamlah pulut yer dulu puan puan. basuh coci2 dlu then rendam. balik dari skul. barulah kukus di dalam periuk nasi. bila dok sembang2 ngan kengkawan, chun dapat beberapa petua untuk memasak pulut.

    1. rendam pulut ngan ais panas selama 10 minit. lepas tu boleh dikukus seperti biasa.
    2. basuh pulut, trus masuk dalam rice cooker, masak macam nasi biasa, air pon letak macam masak nasi biasa. tekan on, jangan lupa pasang suis plak. tunggu je pulut tu masak macam nasi biasa jugak. (ini tuan tanah dah try masa wat pot luck kat skul, hasil memang sangat memberangsangkan tekak masing2)

    ok, kembali semula ke pulut duyan saya. santan dimasak dengan sedikit garam. lepas dah masak smua, boleh la di assemble macam dalam gambar itu. montok sunggoh duyan itu ya ;)) sebiji rm12.
    sampai je depan gerai -'kak, nak sebijik, bagi penuh tapawe ini ja''..
    wahhhhh... sangat senang membeli belah macam ini.. like :D

    acara makan berlangsung sampai 3 ari. orang makan bola minum bola, kita makan duyan, minum duyan, berlehak duyan. kira2 semua duyan la sampai melugai duyan..hehehehe

    05 February 2010

    nasi goreng daging


    malam ni kita masak senang2 dah la. wat nasi goreng dengan dagin je. letak cili sket, bawang banyak2, halia sket, kicap ngan daun bawang. bosan malam nih. awat rasa malam ni panjang je nih.. time skolah rasa cam tak cukop masa plak..macam2..

    anyway kena bersyukur la sehat walafiat walaupun batok ada sket2 lagi nih. sian k ija n family. semua ngah batok2 demam. dah macam okestra katanya. semoga depa semua cepat semboh lah.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...