Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

25 February 2011

paru goreng berlada @ kelempong masak cabai

paru atau bahasa utara nya kelempong. salah satu organ dalaman yang menjadi peberet chun. mula diperkenalkan oleh mak sejak pandai makan sendiri lagi. mak memang selalu masak. paling sempoi rebus dan cecah dengan air asam dia. kena pulak regu dengan perut. perhhh.. tak boleh nak describe sedapnya.

fast forward berpuluh-puluh tahun kemudian, berkenalan pula dengan paru goreng berlada makcik kantin kat sekolah. terubat juga rindu kat paru goreng mak. paru ni pula hasil rembatan di pasar malam dekat rumah saja. pakcik tu jual sekilo rm16.

bahan-bahan
  • 300gm paru - potong nipis sebesar tiga jari. 
  • 5 cili merah
  • 1 cm belacan
  • 1 cm halia
  • 1 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 camb sos tiram
  • beberapa titik seasoning Maggi 
  • garam
  • kunyit
  • 1 asam keping
  • 1/2 cawan air
  1. cili merah, bawang, belacan dan halia di blender. 
  2. letak garam dan kunyit. goreng paru hingga garing.
  3. guna sedikit minyak menggoreng tadi untuk menumis bahan blender. letak asam keping dan masak hingga pecah minyak. 
  4. masukkan paru dan air. masak dengan api perlahan hingga cili kering dan pecah minyak. 

15 October 2010

daging masak kicap

daging ni memang la paling cepat dan mudah dibuat. lebih-lebih lagi untuk orang yang bekerja sekerat hari macam chun ni. perut dah lapar. tak leh nak tunggu lama-lama. kalau nak cepat lagi, beli la daging bahagian batang pinang tu. ari tu masa ke pasar malam, kebetulan jer ada daging bahagian ni. sebab harga pon sama, jadi chun ambik la rm10. konon-konon nak buat mee kuah segala. sampai la tak buat-buat.

jom tengok dulu bahan-bahan nak buat daging mudah ni. rasanya semua orang pandai buat masak kicap nih. tak kisah la apa pon. daging ka, ayam ka, hatta ikan sekalipun. bahan mungkin berbeza dan mengikut apa yang ada dalam peti sejuk saja. 

bahan-bahan
  •  200gm daging - potong nipis sebesar 2 jari.
  • 2 inci halia - potong nipis
  • 2 bawang besar - potong bulat
  • 2 tangkai dau bawang - potong 1 inci panjang
  • 1 serai - potong nipis
  • 1 cili merah - potong  serong panjang
  • kicap
  • garam, black pepper, sos L&P 
  1. panaskan sedikit minyak. goreng serai dan halia.
  2. masukkan daging dan goreng hingga hampir masak. masukkan sedikit air. 
  3. masukkan kicap, bahan perasa dan bawang. kacau hingga masak dan hampir kering airnya.
  4. akhir sekali masukkan daun bawang dan kacau sekejap saja, angkat.

09 October 2010

lamb chop with nasi goreng mudah

lama dah tak makan lamb chop. masih teringat-ingat lamb chop kat Swenson yang sedap tu. masa makan berbuka puasa di Bayview, lamb chop pon sedap. cuma mint sauce agak kurang power. tapi kalau dah kena masak sendiri, chun prefer masak cara kampung nih. guna rempah-rempah Malaysia :)

jumpa lamb shoulder sekeping rm4 kat tesco. perap ikot resepi macam kat sini. nampak macam hangit rentung tapi tu efect dari sos L&P dan rempah-rempah tu bila kena minyak zaitun yang panas.
chun goreng nasi mudah ni. cuma tumiskan bawang putih dan halia. masukkan bayam dan perasa. kemudian masukkan nasi dan goreng hingga masak. nasi dah dua hari dalam tapawe dalam peti sejuk :P

27 August 2010

daging goreng black pepper

menu paling sempoi sempena ramadhan. cepat je nak masak, lebih-lebih lagi kalau guna daging bahagian batang pinang. bahagian daging yang tidak berlemak.

bahan-bahan
  • 500gm daging
  • 2 serai - hiris nipis
  • black pepper - chun guna blck pepper grinder, fresh on the spot :)
  • minyak untuk menggoreng.
  • sos tiram
  • garam
  1. masukkan 3camb minyak ke dalam kuali. goreng daging hingga hampir masak.
  2. masukkan serai dan kacau lagi.
  3. masukkan semua bahan. letak sedikit air.
** jika mahu berkuah, masukkan air dan pekatkan dengan 1camb tepung jagung. chun goreng kering macam tu je.

16 August 2010

lamb chop

ramadhan kedua, mak, abah dan adik-adik datang ke rumah. saja nak melawat anak dia yang sakit lama ni. uhukk.. petang tu abah siap order nak makan lamb chop. zasss... pulun mak ngan anak p Giant beli barang. kali ni chun try buat ala jamie oliver.
bahan bahan
fresh rosemary sebungkus (chun guna fresh thyme, and dry rosemary)
2 biji lemon
salt n pepper
2 or 3 dash of L&P sauce
olive oil

1. ambik kulit lemon, chun guna pisau dan kupas, jangan sampai terkena bahagian putih, nanti pahit.
2. tumbuk kulit lemon bersama rosemary dalam lesung batu sampai lumat.
3. masukkan salt n pepper, L&P dan olive oil.
4. lumur pada daging dan simpan semalam dalam fridge.
5. bakar atas pan. guna sedikit olive oil.

* gabungan thyme tak menarik la. fresh rosemary lagi power.

11 April 2010

lamb chop ala kampong

tingin lak tekak nak mam lamb chop. nak beli tak berbaloi. dah la kecik, mahai lak tuh. yang paling bes kat swenson la. marbeles betoi. tu pon mam sebb dapat diskaun 50%.. hehehe.

chun parut bawang besar 1biji, halia sebesar ibu jari dan cili merah 1biji. tambah sos tiram, garam, dan sos L&P. peram beberapa jam kemudian masak atas kuali leper.








pasta ni chun rebus dalam segenggam. pastu goreng dalam lebihan rempah daging tadi. goreng sekejap jer.

07 February 2010

daging tiram ber brokoli :P

lunch ni kita layan masakan cina lak. slalu dok tengok kat AFC, cam bes jerk. mam ngan nasi panas2.. lauk ni satu jerk dah cukop. save budget maa :D

brokoli tuh chun celur dlu. didihkan air pastu masukkan garam sket. celur kejap je, dalam 1 minit.

daging tu hiris nipis2, tumis bawang putih n baw besar sampai layu. masukkan daging, goreng sampai agak garing.

letakkan sedikit air, serbok ikan bilis, sos tiram, sos L&P dan sikit tepong untuk memekatkan kuah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...